Cara Keluar Duit Guna Kad Kredit


Anda ingin tahu cara keluar duit guna kad kredit? Ya, sebenarnya memang boleh keluarkan cash dari kad kredit. Mungkin anda dalam keadaan terdesak atau memerlukan wang tunai yang banyak, anda boleh memohon wang tunai dengan menggunakan kad kredit. Sebelum gunakan cara ini, lebih baik anda cuba keluarkan duit ASB dahulu.

Untuk makluman, pengeluaran duit guna kad kredit ini tidak digalakkan melainkan terlalu urgent dan terdesak. Apa-apa pun, jika anda merupakan pemegang kad kredit CIMB, Maybank dan BSN, kami ada kongsikan caranya di bawah.

Cara keluar duit guna kad kredit CIMB

Terdapat dua cara untuk keluarkan duit guna kad kredit CIMB. Cara yang pertama:

  1. Kunjungi mana-mana ATM CIMB Bank
  2. Masukkan kad kredit anda
  3. Isikan nombor PIN anda
  4. Pilih Withdrawal
  5. Pilih Credit Card
  6. Masukkan jumlah wang yang anda ingin keluarkan.

Jika anda tidak mempunyai PIN, anda boleh mencipta nombor PIN anda melalui ATM atau CIMB Click. PIN yang yang diberikan hanyalah sementara. Anda perlu menetap semula PIN dengan menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan di 03-62047788.

Cara yang kedua pula ialah anda hanya perlu ke kaunter di mana-mana cawangan CIMB. Sila ambil maklum bahawa anda hanya boleh mengeluarkan sebanyak 80% daripada had kredit anda tetapi tertakluk kepada beberapa syarat.

Cara keluar duit guna kad kredit Maybank

Untuk Maybank, pelan yang dinamakan ialah Maybank EzyCash/ EzyCash-i. Kedua-dua plan ini hanya ditawarkan kepada pemegang kad kredit utama (principal card holder). Anda boleh buat pinjaman dengan jumlah pinjaman minimum dari RM2000 dan jumlah maksimum sehingga 90% daripada had kredit kad anda.

Berikut adalah langkah-langkah untuk keluarkan duit dari kad kredit Maybank:

  1. Layari https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do.
  2. Masukkan username dan tekan LOGIN.
  3. Pastikan gambar dan security phrase anda betul dan tekan YES.
  4. Masukkan password anda dan tekan LOGIN.
  5. Klik APPLY di menu atas kanan.
  6. Tekan CARDS. Klik GET EZYCASH.
  7. Pilih kad kredit yang diingini.
  8. Masukkan jumlah wang yang anda ingin keluarkan.
  9. Pilih Pelan EzyCash.
  10. Baca, fahamkan dan tick Kotak Terms and Conditions dan Product Disclosure Sheet.
  11. Tekan SUBMIT.
  12. Request TAC dan masukkan.

Permohonan selesai dan anda akan dihubungi semula untuk proses lebih lanjut.

Cara keluar duit guna kad kredit BSN

Bagi pemegang kad kredit BSN, anda juga boleh keluarkan duit dari kad kredit anda. Pelan ini dipanggil sebagai BSN EasyCash. Terdapat dua cara untuk memohon pelan ini.

Pengeluaran duit cara pertama

  1. Layari https://www.bsn.com.my/PersonalBanking/Cards/bsn-easycash?lang=en&csrt=13844186526340244865.
  2. Tekan APPLY NOW. Anda akan dibawa ke paparan bawah sekali.
  3. Tekan Submit Details.
  4. Masukkan butiran yang diperlukan iaitu:
    • Nama
    • No kad pengenalan
    • No telefon
    • Emel
    • No kad kredit
    • Jumlah yang ingin dipohon
    • Pelan
  5. Tick pada kotak I have read and understood the Bank’s Privacy Policy and agree that I may be contacted via email and/or phone to follow-up on my submission.
  6. Tekan Submit.

Pegawai bank akan menghubungi anda untuk tindakan lebih lanjut.

Pengeluaran duit cara kedua

  1. Download borang permohonan.
  2. Baca dengan teliti dan isikan borang.
  3. Bawa borang dan hantar ke cawangan berdekatan.

Akhir kata

Semoga perkongsian kami mengenai cara keluar duit guna kad kredit ini dapat membantu anda. Namun, diingatkan supaya anda membaca dengan teliti terma dan syarat, dan yang penting kadar faedah yang dikenakan untuk pelan-pelan di atas. Pastikan anda menggunakan pelan ini dalam keadaan yang betul, jangan untuk bersuka ria pula. Kelak membawa padah.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

Leave a Comment