kis.kemas.gov.my (Login, Daftar Kursus & Mohon Guru KEMAS)


Bagi yang suka dengan keletah kanak-kanak, anda boleh mohon kerja kosong guru tabika KEMAS melalui kis.kemas.gov.my. Sama juga seperti permohonan untuk mengisi jawatan kosong polis di epengambilan.rmp.gov.my, ada beberapa langkah yang terlibat dalam proses permohonan menjadi guru dan menghadiri kursus di KEMAS. Izinkan kami berkongsi.

1. Daftar akaun di kis.kemas.gov.my

Untuk memudahkan proses permohonan guru tabika KEMAS, anda boleh ikuti pendaftaran online seperti di bawah:

  1. Layari laman web rasmi KEMAS di sini: https://kis.kemas.gov.my
  2. Di bahagian Log Masuk Sistem, tekan butang Daftar yang berwarna kuning
  3. Sila baca dan fahami paparan sebelum buat pendaftaran. Antara isinya ialah:
    • Pemohon dikehendaki membaca syarat-syarat permohonan terlebih dahulu sebelum permohonan dilakukan
    • Akaun pemohon ini akan digunakan untuk SEMUA jenis permohonan menggunakan KEMAS Intake System. Pemohon hanya perlu mendaftar sekali sahaja untuk semua jenis permohonan
    • Semakan keputusan permohonan akan menggunakan kata laluan yang sama dengan kata laluan semasa permohonan. Sila ingat kata laluan bagi mengelakkan kesulitan dimasa akan datang
    • Pendaftaran baru akan memerlukan pengaktifan akaun melalui emel yang akan dihantar kepada pemohon. Sila semak akaun emel selepas mendaftar untuk pengaktifan
  4. Tekan butang Teruskan
  5. Di bahagian Daftar, isikan maklumat seperti dipinta
    • Nama Penuh (Seperti dalam Kad Pengenalan)
    • Kad Pengenalan
    • Email
    • Kata Laluan
    • Ulang Kata Lauan
    • Masukkan kod captcha seperti yang terpapar
  6. Tekan butang Daftar
  7. Sila semak email untuk mengaktifkan akaun KEMAS

 

2. Login kis.kemas.gov.my

Kami andaikan anda sudah mengaktifkan akaun KEMAS.

  1. Layari laman web rasmi KEMAS di sini: https://kis.kemas.gov.my
  2. Lihat bahagian Log Masuk Sistem di sebelah kanan
  3. Masukkkan No Kad Pengenalan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Tekan butang Log Masuk
  6. Jika tidak ada apa-apa masalah, anda akan berjaya masuk ke dalam sistem

 

3. Permohonan guru KEMAS / mengikuti kursus pendidikan awal kanak-kanak

Selepas Log Masuk, anda akan dapat melihat pengumuman berkenaan tawaran jawatan kosong guru KEMAS. Ada kalanya, terdapat juga pengumuman mengenai tawaran mengikut kursus sijil pendidikan awal kanak-kanak untuk TABIKA/TASKA.

Untuk memohon jawatan kosong atau menghadiri kursus pendidikan awal kanak-kanak seperti yang diiklankan, klik pautan pada iklan tersebut. Seterusnya, ikut langkah-langkah seperti di bawah untuk mengisi borang permohonan:

  1. Layari laman web rasmi KEMAS di sini: https://kis.kemas.gov.my
  2. Pastikan anda berjaya Log Masuk ke dalam KEMAS INTAKE SYSTEM
  3. Pastikan anda mengisi borang yang betul, Contohnya:
    • BORANG  PERMOHONAN MENGIKUTI KURSUS PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK TABIKA/TASKA
    • BORANG PERMOHONAN PENGISIAN KEKOSONGAN JAWATAN KONTRAK
    • BORANG PERMOHONAN KAJIAN PENYELIDIKAN
  4. Isikan Butiran Peribadi seperti dipinta. Sebagai alternatif anda juga boleh kemaskini maklumat ini melalui Profil Saya.
    • Gambar profil (Berukuran passport)
    • Nama (Seperti dalam Kad Pengenalan)
    • No Kad Pengenalan
    • No Kad Pengenalan lama (jika ada)
    • Tarikh Lahir
    • Kewarganegaraan
    • Alamat (Untuk tujuan surat menyurat)
    • Poskod
    • Bandar / Daerah
    • Negeri
    • No telefon bimbit
    • No telefon rumah
    • Emel
  5. Isikan maklumat seterusnya yang bertanda *
    • Status Perkahwinan
    • Jantina
    • Etnik
    • Agama
    • Tempat Lahir
    • Tinggi (cm)
    • Berat (kg)
    • Status OKU
    • Keterangan OKU
  6. Masukkan butir-butir ahli keluarga dan tekan butang Tambah untuk menambah maklumat. Antara maklumat yang dikehendaki ialah:
    • Hubungan
    • Nama
    • Alamat
    • Tempat Lahir
    • Pekerjaan
    • dan lain-lain
  7. Tick kotak Pengakuan Calon dan baca dan fahami isi pengakuan tersebut sebelum menghantar borang permohonan. Isinya adalah seperti berikut “SAYA MENGAKUI SEMUA KETERANGAN YANG DIBERIKAN DALAM BORANG INI ADALAH BENAR DAN BETUL. SAYA MEMAHAMI SEKIRANYA ADA DI ANTARA MAKLUMAT ITU DIDAPATI TIDAK BENAR / PALSU, PERMOHONAN SAYA AKAN TERBADAL DAN SEKIRANYA SAYA TELAH DIBERI TAWARAN, PERKHIDMATAN SAYA AKAN DITAMATKAN DENGAN SERTA MERTA”
  8. Tekan butang Hantar untuk hantar borang

 

4. Syarat permohonan guru KEMAS

Jawatan kosong ini terbuka untuk semua warganegara Malaysia yang memenuhi syarat yang ditetapkan. Antaranya ialah:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur lebih daripada 18 tahun
  • Umur tidak lebih daripada 35 tahun
  • Mempunyai diploma dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.
  • Diploma tersebut mestilah dari institusi yang diiktiraf oleh kerajaan
  • Mendapat Kepujian (iaitu sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu dalam SPM

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian permohonan untuk menghadiri kursus dan memohon jawatan kosong secara online melalui kis.kemas.gov.my akan memudahkan lagi urusan anda. Seronok kalau dapat kerja dalam suasana kanak-kanak yang sentiasa berada di sekeliling kita.

Bidang pendidikan memang menyeronokkan. Banyak manfaat yang dapat kita beri. Seronok bila tengok anak didik kita pandai membaca dan mula mengisi IQNILAM di iqnilam.moe.gov.my apabila memasuki sekolah kebangsaan kelak.

Kami doakan agar permohonan anda berjaya.

3 thoughts on “kis.kemas.gov.my (Login, Daftar Kursus & Mohon Guru KEMAS)”

  1. Assalamualaikum ,saya nak bertanya , jika saya terlepas tarikh temuduga ,adakah akan ada tarikh lain untuk saya temuduga ?

    Reply

Leave a Comment