Cara Transfer Duit ke Indonesia


Anda ingin tahu cara transfer duit dari Malaysia ke Indonesia? Mungkin anda ada saudara atau keluarga di sana dan ingin transfer duit. Anda boleh gunakan kaedah online banking atau gunakan wang tunai. Lebih kurang sama dengan cara transfer duit dari Malaysia ke Singapura.

Kami kongsikan caranya.

Cara transfer duit dari Malaysia ke Indonesia online (Guna Maybank2u)

Jika anda ada Maybank2u, senang sahaja. Ikut sahaja langkah di bawah:

  1. Layari https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do
  2. Masukkan username dan password. Tekan LOGIN.
  3. Pilih menu TRANSFER.
  4. Pilih Transfer to: Overseas.
  5. Taip Indonesia.
  6. Masukkan jumlah wang yang ingin dipindahkan.
  7. Tekan Compare.
  8. Pilih sama ada Foreign Telegraphic Transfer, Western Union (Cash) atau Western Union (Credit to Account).
  9. Masukkan butiran yang diperlukan, tekan transfer.
  10. Mohon TAC dan isikan nombor yang diberikan.
  11. Selesai.

Pemindahan akan mengambil masa selama beberapa hari.

Cara transfer duit dari Malaysia ke Indonesia guna CIMBClicks

Berikut adalah cara untuk transfer duit bagi pemegang CIMB:

  1. Layari https://www.cimbclicks.com.my/clicks/#/
  2. Masukkan User ID dan LOGIN.
  3. Pastikan Secure Phrase anda betul, dan masukkan password.
  4.  Tekan Login.
  5. Plih menu Pay & Transfer.
  6. Tekan Transfer Money. Pilih Foreign Transfer.
  7. Isikan butiran yang diperlukan.
  8. Klik pada jenis kiriman yang diingini.
  9. Tekan Proceed.
  10. Tick pada Terms & Conditions.
  11. Tekan Submit.
  12. Selesai.

Cara transfer duit melalui Moneygram

Jika anda bukan pemegang akaun Maybank atau Cimb, anda boleh gunakan Moneygram untuk transfer wang anda. Berikut adalah langkah-langkahnya:

  1. Layari https://www.moneygram.com/mgo/us/en/
  2. Masukkan jumlah wang yang ingin dipindahkan.
  3. Pilih lokasi Indonesia.
  4. Tekan Estimate Fees.
  5. Skrin akan memaparkan jumlah yang ingin dipindahkan ke dalam Rupiah.
  6. Anda boleh membuat pilihan sama ada ingin menggunakan kad kredit, kad debit, atau online banking. Anda juga boleh pergi ke lokasi jika ingin menggunakan cash.
  7. Anda juga boleh memilih cara penerima untuk menerima duit sama ada untuk menerima terus ke dalam akaun, mobile wallet atau cash pickup.
  8. Tekan Get Started.
  9. Isikan butiran Login. Jika anda belum pernah mendaftar, tekan Sign Up.
  10. Selesaikan langkah yang berikutnya dan simpan bukti pindahan dan penerimaan sebagai rujukan masa hadapan.
  11. Selesai.

Cara transfer duit dari Malaysia ke Indonesia melalui Pos Malaysia

Sekiranya anda mengalami kesukaran untuk transfer duit secara online, anda boleh ke Pos Malaysia tetapi tidak semua Pos Malaysia menyediakan servis ini. Anda boleh menyemak terlebih dahulu Pos Malaysia yang menyediakan khidmat ini.

Berikut adalah langkah untuk transfer duit melalui Pos Malaysia:

  1. Hadirkan diri ke Pejabat Pos Malaysia.
  2. Isi borang yang diperlukan, semak dengan teliti.
  3. Dapatkan nombor Money Transfer Control Number (MTCN) dan hantarkan kepada penerima.
  4. Penerima perlu pergi ke pejabat Pos di negara mereka dan isikan borang penerimaan.
  5. Selesai.

Anda juga boleh transfer duit ke Indonesia tanpa menggunakan online banking.

Akhir kata

Semoga perkongsian kami ini dapat membantu anda. Selain itu, kami juga ada kongsikan cara keluar duit guna kad kredit jika anda memerlukan.

Akan datang, kami akan kongsikan cara transfer duit ke Indonesia melalui bank-bank lain seperti BSN, Bank Islam dan lain-lain lagi.

Harap bermanfaat.

1 thought on “Cara Transfer Duit ke Indonesia”

Leave a Comment