Daftar & Login myspp.spp.gov.my


Mulai 15 Julai 2020, semua permohonan jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) akan menggunakan Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan di myspp.spp.gov.my. Portal ini akan menggantikan portal Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (SPP) yang lama.

Jika anda berminat untuk bekerja di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, izinkan kami berkongsi cara-cara untuk mendaftar dan login.

Cara daftar myspp.spp.gov.my

Berikut ialah cara untuk mendaftar akaun baru sebagai pengguna yang baru di myspp.spp.gov.my:

  1. Layari myspp.spp.gov.my
  2. Klik OK.
  3. Pilih DAFTAR AKAUN BAHARU.
  4. Isikan semua medan bertanda *. Maklumat yang perlu diisi ialah:
    • No. kad pengenalan (contoh: 760910015001)
    • Nama penuh (seperti dalam kad pengenalan)
    • No. telefon bimbit yang aktif
    • Alamat emel
  5. Isikan juga maklumat untuk Soalan Keselamatan (untuk tujuan reset kata laluan). Pastikan anda mengingati soalan keselamatan ini:
    • Siapakah nama ibu pemohon?
    • Sahkan nama ibu pemohon
    • Di manakah negeri kelahiran pemohon?
    • Sahkan negeri kelahiran pemohon
  6. Masukkan kata laluan dan sahkan kata laluan.
  7. Isikan kod keselamatan yang diberi.
  8. Selepas semua medan diisi, klik butang Daftar.
  9. Jika anda ingin mengisi semula maklumat, tekan butang Semula.
  10. Sekiranya anda mendapat ralat berikut, semak semula medan yang dinyatakan seperti di bawah:
myspp.spp.gov.my

Jika anda sudah selesai, anda boleh login menggunakan ID dan kata laluan yang didaftarkan.

Cara login di myspp.spp.gov.my

Sebelum menggunakan mySPP, pastikan anda membaca SOALAN LAZIM (FAQ) dan PANDUAN PENGGUNA.

PENTING: Pemohon dinasihatkan untuk membuat permohonan/kemaskini menggunakan komputer & komputer riba sahaja. Penggunaan peranti mudah alih hanya boleh dibuat bagi tujuan SEMAKAN sahaja.

Berikut adalah cara login di myspp.spp.gov.my untuk mengisi borang dan memohon jawatan di mySPP:

  1. Layari myspp.spp.gov.my.
  2. Masukkan MyID (no kad pengenalan) dan kata laluan.
  3. Tekan Log Masuk.
  4. Anda sudah boleh mengisi borang mySPP.
  5. Selesai.

Lupa kata laluan mySPP

Sekiranya anda terlupa kata laluan, anda boleh reset kata laluan anda. Berikut adalah cara-caranya:

  1. Layari myspp.spp.gov.my.
  2. Tekan LUPA KATA LALUAN.
  3. Masukkan Maklumat Asas iaitu:
    1. No. Kad Pengenalan
    2. Nama Penuh
  4. Isikan maklumat untuk Soalan Keselamatan iaitu:
    • Siapakah nama ibu pemohon?
    • Sahkan nama ibu pemohon
    • Di manakah negeri kelahiran pemohon?
    • Sahkan negeri kelahiran pemohon
  5. Masukkan kata laluan dan sahkan kata laluan.
  6. Isikan kod keselamatan yang diberi.
  7. Selepas semua medan diisi, klik butang Daftar.
  8. Jika anda ingin mengisi semula maklumat, tekan butang Semula.
  9. Anda boleh log masuk terus ke mySPP sekiranya reset kata laluan berjaya.

Ada problem login myspp.spp.gov.my?

Jika anda mempunyai masalah untuk login, sila hubungi Hotline mySPP melalui nombor telefon berikut:

  • Urusan Pengambilan 03-8893 4019 / 4020
  • Urusan Teknikal 03-8893 4021 / 4022

Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk dan hubungi saluran berikut:

Maklumat tambahan mySPP

Bilakah dan bagaimanakah saya boleh memohon jawatan tersebut?

Semua permohonan jawatan di bawah SPP boleh dilakukan sepanjang tahun.

Bilakah iklan jawatan kosong SPP akan disiarkan?

SPP tidak mengiklankan kekosongan jawatan di akhbar mahupun media massa yang lain.

SPP menyiarkan iklan sepanjang masa di portal rasmi mySPP.

Oleh itu, pemohon juga boleh menyemak maklumat yang dimaksudkan serta perkara lain berkaitan dengannya dan mereka boleh memohon jawatan yang diminati yang sesuai dengan kelayakan yang mereka miliki.

Permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tahun.

Walau bagaimanapun, penerbitan iklan juga boleh dilakukan oleh SPP pada bila-bila masa mengikut kesesuaian berdasarkan keperluan urusan pengambilan jawatan tertentu.

Tiada tempoh yang ditetapkan bagi proses tersebut kerana selepas selesai proses pendaftaran, semua data permohonan akan disimpan di dalam Bank Data SPP.

Proses tapisan hanya akan dijalankan setelah SPP Malaysia menerima laporan pengisian kekosongan jawatan dari Kementerian.

Pemohon yang melepasi tapisan semasa akan dipanggil oleh SPP bagi menghadiri ujian/ temu duga berdasarkan jawatan yang dipohon.

Akhir kata

Jika anda ingin memohon jawatan di mySPP, diucapkan semoga maju jaya pada anda.

Bagi kakitangan kerajaan, anda boleh semak penyata gaji anda di epenyatagaji-laporan.anm.gov.my

1 thought on “Daftar & Login myspp.spp.gov.my”

  1. I forgot my password and call your hotline numbers many times to reset my password…but still cannot get through until now.
    …because of that problem, I cannot login and register my application, so can you please reset the password as soon as possible since the due date is on 21st July 2021.

    Reply

Leave a Comment