sspni.sspn.my (Cara Daftar & Login SSPN-i Online)


Zaman sekarang, kalau anda mahu belajar ke institusi pendidikan tinggi, pasti perlukan jumlah wang yang banyak. Seeloknya kita sebagai ibu bapa harus menyimpan untuk pendidikan anak-anak. Kini anda boleh menyimpan di sspni.sspn.my. Nanti semasa anak nak menyambung pelajaran di universiti, boleh kita gunakan duit simpanan ini, kita boleh mulakan dengan menyimpan serendah RM1 sehari sahaja.

Izinkan kami berkongsi maklumat mengenai SSPN-i, SSPN-i Plus dan juga cara pendaftarannya.

1. Cara daftar SSPN-i di sspni.sspn.my

Berikut merupakan cara untuk mendaftar SSPN-i:

  1. Layari https://sspni.sspn.my.
  2. Pilih Pembukaan Akaun Baru. Skrol ke bawah dan tekan BUKA AKAUN SSPN-I SEKARANG.
  3. Anda akan nampak Tarikh Permohonan anda.
  4. Isikan Butir-butir Pendeposit iaitu:
    • Nama
    • Keturunan
    • No. MyKad
    • Jenis Akaun
    • Tarikh Lahir
    • Pekerjaan
    • Pendapatan
    • Alamat
    • Tel Bimbit
    • Emel
  5. Isikan Butir-butir Penerima Manfaat/Diri Sendiri:
    • Nama
    • No. MyKad
    • Jantina
    • Tarikh Lahir
  6. Isikan Butir-butir Waris Terdekat:
    1. Nama
    2. No. MyKad/Kad Tentera/ Kad Polis
    3. No. Telefon
  7. Isikan amaun deposit yang anda inginkan (minima deposit RM20)
  8. Masukkan Kod Eksekutif PTPTN/ ID Ejen iaitu 000002008
    • Nota: ID Ejen adalah kod rasmi bagi Eksekutif Pemasaran yang sah dilantik oleh pihak PTPTN. (Kegagalan memasukkan ID Ejen akan menyukarkan mereka untuk membantu anda dapatkan Pengesahan Pembukaan Akaun)
  9. Klik tick pada checkbox, dan klik butang Hantar.
  10. Pastikan maklumat yang diberikan adalah betul.
  11. Paparan BAYAR akan dipaparkan.
  12. No akaun SSPN serta Amaun deposit akan dipaparkan.
  13. Klik butang Bayar.
  14. Anda akan nampak paparan PTPTN Online Payment Gateaway. Pilih salah satu bank untuk membuat bayaran.
  15. Masukkan alamat emel anda yang aktif.
  16. Tick I agree with the FPX Terms and Conditions dan klik pada butang Bayar dengan FPX.
  17. Resit akan dikeluarkan dan pembukaan Akaun SSPN-i anda telah berjaya.
  18. Anda akan menerima resit FPX Transaction melalui e-mel anda.
  19. Untuk mendapatkan surat “Akuan Pembukaan Akaun SSPN-i atau Maklumat No. Akaun SSPN-i”, anda perlu emel dengan kadar segera kepada emel di bawah:

Tajuk Email: Semakan/ Surat Pengesahan Pembukaan Akaun SSPN-i

Alamat Email: [email protected]

Nota: Sila berikan No. Kad Pengenalan Pendeposit. Contoh: 8701010995147. Lampirkan resit “Urusniaga PTPTN Payment Gateaway atau FPX Transaction

Maklumat pembukaan Akaun SSPN-i akan dihantar melalui emel setelah mereka menerima maklumat lengkap daripada anda. Proses maklumbalas akan diberikan dalam tempoh  1-7 hari bekerja.

Selesai.

 

2. Apa itu SSPN-i?

SSPN-i ialah singkatan daripada Skim Simpanan Pendidikan Nasional, merupakan satu skim atau instrumen simpanan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional bagi tujuan pendidikan tinggi.

Mulai 1 Januari 2012, para pelajar yang ingin memohon pinjaman pendidikan bagi membiayai pengajian mereka di Politeknik, IPTA atau IPTS adalah DIWAJIBKAN mempunyai akaun SSPN-i dengan simpanan minimum sepertimana yang ditetapkan oleh PTPTN.

Kini, anda boleh mendaftar SSPN-i di sspni.sspn.my. Apakah keistimewaan skim simpanan ini? Jom kita lihat.

Keistimewaan SSPN-i

  1. Simpanan dijamin Kerajaan.
  2. Layak memohon pinjaman PTPTN.
  3. Pelepasan taksiran cukai hingga RM8000 setahun berdasarkan simpanan bersih thaun semasa.
  4. Perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1000 dan ke atas.
  5. Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan cukai pendapatan.
  6. Pemberian Gerai Sepadan hingga RM10000 untuk satu keluarga yang layak.

Keistimewaan SSPN-i Plus

  1. Simpanan dijamin Kerajaan.
  2. Dividen kompetitif.
  3. Pelepasan taksiran cukai hingga RM8000*.
  4. Khairat kematian termasuk pasangan & sehingga 3 orang anak.
  5. Manfaat takaful bagi 36 penyakit kritikal.
  6. layak memohon pinjaman PTPTN.
  7. Komitmen serendah RM30 sebulan.
  8. Tiada pemeriksaan kesihatan.
  9. Manfaat perlindungan hingga RM1000000.
  10. Elaun kemasukan Hospital.

*Tambahan sehingga RM3000 bagi sumbangan takaful melalui SSPN-i Plus (bukan penjawat awam)

**Tambahan sehingga RM7000 bagi sumbangan takaful melalui SSPN-i Plus (penjawat awam di bawah skim pencen)

 

3. Apakah beza SSPN-i dengan SSPN-i Plus?

Terdapat beberapa perbezaan antara dua skim ini iaitu:

1. Pembukaan Akaun

SSPN-i: Akaun boleh dibuka oleh warganegara Malaysia untuk diri sendiri atau warganegara Malaysia yang lain.

SSPN-i Plus: Akaun boleh dibuka oleh warganegara Malaysia untuk diri sendiri, anak dan anak jagaan yang sah sahaja.

2. Jumlah Deposit

SSPN-i: Tiada sebarang syarat ditetapkan. Deposit boleh dibuat pada bila-bila masa dengan sebarang jumlah.

SSPN-i Plus: Jumlah deposit bulanan ditetapkan mengikut pakej yang dipilih, serendah RM30 sebulan.

3. Pengeluaran Deposit

SSPN-i: Tiada sebarang syarat ditetapkan. Deposit boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dengan sebarang jumlah.

SSPN-i Plus: Hanya selepas 3 tahun dari tarikh pembukaan akaun dan jumlah minimum yang perlu ada di dalam akaun selepas pengeluaran ialah sebanyak RM1000.

4. Pelepasan Cukai

SSPN-i: Sehingga RM8000 bagi simpanan bersih tahun semasa.

SSPN-i Plus: Sehingga RM8000 bagi simpanan bersih tahun semasa dan sehingga RM3000 ke atas sumbangan takaful SSPN-i Plus.

 

 

4. Cara pendaftaran SSPN-i Plus

Jika anda ingin membuka akaun SSPN-i Plus, di sini kami kongsikan langkahnya:

  1. Layari https://sspn-i.com/daftar/. 
  2. Semasa tiba di portal online, ambil maklum paparan dan klik pada butang TUTUP.
  3. Sila pilih PAKEJ yang anda inginkan.
  4. Pilih syarikat penyedia manfaat Takaful. Buat masa ini, hanya ada satu pilihan sahaja iaitu Hong Leong MSIG Takaful Berhad (HLMT).
  5. Tetapkan jenis akaun, pendeposit dan penerima manfaat. Pastikan nombor kad pengenalan dimasukkan dengan betul.
  6. Isikan maklumat peribadi yang diperlukan iaitu:
    • Nama penuh pendeposit
    • Alamat surat-menyurat
    • Pekerjaan
    • Emel dan nombor telefon bimbit
    • Nama dan Nombor akaun bank
    • Nama penuh penerima manfaat (anak)
  7. Masukkan jumlah bayaran pendahuluan yang ingin dibuat. Bayaran minima ialah bersamaan 2 bulan bayaran komitmen bulanan pakej yang dipilih. Klik TERUSKAN.
  8. Tetapkan kaedah potongan untuk bayaran bulan-bulan berikutnya. Tiga pilihan disediakan iaitu:
    • Potongan gaji
    • Auto debit (Maybank, Bank Islam, RHB & BSN)
    • Direct Debit (Semua bank tempatan)
  9. Tekan SETERUSNYA.
  10. Sila baca dan fahami aqad yang dipaparkan. Klik pada 3 kotak yang disediakan untuk menyatakan persetujuan. Setelah butang BAYARAN dipaparkan, klik pada butang tersebut untuk proses pembayaran.
  11. Di paparan PTPTN Online Payment Gateway, sila pilih nama bank untuk proses pembayaran.
  12. Setelah proses pembayaran berjaya, maklumat transaksi akan dipaparkan dan dimaklumkan melalui emel oleh pihak FPX. Sila simpan paparan tersebut untuk rujukan.

Sekiranya maklumat transaksi tidak dipaparkan, sila hubungi Careline PTPTN di talian 03-21933000.

Maklumat akaun juga akan dihantar melalui emel oleh pihak PTPTN.

Selesai.

 

Kini anda boleh memilih untuk mendaftar SSPN-i di sspni.sspn.my atau SSPN-i Plus di https://sspn-i.com/daftar/.

Akhir kata

Usaha anda sekarang demi masa depan anak-anak anda pasti mereka akan hargai. Semoga anak anda mendapat pendidikan terbaik demi masa depan mereka.

Jika anda ada kenalan yang ingin menjadi Guru di KEMAS, jemput untuk layari sini.

Leave a Comment