toyotacapital.com.my (Cara Mohon Pinjaman Pembiayaan Kenderaan)


Jika anda ingin membuat permohonan untuk pembelian kenderaan Toyota, kini lebih mudah kerana anda boleh membuat permohonan pinjaman di toyotacapital.com.my tanpa perlu ke cawangan Toyota berhampiran anda.

Izinkan kami berkongsi.

1. Cara mohon pinjaman pembiayaan kenderaan di toyotacapital.com.my

Berikut adalah cara-cara untuk membuat pinjaman pembiayaan kenderaan anda:

  1. Layari toyotacapital.com.my.
  2. Anda akan lihat Mohon Sekarang di belah kanan skrin anda.
  3. Tekan Mohon Sekarang.
  4. Anda akan dibawa ke laman baru di toyotacapital.com.my/onlineapplication.
  5. Pilih Model, Variant, Colour, Location, dan Preferred Outlet.
  6. Harga kereta tanpa insurans, Insurans dan Harga Runcit akan dipaparkan secara automatik.
  7. Tick jika anda ingin memilih aksesori yang anda inginkan.
  8. Amaun pinjaman akan dipaparkan. Amaun pinjaman ialah maksimum 90% dari harga jualan.
  9. Isikan berapa tahun anda inginkan untuk membuat pinjaman. Maksimum ialah 9 tahun.
  10. Tekan Select Plan & Calculate.
  11. Pilih pelan pembiayaan anda.
  12. Tekan I Want This pada pelan yang anda inginkan.
  13. Tekan Proceed.
  14. Isikan butiran yang diperlukan iaitu:
    • Gelaran
    • Nama
    • Kewarganegaraan
    • Nombor kad pengenalan
    • Pendapatan bulanan
    • Nombor telefon
    • Emel
  15. Tekan Next.
  16. Semak semula pelan yang anda inginkan, pastikan semuanya betul.
  17. Tick pada kotak yang menyatakan maklumat adalah benar.
  18. Tekan Submit & Apply.

Selesai.

Eksekutif jualan akan menghubungi anda dan anda akan mengetahui status permohonan anda dalam masa 2 hari.

2. Kempen Jom Drive car loan untuk penjawat awam di toyotacapital.com.my

Jika anda adalah penjawat awam, anda layak untuk memohon program Jom Drive yang ditawarkan ini. Pemohon Jom Drive yang layak akan menikmati faedah khas dan boleh memilih pelbagai variasi pelan pembiayaan kenderaan yang ditawarkan seperti Toyota EZ Beli, Toyota Flexi Plan, Toyota Drive, AITAB dan Pembiayaan Sewa Beli Kenderaan.

Soalan Lazim Jom Drive

1. Apakah kempen Jom Drive Toyota?

Ini adalah kempen terbaharu inisiatif Toyota Capital di mana anda boleh memohon pinjaman secara mudah & pantas.

2. Siapakah yang boleh memohon Jom Drive?

Jom Drive dibuka kepada semua rakyat Malaysia yang bekerja di sektor awam / kerajaan.

3. Bolehkah saya memohon Jom Drive bagi pihak anak saya?

Ya, program ini juga terpakai bagi penjawat awam yang ingin menjadi penjamin bagi pembelian kereta untuk anak yang masih belajar di kolej / universiti.

4. Apakah jenis kereta Toyota yang boleh dibeli menerusi program ini?

Jom Drive boleh digunakan untuk semua kereta pendaftaran peribadi. Ia termasuklah semua model Toyota kecuali Hiace dan Hilux S/Cab.

5. Bagaimana pembiayaan kewangan ini berfungsi dan apa kadar pinjamannya?

Anda boleh memohon semua pelan pembiayaan kenderaan Toyota Capital Malaysia. Sila layari toyotacapital.com.my bagi melihat pelan tersedia.

6. Apakah manfaat Program Jom Drive?

Menerusi program Jom Drive, anda boleh memohon semua produk pembiayaan kenderaan Toyota Capital dengan sangat mudah. Kami hanya perlukan Kad Pengenalan, Lesen Memandu dan 1 bulan Penyata Gaji.

7. Berapa lamakah tempoh saya perlu bekerja di sektor awam / kerajaan sebelum memohon program ini?

Tiada tempoh minimum diperlukan, anda hanya perlu menyediakan 1 bulan penyata gaji (turut nyatakan nama majikan di sektor awam / kerajaan).

 

3. Anda ada sebarang pertanyaan tentang loan kereta?

Jika anda ada sebarang pertanyaan yang ingin diajukan. layari toyotacapital.com.my dan dapatkan nombor telefon pejabat wilayah untuk dihubungi.

 

Akhir kata

Semoga perkongsian kami ini akan memberi manfaat dan memberi penjelasan dengan lebih mudah lagi kepada anda.

Kami juga ada kongsikan cara daftar & mohon jawatan guru di myspp.gov.my jika anda atau kenalan anda berminat untuk menjadi guru.

Leave a Comment