Daftar & Login epenyatagaji-laporan.anm.gov.my


ePenyata Gaji ialah sistem yang diwujudkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia, untuk penjawat awam menyemak dan mendapatkan slip gaji masing-masing di epenyatagaji-laporan.anm.gov.my.

Pengguna sistem ini terdiri daripada Penjawat Awam Persekutuan seperti Jabatan Kewangan, Jabatan Pelajaran, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, Jabatan atau Kementerian seumpamanya TIDAK TERMASUK kerajaan negeri, badan berkanun, dan agensi berkanun dan tentera.

Cara mendaftar kali pertama di epenyatagaji-laporan.anm.gov.my

a) Untuk mendaftar kali pertama, pastikan anda mempunyai:

  1. Nombor kad pengenalan
  2. Nombor gaji
  3. Alamat emel yang sah dan betul (sila gunakan emel jabatan supaya tidak disalahguna)

Untuk dapatkan nombor gaji, anda boleh menghubungi pegawai atau kakitangan di Unit Gaji di tempat anda bertugas.

Bagi anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang pertama kali mendaftar, sila gunakan No. Gaji baharu. Contoh seperti berikut:

Contoh No. Gaji BAHARU yang dimaksudkan:

No.Gaji PDRM : 00123456 (8 digit)
No.Gaji BARU : 80123456 (8 digit – Batalkan digit ‘0’ yang pertama daripada No.Gaji PDRM
dan diGANTIkan dengan digit ‘
8’)

b) Cara-cara mendaftar kali pertama di Sistem ePenyata Gaji & Laporan:

  1. Layari epenyatagaji-laporan.anm.gov.my.
  2. Klik Pertama Kali Mendaftar.
  3. Skrin Pendaftaran Pengguna Baru akan dipaparkan. Sila masukkan maklumat yang diperlukan.
  4. Pastikan anda masukkan maklumat yang betul seperti:
    • Nombor Kad Pengenalan / Nombor Passport
    • No Gaji
    • Kata Laluan
    • Sahkan Kata Laluan
    • Soalan Keselamatan
    • Jawapan
    • No HP
    • Telco
    • Alamat emel
    • Pilihan cara menerima notifikasi perubahan kata laluan
  5.  Tekan OK.

Selesai.

Cara login ePenyata Gaji di epenyatagaji-laporan.anm.gov.my

Setelah mendaftar kali pertama, anda boleh login untuk dapatkan penyata gaji. Berikut adalah cara-caranya:

  1. Layari epenyatagaji-laporan.anm.gov.my.
  2. Masukkan No. Kad Pengenalan/ No. Passport serta Kata Laluan yang telah berjaya didaftarkan.
  3. Tekan butang Daftar Masuk.
  4. Setelah berjaya daftar masuk, klik pada submenu “Sendiri” untuk memuat turun Penyata Gaji Bulanan atau Penyata Pendapatan Tahunan.

Bagaimana jika terlupa kata laluan ePenyata Gaji?

Jika terlupa kata laluan, berikut adalah langkah-langkahnya untuk mendapatkan kata laluan baru:

  1. Klik Lupa Kata Laluan?
  2. Masukkan No. Kad Pengenalan dan No. Gaji.
  3. Tekan Seterusnya.
  4. Isikan ruangan berikut:
    • Soalan keselamatan
    • Jawapan
  5. Jika soalan keselamatan dan jawapan adalah sama seperti proses “pendaftaran kali pertama”, skrin akan memaparkan kata laluan anda.

Sekiranya anda masih tidak dapat mengingati soalan keselamatan anda atau jawapan bagi soalan keselamatan, klik “Daftar Semula” dan buat pendaftaran baru.

Bagaimana jika ePenyata Gaji & Laporan di epenyatagaji-laporan.anm.gov.my tidak boleh dibuka?

Itu hanya sementara. Adakala server tidak dapat menampung jumlah trafik dan pengunjung yang tinggi. Sila tunggu dan cuba sekali lagi.

Berapa lama data penyata gaji disimpan dalam sistem ePenyata?

Bagi penyata bulanan, ia disimpan sehingga 18 bulan ke belakang.

Bagi penyata tahunan, ia disimpan sehingga 7 tahun ke belakang.

Adakah ePenyata mempunyai apps pada telefon pintar?

Ya, ePenyata mempunyai 2 apps iaitu pada android dan juga apple ios.

  1. Apps Android: https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.epayslipmobile&hl=en
  2. Apple store: https://apps.apple.com/my/app/epayslip-janm/id1481434530

Akhir kata

Sistem ini akan memudahkan lagi urusan penjawat awam di Malaysia.  Anda hanya perlu layari epenyatagaji-laporan.anm.gov.my untuk dapatkan penyata gaji anda. Ia juga merupakan salah satu inisiatif kerajaan ke arah usaha sifar kertas.

Jika anda mempunyai kenalan yang ingin menyertai Polis DiRaja Malaysia, sila klik di sini.

Categories ANM

Leave a Comment