Cara Keluarkan Duit ASB Online (Pengeluaran di myasnb.com.my)

Jika anda salah seorang penyimpan di MyASNB online, anda memang boleh terus login ASNB dan buat transaksi untuk semak baki ASB. Namun, yang buat orang selalu tertanya-tanya, adakah wujud cara keluarkan duit ASB online?

Rami orang mahu tahu, bolehkah buat pengeluaran ASB online menggunakan portal MyASNB ataupun pindahan duit melalui bank-bank seperti Maybank2u secara online?

Teruskan membaca penerangan kami di bawah.

Cara keluarkan duit ASB

Kami kumpulkan soalan lazim dalam penulisan yang mudah faham, yang dirujuk dari laman www.asnb.com.my

Boleh ke keluarkan duit ASB secara online?

Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ini adalah soalan yang paling popular.

Dulu, memang tidak boleh.

Terus terang, inilah yang paling ramai orang tanya. Namun, ramai yang kecewa dengan jawapannya.

Soalan: Adakah cara untuk buat pengeluaran duit ASB secara online, contohnya melalui portal MyASNB dan Maybank2u?

Jawapan: Tidak boleh

Kami telah membuat panggilan di Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di nombor telefon 03–77308899. Pegawai di talian telah mengesahkan bahawa memang tidak ada cara keluarkan duit ASB secara online.

Namun, perkhabaran terbaru dan terkini membolehkan pengeluaran ASB secara online. Bagi yang masih lagi belum ada akaun Amanah Saham Bumiputera dan berminat dengan pelaburan ini, sila baca cara daftar ASB terlebih dahulu.

 

Cara keluarkan duit ASB online

Pada 20 April 2020, pemegang unit ASB dibenarkan untuk mengeluarkan duit ASB dari akaun sendiri secara online.

Namun, had maksimum pengeluaran yang dibenarkan ialah RM500 sebulan, sahaja.

Pengeluaran ASB ini boleh dilakukan dari mana-mana akaun unit amanah ASNB seperti Amanah Saham Bumiputera, Amanah Saham Nasional, Amanah Saham Wawasan 2020 dan lain-lain lagi.

Jumlah minimum untuk sekali pengeluaran ialah RM100.

Jumlah transaksi dibenarkan hanyalah sebanyak 3 kali sebulan.

Ikuti langkah seperi di bawah untuk buat pengeluaran ASB secara online:

  1. Klik laman web rasmi www.myasnb.com.my
  2. Ada dua pilihan bahasa, iaitu Bahasa Melayu dan English
  3. Pilih BM iaitu Bahasa Melayu
  4. Klik Log Masuk di bahagian kanan atas
  5. Di bahagian Log Masuk Pengguna, masukkan ID Pengguna
  6. Klik Teruskan
  7. Akan keluar satu frasa keselamatan
  8. Jika ini bukan frasa keselamatan yang anda pilih, jangan teruskan urusniaga. Klik Tidak.
  9. Jika ini ialah frasa keselamatan yang anda piliah, klik Ya.
  10. Masukkan Kata Laluan
  11. Klik menu Portfolio
  12. Akan terpapar No Ahli dan senarai Jenis Unit Amanah yang anda langgan
  13. Di hujung sebelah kanan unit amanah, iaitu Amanah Saham Bumiputera, ada butang Transaksi
  14. Klik butang Transaksi
  15. Pilih Jualan Balik
  16. Kini anda berada di bahagian 1, iaitu Pengisytiharan
  17. Sila baca, fahami dan mengakui penafian pelaburan berikut dan kriteria minimum sebelum meneruskan transaksi.
  18. Tick di bahagian Saya telah membaca, memahami dan bersetuju dengan kenyataan Terma & Syarat, Penafian Pelaburan, Kriteria Minimum untuk Urus Niaga, termasuk semua notis dalam semua perkara di atas.
  19. Kini anda berada di bahagian 2, iaitu Jualan Balik
  20. Maklumat ini akan terpapar secara automatik:
  21. Sila masukkan amaun duit ASB yang ingin dikeluarkan
  22. Tick di bahagian Saya mengesahkan maklumat diatas yang diberikan adalah tepat
  23. Akan keluar satu popup yang menatakan Jualan balik anda akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda yang didaftarkan dengan ASNB dalam tempoh satu (1) hari bekerja.
  24. Jika bersetuju, klik Teruskan
  25. Kini anda berada di bahagian 3, iaitu Pengesahan
  26. Klik Permintaan TAC
  27. Masukkan nombor TAC yang diterima dalam bentuk SMS pada nombor telefon yang didaftarkan
  28. Klik Seterusnya
  29. Transaksi untuk keluarkan duit ASB secara online kini sudah berjaya
  30. Sila semak akaun bank anda untuk mengesahkan duit ASB sudah  masuk

Maklumat Tambahan:

  • Anda sebagai pemegang untui boleh keluarkan duit ASB secara percuma
  • Semua unit amanah boleh dikeluarkan, kecuiali ASN Equity 5 dan ASN Sara 2

 

Pengeluaran duit ASB melalui kaunter cawangan ASNB

Jika ada cawangan ASNB yang berdekatan, kami galakkan anda pergi ke sana kerana lebih mudah berurusan.

Siapa yang boleh keluarkan?

  • Jualan balik ASB hanya boleh dilakukan oleh pemegang unit sahaja.
  • Jika ingin membuat pengeluaran bagi anak-anak, penjaga berdaftar dibenarkan.

 

Dokumen apa yang diperlukan?

  • Isi Borang Jualan Balik (ASNB JB)
  • Kad pengenalan pemegang unit itu sendiri

 

Maklumat tambahan

  • Pemegang unit remaja bagi Akaun Remaja ASB hanya dibenarkan membuat jualan balik sebanyak 200 unit sahaja dalam tempoh seminggu
  • Jualan balik bagi Akaun Remaja/Bijak ASM 2 Wawasan, ASM, ASB 3 Didik, ASM 3, ASB 2, ASN, ASN Imbang 2, ASN Equity 3 dan ASN Sara 1 hanya boleh dilakukan oleh penjaga berdaftar sahaja
  • Jualan balik pihak ketiga adalah tidak dibenarkan

 

Pengeluaran duit ASB melalui bank (Maybank, CIMB, BSN, RHB)

Kini anda sudah maklum, walaupun anda boleh buat tambahan simpanan pelaburan melalui online banking melalui MyASNB, ia tidak menyediakan kemudahan untuk membuat pengeluaran ASB.

Bagus juga.

Ini mungkin untuk melindungi anda dari segala macam scam yang ada sekarang.

Ini bermakna, anda perlu pergi ke ejen-ejen ASB di bank berdekatan seperti Maybank, CIMB, Affin Bank, RHB, BSN, Ambank, Hong Leong, Alliance Bank dan Pos Malaysia.

Ini adalah cara mudah untuk keluarkan duit ASB, dalam contoh ini, Maybank:

  • Bawa IC sahaja (Buku akaun ASB tidak wajib dibawa)
  • Pergi ke cawangan Maybank yang berdekatan
  • Pergi ke kaunter pertanyaan
  • Beritahu hajat anda untuk keluarkan duit ASNB
  • Mereka akan berikan borang hijau
  • Isi Borang Jualan Balik
  • Masukkan Nama, IC, nombor akaun ASB dan jumlah yang ingin dikeluarkan
  • Ambil nombor giliran
  • Tunggu sehingga nombor giliran dipanggil
  • Buat urusan di kaunter
  • Pengesahan cap jari diperlukan
  • Duit ASB akan terus dimasukkan ke dalam akaun Maybank

Untuk makluman, selain bank, jika anda mahu keluarkan di Pejabat Pos pun, boleh juga.

Cuma Pejabat Pos akan berikan dalam bentuk wang tunai.

Bahaya.

 

Cara keluarkan duit ASB tanpa buku

Seperti yang dikongsikan di atas, memang pengeluaran sekarang tidak lagi memerlukan buku.

Anda hanya perlu mengisi Borang Jualan Balik dan sediakan kad pengenalan pemegang unit sahaja.

 

Akhir kata

Mohon maaf jika mengecewakan anda kerana tidak dapat memberikan cara keluarkan duit ASB online.

Pasti ada sebab kenapa pihak ASB berbuat begitu.

Jika anda bersemangat untuk keluarkan duit ASB sebab baru sahaja dapat dividen, jangan lupa bayar zakat ASB juga. Barulah berkat pendapatan kita.

Semoga bermanfaat.


Lagi Tentang Kewangan ↓

136 thoughts on “Cara Keluarkan Duit ASB Online (Pengeluaran di myasnb.com.my)”

  1. cara online lopek.. lembap.. thpape.. baik xyh sediakn online klau xreti buat kje. nyusahkn owg. kluakn je sume dlm asb msuk kn ke bank lg bgus. dh la klau bratur pn asik ad msalah sistem je memanjang. mnyakitkn hty. pihak bank plk klau dgr asb je tolak tepi je dlu lbih pntingkn bkaitan lain. dowg pn fedup ngn sistem asb yg lembap..kekdg rse benggang gler. xleh pakai

  2. Assalam haii nk tye,yg dh buat online transfer asb brp hr br msuk akaun maybank…baca2 komen atas mcm lama je..ada jgk buat td..tggu2 x masuk2 lg..agak2 brp lme akn masuk akaun ye..tq

  3. Alhamdulillah.. semalam transfer around 10.50am, hari ni petang dah masuk akaun. Cuba korang check.. 😉
    Saya transfer ke Maybank.

  4. Sy dah Tranfer duit asb ke maybank 5/1.melalui Asb online.. Sy check 6/1 xdpt masuk.. Ambil masa brp hr duit masuk ke maybank

  5. Saya dah stranfer rm200 ke cimb 4.1.2021 tapi masih belom masuk lagi….adakah ade kesilapan yang berlaku…

  6. Saya dah stranfer rm200 ke cimb 4.1.2021 tapi masih belom masuk lagi….adakah ade kesilapan yang berlaku…

  7. kalau da buat pngeluaran online,tpi sya nak kuarkn lgi melalui kaunter bank,boleh ke?sbb klau guna online kan 500 je plg byk dpt kuar..jdi nk topup ckit duit lbih dri tu..tpi mlalui kaunter la..

  8. Saya transfer ke akaun cimb, buat online pada 14/1/2021, pukul 1pm,duit masuk dalam akaun 15/1/2021, 8pm.

  9. Salam ,
    Saya asa acc myasb . Blh x update no hp baru di portal tersebut atau hanya blh dilakukan di kuanter?

  10. 29/1/2021(succesfull payment)
    30/1/2021(check bank x msuk lgi)

    brpe lama agak2 ya? tlong respon please. katanya 24jam waktu bekerja

  11. brapa duit akn masok ke dlm acc sy tunggu dah 4 hari duit tak masok pun boleh jgn rumit kn tak sbb sy nk buat beli buku ank.. tp skrg terus tak dpt duit asb tu.. esok buku ank kne beli dah.. boleh jelas kan tak masa keluaran 1jam atau 24jam atau setahun ni.. tulis 1jam tp dah 4 hari tak masok² pun

  12. BOLEH SESIAPA YG ADA PENGALAMAN NAK KELUAR KAN DUIT ASB TAK.. KENAPA LAMA SANGAT NK MASOK KE DLM ACC NI.. SELALU BRAPA HARI YE.. TOLONG BAGI TAHU SEKEJAP SY TRANFER 29HB HARINI 1HB BELOM MASOK LG

  13. 2hb masih tak masok lg.. masalah apa asb ni tulis 1jam tp hrini dah 5hari.. lain kali jgn tulis 1jam tulis 1thn kemudian? tak sakit hati sangat

  14. Kalau pengeluaran asb di bank, ada limit ke? sama mcm pengeluaran online?
    Pls someone jawab.. urgent nk guna duit 🙁

  15. kelmarin 9/2/21 transfer jam 8.00 pg sucessfullllll…hri pi bank koi 3 ptg duit tak masuk pon…kecewa rasa…jgn hilang sudah duit tu…na guna makan ni deyyyy….klw tau tak buat klmarin..dah boleh pi pos laju…hmmmmmmmmmmn sedih

  16. 7.2.2021- Buat pengeluaran ASB secara online. (Pagi)

    9.2.2021- (2 hari kemudian) Alhamdulillah duit dah masuk akaun (10+ malam 9hb).

    Saya pun macam anda, tertunggu2. Baru ingat nak call ASB tanya kenapa.

    Tips untuk pengguna akan datang, kalau anda nak guna duit urgent, lebih baik keluarkan duit (cash) melalui kaunter (Pejabat pos, Maybank, etc).

    Kalau tak urgent nak pakai duit & anda sanggup tunggu beberapa hari, boleh la buat pengeluaran secara online. Sistem online ni ambil masa sikit & ASB ada mention ‘HARI BEKERJA’.

    Kalau bernasib baik, dapatlah dalam tempoh 1 hari bekerja. Jadi kalau buat hari Sabtu Ahad tu, MUNGKIN kena tunggu hari Isnin atau seterusnya. Yang penting, SABARR & tenang2 semua.

  17. Saya baru bukak akaun ASNB Januari lepas. Minggu ni nak keluarkan sedikit atas sebab kecemasan. Berapa had pengeluaran dan adakah pengeluaran ini dibenarkan?

  18. petang tdi sya ada ke pejabat ASB sebagai wakil (anak) beliau tak berapa sehat nak bejalan…. masa sya berkunjung ke pejabat ASB bertanya untuk menjadi wakil untuk megeluarkan ASB staff ASB nak beliau sya turun juga ke cawangan utk membuat pengeluaran sendiri… jadi sekarang beliau tak boleh begerak bab dah tua…. macam mna nak bwa ke cawangan ASB klau nak bejalan pun dah tak boleh…. takan nak bwa ambulan angkat tu katil bawa kt sana… jdi tak logik la klau tu yg jawapan sya kena bgi… jdi mcm mna tu pengaturan dia

  19. saya dah keluarkan dari pejabat pos..pej pos pon blh transfer direct maybank skrg kalau x nak pegang cash

  20. Seksa nak tunggu duit sendiri masuk .. Terdesak pun jadi x terdesak dah .. Bek xpyh ambil dt asb online

  21. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya.
    Kalau itu rezeki kita…ia tak ke mana2, saya doakan saudara2 saya di sini semoga Allah permudahkan semua urusan kalian dengan rezeki yang melimpah ruah…Aaminn Ya Robbal Aalaminn

  22. Kenapa dalam akaun ASB anak2 saya duit xda tinggal langsung ? Mana pergi balance tu ? Setiap skrng masih berbaki rm3++ lebih . Sekrng sya check online rm00.00 . Mana duit tu berjalan ?

  23. Sy try buat ikut step yg awk guide, sedihnya maksimum jualan balik RM500 je… Haihhh…

  24. saya ingin bertanya, boleh ke buat pengeluaran ASNB ? permohonan akaun pada bulan Jun 2021, berapa had pengeluaran jika ingin membuat pengeluaran di bank berdekatan ? Jika ingin buat pengeluaran ASNB

  25. salam korang nak tanya ada tak sape yg buat pengeluaran dah dpt duit…semalam sya keluarkn berjaya tp check still xmasuk ag..

  26. Kenapa saya transfer duit dari 27/8 sampai 31/8 masih belum masuk? Sedih lah
    orang nak cepat , dilambat2kan plak . kata dalam masa 24jam,

Leave a Comment