Geram pula bila tengok orang lain semak baki akaun bank masing-masing, dan sibuk hantar screenshot sana-sini kerana sudah ada duit BKC. Sementelahan itu, kita masih tak ada lagi. Panjang termenung, memikirkan kenapa BKC tak masuk lagi.
Bertenang dulu. Tarik nafas panjang-panjang.
Untuk menjaga mulut anda dari menghamburkan kata-kata kenapa dunia ini tidak adil, atau bertempik kenapa kerajaan ini zalim, izinkan kami berkongsi apakah antara sebab-sebab duit BKC masih lagi tak dapat sehingga hari ini.
Izinkan kami berkongsi.
[su_note]
Makluman:
- Jika anda tak boleh login MyBKC, mungkin anda silap kata laluan
- Sila tukar Kata Laluan BKC terlebih dahulu
- Hanya terpakai untuk penerima BPR sebelum ini
[/su_note]
1. BKC tak masuk lagi sebab anda tak layak
Ya, anda memang lulus BPR sebelum ini. Tak ada masalah. Duit memang terus masuk akaun.
Tapi itu BPR, bukan BKC.
Jangan ingat bila dapat BPR, akan terus dapat BKC secara automatik. Kerajaan ada mekanisme mereka tersendiri untuk menentukan siapa yang layak dan siapa yang tidak layak.
Janganlah kita mempertikaikan cara mereka membuat kerja.
Ini jadual yang menunjukkan golongan yang menepati kriteria untuk menerima bantuan BKC:
[su_table]
Kategori Miskin Tegar |
|
Kategori B40 |
|
Kategori M40 |
|
[/su_table]
2. BKC tak masuk lagi sebab anda tak lulus
Sekali lagi kami ingatkan, layak tidak bermaksud lulus. Kemungkinan besar anda tidak termasuk dalam senarai penerima BKC yang mendapat kelulusan.
Ini contoh paparan status tidak lulus BKC, hasil semakan Bantuan Khas COVID melalui bkc.hasil.gov.my:
Saya Miskin Tegar dan B40, kenapa tak lulus BKC?
Walaupun anda memang termasuk dalam kategori tersebut, seperti yang kami nyatakan tadi, kerajaan mempunyai mekanisme mereka yang tersendiri. Kerajaan boleh semak silang atau cross check dengan agensi yang lain bagi menentukan anda benar-benar layak.
Jika anda tidak layak BKC, ini adalah antara alasan yang disenaraikan dalam FAQ BKC:
- Tiada maklumat pada permohonan BPR 2021
- Penerima BPR 2021 (Bujang dan Warga Emas sebatang kara) meninggal dunia
- Permohonan BPR 2021 berstatus tidak layak
- Pemohon / Pasangan adalah Penerima GKP
- Bekerja / menetap di luar negara
Saya M40, kenapa tak lulus BKC?
Benar, ada M40 yang tertunggu-tunggu Bantuan Khas Covid juga. Walaupun M40 ini sedikit selesa berbanding Miskin Tegar dan B40, akan ada situasi di mana mereka tidak mendapat kelulusan.
Jika anda M40 yang tidak lulus BKC, ini adalah antara alasan yang disenaraikan dalam FAQ BKC:
- Pendapatan cukai yang dilaporkan melebihi syarat kelayakan M40
- Tidak menghantar Borang Cukai Pendapatan bagi Tahun Taksiran 2020
- Pembayar cukai meninggal dunia
- Bekerja / menetap di luar negara
3. BKC belum masuk lagi sebab bank tengah proses
Sila fahamkan, bayaran BKC akan dibuat secara berperingkat. Kalau yang dapat duit BKC Fasa 1 pada 6 September 2021, untunglah. Yang masih belum dapat lagi, tunggulah.
Sekiranya anda mendapat kelulusan BKC, sudah pasti duit itu akan ada dalam genggaman.
Tidak ada beza pengkreditan akaun Bantuan Khas COVID-19 Bujang, Isi Rumah mahupun Warga Emas.
Sekiranya lulus, anda akan melihat paparan yang menunjukkan:
- Status
- Amaun Keseluruhan Diterima
- Maklumat Bayaran
Lihat contoh paparan seperti di bawah:
Secara asasnya ia akan melalui proses ini:
- Proses pertama, pihak LHDN perlu memasukkan duit ke bank terlebih dahulu seperti Bank Islam, Public Bank, Hong Leong Bank, Bank Rakyat dan lain-lain lagi
- Proses kedua, bank-bank tadi akan memasukkan duit tersebut ke dalam akaun penerima.
- Kebiasaannya, ia akan mengambil masa 1-5 hari
Contoh proses transfer duit pembayaran BKC adalah seperti berikut:
- Katakan penerima adalah Mustafa
- Salleh guna akaun Bank Rakyat
- Pihak LHDN akan transfer duit kesemua penerima BKC yang menggunakan Bank Rakyat pada 6 September 2021
- Pihak Bank Rakyat terima pada hari yang sama
- Pada keesokan harinya iaitu 7 September 2021, pihak Bank Rakyatย transfer duit BKC ke akaun bank Mustafa
- Mustafa dan kesemua penerima BKC yang menerima pembayaran melalui Bank Rakyat akan mendapat bayaran
- Walau bagaimanapun, ia masih bergantung kepada cawangan bank masing-masing
- Ringkas cerita, tempoh masa menunggu secara keseluruhannya adalah 2 hari sahaja
Senario yang dinyatakan di atas adalah sekadar contoh semata-mata. Proses sebenar mungkin mengambil masa yang lebih lama, bergantung kepada tempoh pemprosesan antara pihak LHDN dan bank.
Contoh paparan duit masuk adalah seperti berikut:
4. Tak puas hati duit BKC tak masuk lagi?
Janganlah marah kami. Kami sekadar menyampaikan apa yang kami tahu.
Jika anda mahu buat rayuan atau rasa sangat tak puas hati kerana tidak mendapat bantuan BKC, kami sarankan anda hubungi nombor hotline BKC di sini:
- 1-800-88-2747
Sekiranya mahu bercakap dengan pegawai, boleh terus datang ke mana-mana cawangan LHDN berdekatan. Sila patuhi SOP semasa hadir ke premis.
Akhir kata
Diharapkan agar perkongsian kami kenapa BKC tak masuk lagi ke dalam akaun bank ini berjaya membuatkan anda menarik nafas lega.
Kami tahu ada yang akan pertikaikan kerajaan tidak adil. Kerajaan berat sebelah.
Apa yang kami boleh nasihatkan, sila berlapang dada. Mungkin BKC bukan rezeki kita hari ini. Tapi Allah akan gantikan rezeki yang lebih baik lagi.
Bersangka baik dengan Allah. Rezeki tak akan pernah salah alamat.
Semoga bermanfaat.
Bab nk ambik duit rakyat laju bab nk bg hak rakyat lambat
Saya terlepas banyak bantuan kerajaan untuk B40 dan bantuan Khas covid 19,saya rakyat malaysia yang berkerja sebagai Sekuriti sahaja gaji pokok RM1,200 mengapa IC saya tiada dalam penerima segala bantuan dari kerajaan ?
Saya tak layak sebab apa?
Bpr dpt.. Bkc x dpt.. Dah la musim covid cam ni susah dpt keja.. Sepatutnya kena adil.. Hak kami.. Alasan yg sgt menyedihkan..
tolong reset katalaluan bkc
Hi suami saya pun sejak
Balik dari Johor suda 1tahun tiada kerja sbb covid19 ni
Sumber duit pun hilang dan
Yang kami hairan semua bantuan kerajaan berikan
Suami saya tidak dapat
Selama ni kami bergantung hidup pada KWSP tapi bukan ini tiada pula masuk duit i sinar …inilah merunsingkan
Kami ..anak perlu susu botol
Dari mana mau cari duit kalau begini
yer lah..mmg x adil..aku dah la xkeje lama gara2 penangan lgkah sheraton..ore yg keje dpt plak 1300..ini fakta bkn auta.orgng politik kumpul harta tp rakyat nk bg papa kedana..
Saya bpr pun tak dapat,bkc pulak ni yang tak dapat,apa ke hal? Cakap yang pernah dapat bpn,tak perlu kemaskini ape2..ni semua jadi tak dapat ni apesal
sudah seminggu masih dalam status ‘dalam proses pengkreditan’.Nak salahkan siapa pulak ni
Agree
setuju … dari 6 haribulan proses , sampai sekarang tak masuk masuk … baru 200 , kalau 2 juta mau 10 tahun proses
Sampai hari ni proses pengkreditan ke bank cimb….anat….
Kerajaan kedekut, bagi macam2 alasan. Aku tengok aku memang layak dapat BKC. Gaji pun seribu je. Kkadang x smpai. Tapi still x layak? cakap je lah kerajaan kedekut nak bagi duit. Ambil duit rakyat laju je.
Dah berapa hari dah bkc tak masuk pendapatan saya tak lah setinggi gunung tebar roti canai je….๐ฅบ
dah 20 Sept tapi tak masuk masuk lagi hmmm
Dh masuk ke belum skrg bang . Sy smpai skrg xmasuk
Saya pun sampai skrg x masuk lagi.. Sedangkan dia tema SMS kata layak terima tapi satu apa pun x masukยฒ..๐ค
Saya pun sampai skrg x masuk lagi.. Sedangkan da terima SMS kata layak terima apa satu apa pun x masukยฒ..๐ค
Sama lah sy pn xmsuk2 lg biar lah ad rezeki ad lah xde nk bt cm mn.. Smak 4 hb 9 fasal 1 je yg dh msuk 500 yg ke dua smpai hri ni blm lg ap ce
dah 24/09 dah….. Nak tunggu sampai ABG JAMIL MAMPOS dlu baru nak masok?…. reasons STILL IN CREDIT PROCESS.
dh 27/9…x masok2 lg..masih dlm proses…ade takde..?ckp xde kan senang ..xde la org mengharap sgt …
tapi acc bkc dan bpr saya dua dua dah dlm status pengkreditan berjaya tp bpr tambahan dan bkc tak masuk dalam acc ? bpr phase 2 tu masuk
JADI nak suruh Aku tak Kata apa apa la kat kerajaan. Sebab Aku dah ISU Bab ni last BPR Aku received kena TUNAI DI BSN walapun sebelum ni Aku terima masuk akuan aku.. tapi status berubah gagal Kredit. Alasan pemalas buat kerja “tiada akaun” . Easy Kan kerja diorang. Diorang makan gaji basil cukai rakyat. JADI rakyat Ada hak pertikai Cara berkerja Yang tak bertanggugjawab. Kalau pekerja Yang jalankan dalam situasi Aku ni.. Aku nak kau Jawab kat akhirat.. kenapa lalai semasa buat kerja… Alasan ramai.. podah.. berhenti kerja kau… Ramai lagi Yang nak kerja Dan Ada lagi Yang bagus nak kerja
Sekarang ..Status BKC aku macam BPR lepas sekarang. Aku Masih menunggu Dan status Masih tidak berubah lulus masuk atau gagal kredit…Aku dah ISU Bab ni masa BPR lepas.. aku dah email.. diorang reply macam respon seorang pundek.. ya macam pundek..dia suruh Aku refer FAQ?
Ideal ke saranan kau.. Aku dah cakap ,, Aku Lulus layak terima.. SMS cakap sudah Lulus.. JADI Aku nak Tanya apahal Tiada akaun.. Aku ISI bank Dan pernah dapat BPR Yang sebelum ni.. macam mana Kali INI senang ke kau cakap Tiada akaun.. habis nak cakap apa . Diam jadi tunggul.. sabar .. respon macam bangang.. buat kerja makan gaji buta..
Sekang ni.. dah sebulan tunggu.. tak seperti Yang kau cakap tunggu paling.cikai seminggu.. ISU ni Yang Aku hadapi slang ni.. BKC Sama macam lepas ISU BPR lepas.. tapi Yang Lama sikit Aku tunggu.. dah sebulan. .. keyboard depa rosak.. tak dapat update..
JADI ISU ni Tak selesai masalah walaupun sudah email. Reply macam pemalas..
Tiada perubahan macam cilaka.. Masih dalam status pengkreditan… INI dah masuk 1 Bulan . Nak ja Aku cakap kau ni pembawa maklumat palsu.. ejen dajal… Sebar perkara tak pasti..
Pelik.xdpt2lg…semak.dah terima ..tp xdpt lg
Entahlah knp tak dpt lagi masih dlm proses pengkreditan. CIMB yg bermasalah atau LHDN akupun tak tau.
Sebelum ni saya berkerja dengan syarikat Alam motivasiSDN BHD. Company ni 859953-k sebagai mekanik lori sampah gaji rm1500 sebulan.pergi kerja menaiki bas awam May 2020 last saya berkerja sebab covid tiada bas ada potongan KWSP .sokso pun ada sampai lah hari ni belum dapat kerja .saya tak dapat dapat bantuan. Bila saya semak bantuan maklumat tidak wujud itu bantuan rakyat Sabah BSH.BKC BPR tak dapat sebab belum daftar LHDN jauh kat Tawau saya di Semporna nak pergi bas tiada on Line tak pandai
.duduk kat kampung jak..bambung tiada kja.dulu tempat kja di sandakan
Saya tak dapat lagi bkc
Hi saya lulus BKC and dapat RM500 pada 7/9/21 tapi yang balance RM300 belum dapat lagi sampai sekarang..total yang lulus ialah RM800..tq
Mana BKC 2 untuk bujang?hari khamis lepas dah di umum kn,25 hb telah di salurkan,oii kerajahanam!!!kau org tau aku chek bnk sje dri 25 hb smpi ke harini(ISNIN) dah berapa kali?kau tau tak bangsa biadap? 8kali aku cucuk kluar bnk semata2 nk tengok bkc..babi punya mnusia..pkir sikit la wahai mnusia jahanam..bpr bkc 1 aku dpt..kena bkc 2 sampai kesudah x masuk2,chek kat BKC gov. Msih fasa 1 xde perubahan..weh time DSN dlu..aku tak pernah mis tau bantuan apa sje aku dftar..barua anjing kerajahanam sekarang #MampusKauElokMakanDuitRakyat #DariKepalaSampaiKeAnakBuahBabiiiii
bkc1 pertama dapat tapi yang bkc2 senyap jer still tak masukยฒ lagi apahal?
kan…sm la
Lol aku ni tak kerja dah berbulan2, tunggu bantuan pun berbual2, kalau nak mampos dh lama mereput. Lmfao. Boleh gi mampos dengan alasan tu. Apahal kalau bab nk amek duit orang tak pula guna alasan tuhan? Bodoh.
Klau nak bkc kena daftar jgk ke? Kn maklumat dlm bpr dh ada… Gaji kasar suami sy rm3500 n x tetap…
knp tak masuk lagi….yg lepas2 ok je….tgok dlm portal lhdn tiada masalah…..sedih…..
Kenapa BKC saya tak masuk lagi sampai hari ini..sepatutnya ada baki lagi RM300.00
pendapatan bawah RM5000.00. Suami tiada pekerjaan tetap. Kenapa saya tak dapat
juga sehingga ke hari ini.
pelik. bkc fasa 1 dapat. fasa 2 dan 3 tiba takde. kalau takde fasa 2 dan 3 untuk saya tak perlu kot nak tulis penerima bkc 2021 tu dekat profile saya ye. tulis penerima hanya fasa 1 untuk bantuan bkc 2021. haaaa. kan senang…… xdelah setiap minit saya nak check bank.
Sya bank cimb Bkc fasa1 Tak dpt lgi
Adakah saya perlu mtk batuan dajjal