sism40.com.my (Cara Daftar dan Semak Status SISM40 Selangor)


Kini, golongan M40 di negeri Selangor boleh memohon Skim Internet Selangor yang dinamakan SISM40 di mana kerajaan negeri memperuntukkan subsidi Internet dan dilaksanakan dengan kersajasama Telekom Malaysia Berhad (TM) melalui perkhidmatan Unifi. Anda kini boleh mendaftar SISM40 di sism40.com.my.

Pelanggan pakej ini berpeluang menikmati subsidi sekitar RM10 hingga RM30 selama setahun.

1. Ciri dan kelebihan SISM40

Antara ciri dan kelebihan Skim Internet Selangor M40 ini adalah berikut:

  • Internet berkelajuan tinggi dari 30mbps – 300mbps
  • Internet berkelajuan tinggi tanpa had dengan Unifi Home Fibre atau Unifi Mobile
  • Harga yang lebih murah
  • Rebat daripada Kerajaan Negeri Selangor selama 12 bulan
  • Spesifikasi internet rumah dan telefon bimbit mudah alih yang optimum

 

2. Syarat kelayakan untuk memohon SISM40

Berikut adalah syarat kelayakan untuk memohon SISM40 ini:

  1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Selangor sekurang-kurangnya 5 tahun ke atas.
  2. Berumur 18 tahun dan ke atas.
  3. Lingkungan gaji isi rumah antara RM4800 sehingga RM11000.
  4. Satu isi rumah hanya layak untuk melanggan sekali sahaja.
  5. Permohonanan hanya untuk individu sahaja dan bukan untuk premis perniagaan.
  6. Pengguna Unifi Home sedia ada tidak layak memohon KECUALI yang masih menggunakan Unifi Lite atau Streamyx.
  7. Tidak disenarai HITAM oleh mana-mana penyedia perkhidmatan telekomunikasi.

 

3. Pakej-pakej SISM40 yang disediakan

Terdapat 8 pakej ditawarkan di dalam Pakej Keluarga, Pakej Bujang dan Pakej Asas. Berikut adalah senarai pakej yang ditawarkan:

PAKEJ ASAS

sism40.com.my (Cara Daftar dan Semak Status SISM40 Selangor)

 

PAKEJ BUJANG

sism40.com.my (Cara Daftar dan Semak Status SISM40 Selangor)

 

PAKEJ KELUARGA

sism40.com.my (Cara Daftar dan Semak Status SISM40 Selangor)

 

4. Cara mendaftar di sism40.com.my

Jika anda layak dan ingin mendaftar SISM40, izinkan kami berkongsi cara-caranya:

  1. Layari sism40.com.my.
  2. Tekan Daftar Sekarang.
  3. Pilih pakej yang ditawarkan.
  4. Tekan Daftar.
  5. Tick Jenis Aplikasi yang diinginkan.
  6. Masukkan butir-butir yang diperlukan seperti:
    • Maklumat peribadi
    • Alamat pemasangan
    • Maklumat bil
    • TAC Code
    • Pilih jenis bil yang akan diberikan
    • Berikan alamat lain jika tidak sama seperti di alamat pemasangan
  7. Masukkan Login ID
  8. Muat naik Dokumen yang diperlukan iaitu:
    • Kad pengenalan
    • Slip gaji/ perakuan pendapatan
    • Bil air/ elektrik
    • Pengesahan pemastautinan (optional)
  9. Baca Perakuan Penting dengan teliti dan tick pada kotak di sebelahnya.
  10. Tekan Daftar.

Selesai.

 

5. Cara semak status permohonan

Berikut adalah cara-cara untuk anda menyemak status permohonan anda:

  1. Layari sism40.com.my.
  2. Pilih SEMAKAN.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan anda.
  4. Tekan Semak.
  5. Keputusan akan diberikan.

Sekiranya permohonan anda diluluskan, anda akan diberitahu melalui emel dalam tempoh 14 hari bekerja.

 

6. Soalan lazim

1. Berapa lamakah tempoh tawaran ini dibuka?

SISM40 ini terbuka untuk permohonan selama 1 tahun bermula 1 Julai 2021 sehingga 30 Jun 2022.

 

2. Adakah saya perlu membuat pembayaran pendahuluan bagi SISM40?

  • Ya, terdapat caj bayaran pendahuluan untuk perkhidmatan ini sebanyak RM100.
  • Bayaran pendahuluan perlu dibuat dalam tempoh 10 hari dari tarikh pengaktifan perkhidmatan. Pelanggan akan dimaklumkan mengenai pembayaran yang telah dibuat melalui SMS dan akan dipaparkan dalam bil mereka yang berikutnya.
  • Sementara itu, bayaran pendahuluan untuk pelan mudah alih perlu dibuat semasa pendaftaran (untuk nombor baharu) dan tiada caj bagi pengekalan nombor sedia ada.

 

3. Bolehkah saya mendaftar lebih dari satu akaun di bawah SISM40?

Ya boleh. Pelanggan boleh memohon lebih dari satu akaun bagi pemasangan di alamat kediaman yang berbeza.

 

4. Adakah saya akan terikat dengan sebarang kontrak dengan tawaran ini?

  • Ya, anda akan terikat dengan kontrak selama 24 bulan.
  • Sekiranya anda memilih untuk menamatkan langganan pelan jalur lebar sebelum tempoh kontrak selama 24 bulan berakhir, bayaran penalti sebagai tambahan kepada baki bulan akan dikenakan.
  • Namun, tiada sebarang kontrak dikenakan bagi pelan mudah alih.

 

Akhir kata

Semoga dengan inisiatif ini, akan mengurangkan lagi beban golongan M40 di negeri Selangor. Kerajaan juga akan membuka jawatan guru bermula Julai ini. Lihat bagaimana cara untuk mendaftar & mohon jawatan guru sekolah.

Leave a Comment