Semakan KWSP 10k (Check Status Kelulusan Pengeluaran Khas)


Untuk membuat semakan KWSP 10k, anda perlu log masuk KWSP terlebih dahulu melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my. Ini adalah penting untuk check status Pengeluaran Khas KWSP samada mendapat kelulusan atau tidak.

Izinkan kami berkongsi.

Cara buat semakan kelulusan KWSP 10k di pengeluarankhas.kwsp.gov.my

Berikut ialah cara untuk membuat semakan KWSP 10k secara online bagi mengetahui status permohonan Pengeluaran Khas samada LULUS atau TIDAK:

  1. Layari portal rasmi Pengeluaran Khas di sini: https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my atau pautan https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/check-status
  2. Klik TERUSKAN
  3. Klik SEMAK STATUS PERMOHONAN
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan / MyKad / MyPR
  5. Pilih Kod Nombor Telefon Bimbit yang tersenarai:
    • 010
    • 011
    • 012
    • 013
    • 014
    • 015
    • 016
    • 017
    • 018
    • 019
  6. Masukkan Nombor Telefon Bimbit and yang aktif
  7. Tick kotak empat segi Saya bukan robot
  8. Tekan butang SEMAK STATUS
  9. Anda kini boleh lihat maklumat STATUS PERMOHONAN seperti yang terpapar.
    • Kalau anda melihat paparan status PERMOHONAN ANDA TELAH DITERIMA (background berwarna purple), ini bermakna permohonan anda telah diterima, sedang disemak dan akan diproses secara berperingkat.
    • Kalau anda melihat paparan status PERMOHONAN ANDA TIADA DALAM REKOD (background berwarna oren), ini bermakna anda perlu semak semula dan pastikan maklumat yang dimasukkan adalah sama dengan maklumat semasa permohonan dibuat.
    • Kalau anda melihat paparan status PERMOHONAN ANDA TELAH DILULUSKAN (background berwarna hijau), ini bermakna permohonan Pengeluaran Khas KWSP anda diluluskan mengikut jumlah amaun yang dipohon
  10. Selesai

 

Cara semak status LULUS KWSP 10k melalui Withdrawal History i-AKAUN

Sekiranya anda telah daftar KWSP online, anda boleh check status Pengeluaran Khas melalui i-Akaun. Ini juga akan membolehkan anda menyemak tarikh dan anggaran bila duit akan masuk ke dalam akaun bank.

Berikut ialah langkah-langkah ringkas untuk buat semakan Pengeluaran Khas KWSP menggunakan desktop computer:

  1. Layari laman web rasmi KWSP di sini: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  2. Pilih bahasa, iaitu BM untuk Bahasa Melayu dan EN untuk Bahasa Inggeris
  3. Masukkan USER ID
    • Sila ambil perhatian, USER ID ialah username yang anda create masa register i-Akaun
    • USER ID bukan nombor ahli KWSP
  4. Tekan butang Next
  5. Masukkan PASSWORD
  6. Tekan butang Login
  7. Jika tidak ada apa-apa masalah, akan akan berjaya login ke dalam i-Akaun
  8. Pergi ke bahagian atas skrin yang mempunyai beberapa menu:
    • PROFILE
    • NOMINATION
    • SIMPANAN SHARIAH
    • MY ACCOUNT
    • ENQUIRY
    • INVESTMENT
    • WITHDRAWAL
    • INBOX
  9. Klik WITHDRAWAL
  10. Klik Withdrawal History di sebelah kiri skrin
  11. Semua sejarah pengeluaran duit KWSP anda akan terpapar di sini
  12. Lihat amaun Pengeluaran Khas KWSP anda
  13. Selesai

 

Apa maksud PERMOHONAN ANDA TELAH DITERIMA KWSP?

Jika sudah buat semakan, pasti anda akan dapat melihat status Permohonan Diterima dengan ayat “PERMOHONAN ANDA TELAH DITERIMA“. Ini bermaksud permohonan Pengeluaran Khas anda telah diterima oleh pihak KWSP.

Walau bagaimanapun, terima tidak bermakna lulus. Macam kita pos barang ke sesuatu tempat. Hantar tidak bermakna dapat.

Ringkas cerita, permohonan anda juga sedang disemak dan akan diproses secara berperingkat oleh pihak KWSP. Bukan mudah untuk proses berjuta-juta permohonan. Tentulah ia akan mengambil masa. Teruskan buat semakkan KWSP 10k untuk cek status terkini.

Jangan panik kalau tak terima status lulus. Tunggu dengan tabah.

 

Apa maksud PERMOHONAN ANDA TIADA DALAM REKOD KWSP?

Jika sudah buat semakan dan melihat status “PERMOHONAN ANDA TIADA DALAM REKOD”, ia membawa makna yang lain.

Sekiranya permohonan anda tiada dalam rekod, anda perlu semak semula dan pastikan segala maklumat yang dimasukkan adalah sama atau tally dengan maklumat semasa permohonan dibuat. Maklumat tersebut metilah sama bagi mengelakkan masalah permohonan tidak diluluskan.

Jika anda masih lagi mengalami masalah yang sama dengan error “PERMOHONAN ANDA TIADA DALAM REKOD”, anda dinasihatkan supaya menghubungi hotline Pengeluaran Khas di 03-8922 4848.

 

Apa maksud PERMOHONAN ANDA TELAH DILULUSKAN KWSP?

Pastinya status ini menunjukkan permohonan KWSP 10k anda telah diluluskan. Rasanya berbaloi menunggu status bertukar daripada PERMOHONAN ANDA TELAH DITERIMA kepada PERMOHONAN ANDA TELAH DILULUSKAN.

Sekarang apa perlu buat?

Tunggu sahaja duit bayaran KWSP anda. Jika anda mohon RM10k, tunggulah RM10k masuk dalam akaun.

 

Bila tarikh boleh buat semakan status kelulusan pengeluaran khas KWSP 10k?

Semakan kelulusan Pengeluaran Khas KWSP akan dibuka bermula 9 April 2022. Walau bagaimanapun, ramai yang memberikan maklumbalas bahawa status yang diterima hanyalah PERMOHONAN ANDA TELAH DITERIMA.

 

Bila tarikh boleh check status pembayaran pengeluaran khas KWSP 10k?

Walaupun semakan kelulusan boleh dibuat lebih awal, semakan status pembayaran pula hanya akan bermula pada 20 April 2022.

 

Akhir kata

Alhamdulillah jika anda mendapatkan keputusan lulus. Sekarang, anda perlu standby anda alert dengan makluman berkenaan pembayaran dan tarikh bayaran KWSP 10k untuk mengetahui bila duit KWSP 10k masuk.

Bagi yang tidak berjaya, sila hubungi pihak KWSP untuk membuat rayuan Pengeluaran Khas.

Akhir sekali, diharapkan agar perkongsian mengenai semakan KWSP 10k ini dapat memudahkan lagi urusan anda.

Buat anak muda atau pelajar-pelajar universiti yang masih belum ada KWSP, anda boleh daftar ePemula bagi mendapatkan bantuan RM150 daripada kerajaan.

Semoga bermanfaat.

10 thoughts on “Semakan KWSP 10k (Check Status Kelulusan Pengeluaran Khas)”

  1. Saya sangat berterima kasih kepada pihak kerajaan yang telah banyak membantu untuk mengurangkan beban seluruh rakyat Malaysia kerana memberi bantuan

    Reply

Leave a Comment