epengambilanpdrm.rmp.gov.my


Berita baik untuk non-bumiputera di Malaysia. PDRM ada menawarkan jawatan kosong sebagai konstabel dan lain-lain melalui laman web rasmi epengambilanpdrm.rmp.gov.my.

Tidak perlu isi borang seperti dulu-dulu.

Kerja kosong di epengambilanpdrm.rmp.gov.my

1. Pendaftaran online di epengambilanpdrm.rmp.gov.my

Berikut ialah cara untuk mendaftar bagi membolehkan anda mohon kerja kosong yang ada di PDRM. Terpakai untuk kedua-dua bumiputera dan bukan bumiputera.

  1. Layari laman web rasmi e-Pengambilan PDRM di sini: https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my
  2. Jangan tersilap masukkan epengambilan.rmp.gov.my ataupun epengambilanpdrm.rmp.com.my
  3. Jika anda taip URL yang betul, anda akan berada di laman utama e-Pengambilan PDRM
  4. Tekan butang Pendaftaran Baru
  5. Untuk shortcut, anda boleh terus klik pautan ini: https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/Registration.aspx
  6. Lengkapkan Maklumat Akaun
    • ID Pengguna
    • Kata Laluan
    • Pengesahan Kata Laluan
    • Email
    • Pengesahan Email
  7. Teruskan dengan Soalan Keselamatan Kata Laluan
    • Pilih Tempat Lahir
    • Masukkan Nama Ibu Anda
  8. Lengkapkan Maklumat Pengguna
    • Nama
    • Jantina
    • Nombor Kad Pengenalan
    • Tarikh Lahir
    • Alamat
    • Poskod
    • Bandar
    • Negeri
    • Nombor Telefon
    • Kod Pengesahan
  9. Tekan butang Serah untuk menghantar
  10. Semak email untuk mengaktifkan akaun

2. Login e-Pengambilan PDRM

Setelah pendaftaran berjaya, anda kini boleh login dan mula memohon.

  1. Layari laman web rasmi e-Pengambilan PDRM di sini: https://epengambilan.rmp.gov.my
  2. Anda kini berada di laman utama e-Pengambilan PDRM
  3. Masukkan ID Pengguna seperti yang didaftarkan tadi
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Tekan butang Log Masuk
  6. Anda kini sudah berada di dalam sistem ePengambilan PDRM

3. Cara mohon jawatan kosong PDRM

Selepas berjaya login, anda boleh mula apply kerja kosong untu menjadi polis.

  1. Klik Permohonan Polis
  2. Seterusnya, klik Permohonan Baru
  3. Lengkapkan maklumat yang dipinta seperti:
    • Maklumat Peribadi
    • Maklumat Keluarga
    • Maklumat Akademik
    • Maklumat Ko-Kurikulum
  4. Di bahagian Permohonan Jawatan, anda perlu pilih jawatan yang ditawarkan
  5. Tekan butang Simpan
  6. Di bahagian Pengakuan, tick untuk mengesahkan pengakuan
  7. Sila semak betul-betul sebelum menghantar permohonan
  8. Sekiranya semuanya betul, tekan butang Hantar Borang untuk menghantar permohonan melalui ePengambilan PDRM

Akhir kata

Kami berterima kasih dan menyambut baik atas inisiatif PDRM yang mewujudkan epengambilanpdrm.rmp.gov.my untuk orang ramai. Portal ini sangat-sangat membantu insan di luar sana untuk mencuba mendapatkan pekerjaan.

Walaupun antaramuka ePengambilan PDRM masih lagi seperti tahun 90-an, dan tidak seperti mybayar.rmp.gov.my; setidak-tidaknya ia memudahkan urusan orang lain yang mencari kerja.

Semoga membantu!

28 thoughts on “epengambilanpdrm.rmp.gov.my”

  1. Terlupa katalaluan tapi sekarang tidak boleh restore sebab nama ibu tunjuk tidak padan so macam mana nak restore katalaluan saya? nama ibu betul i letak tapi still tunjuk tidak padan

    Reply
  2. assalammualaikum tuan puan .saya berharap akan menjadi seorang pengawal polis agar saya menjalani kehidupan yang berdisiplin hormat menghormati atas tugas yang ditentukan.

    Reply
  3. Saya dah daftar dah untuk pengambilan PDRM setaraf SPM la,Tapi saya tak dapat info -info mengenai pdrm..saya dah mohon ..cuma tidak dapat panggilan .

    Reply

Leave a Comment