Ambank Online Login (Klik ambank.amonline.com.my)


Untuk mendaftar Ambank online banking di ambank.amonline.com.my, pastikan anda sudah buka akaun Ambank dan mempunyai telefon bimbit dengan nombor telefon yang masih lagi aktif. Seterusnya, proses Ambank online login akan menjadi lebih mudah.

Lebih kurang sama macam bank-bank lain seperti pbebank.com

Izinkan kami berkongsi.

[su_note]

NOTA:

  • Untuk direct link login Ambank online banking, klik sini: https://ambank.amonline.com.my/web/

[/su_note]

1. Sebelum login, daftar Ambank online banking dulu

Berikut ialah langkah-langkah untuk register Ambank online:

Sebelum anda boleh login Ambank untuk melakukan transaksi secara online, anda perlu buat pendaftaran terlebih dahulu.

  1. Layari laman web rasmi Ambank di sini: https://ambank.amonline.com.my
  2. Anda akan tiba di portal rasmi online banking Ambank, iaitu AmOnline.
  3. Pada portal tersebut, tekan butang Login/Register Now.
  4. Pada laman seterusnya, tekan butang Register.
  5. Kemudian, pada laman seterusnya, terdapat beberapa ruangan yang anda perlu isikan.
  6. Pada ruangan USERNAME, masukkan username yang anda ingin gunakan untuk akaun anda. Username anda mestilah alphanumeric (mempunyai nombor dan abjad tanpa sebarang jarak). Username anda juga mestilah panjang antara 6-15 aksara.
  7. Pada ruangan PASSWORD, masukkan password yang anda ingin gunakan untuk akaun anda. Password anda tidak boleh sama dengan username Password anda mestilah panjang antara 8-16 aksara, serta mempunyai huruf besar, huruf kecil dan mempunyai sekurang-kurangnya satu nombor. Simbol adalah pilihan.
  8. Pada ruangan CONFIRM PASSWORD, masukkan semula password yang anda telah masukkan di ruangan PASSWORD.
  9. Kemudian, pilih satu gambar sebagai Security Image untuk akaun anda. Security Image ini penting untuk anda mudah mengesahkan akaun anda semasa anda ingin cuba login ke akaun anda.
  10. Untuk meneruskan cara daftar Ambank online, tekan Refresh sekiranya gambar-gambar yang tertera anda tidak suka dan inginkan gambar lain.
  11. Tick pada I agree with the Terms & Conditions.
  12. Kemudian, tekan butang Next.
  13. Pada laman seterusnya, pilih jenis akaun anda. Masukkan pula nombor akaun anda pada ruangan yang disediakan.
  14. Kemudian, sahkan pendaftaran akaun online banking anda ini dengan menggunakan PIN/TAC, bergantung pada jenis akaun anda. Sekiranya akaun anda ialah Akaun Simpanan, Akaun Semasa, Kad Debit/ATM dan Kad Kredit, masukkan nombor PIN.
  15. Sekiranya akaun anda ialah Akaun Pembiayaan, masukkan nombor TAC.
  16. Pendaftaran anda selesai.

 

2. Log masuk Ambank online banking di ambank.amonline.com.my

Selepas selesai pendaftaran, berikut ialah cara login Ambank secara online.

  1. Untuk login, anda hanya perlu ke laman utama iaitu https://ambank.amonline.com.my
  2. Anda anda nampak satu kotak yang mempunya beberapa tab iaitu:
    • Log In Now
    • Register
    • Activate Card
  3. Pilih tab Log In Now
  4. Di ruangan Username, masukkan username
  5. Tekan butang Log In Now
  6. Sila sahkan Security Image yang tertera
  7. Di ruangan Password, masukkan kata laluan anda
  8. Tekan butang Log In
  9. Jika tiada apa-apa masalah, anda akan masuk ke dalam Ambank online banking

 

3. Ada masalah untuk log masuk Ambank?

Jika anda mempunyai apa-apa masalah untuk login, sila hubungi Customer Careline Ambank melalui nombor telefon berikut:

  • 03-2178 8888

 

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian untuk login dan daftar Ambank online banking melalui ambank.amonline.com.my akan memudahkan lagi urusan perbankan anda.

Semoga dipermudahkan.

Leave a Comment