Semakan Status Perkahwinan Melalui IC


Sebelum mendirikan rumahtangga, ada baiknya anda tahu latar belakang pasangan anda. Manalah tahu, duda atau janda. Jadi, kami sarankan anda buat semakan status perkahwinan melalui IC. Semakan ini boleh dibuat secara online melalui laman web esyariah.gov.my

Cara buat semakan status perkahwinan melalui IC di esyariah.gov.my

Pertama sekali, anda perlu ada nombor Kad Pengenalan orang yang anda mahu semak.

Untuk pasangan yang masih baru, mungkin agak sukar untuk mendapatkan maklumat ini. Namun, bagi pasangan yang sudah kenal lama dan bakal mendirikan rumahtangga, kami pasti anda sudah mempunyai maklumat ini.

Sekiranya ada, sila ikuti langkah-langkah berikut untuk menyemak status perkahwinan seseorang:

  1. Layari portal rasmi E-Syariah di www.esyariah.gov.my
  2. Pilih ruangan SEMAK STATUS KES
  3. Pilih Mal (pilih sahaja dahulu, penerangan berkenaan Mal ada ditulis di bawah)
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pasangan anda
  5. Sertakan Nombor Kad Pengenalan dengan sempang atau dash
  6. Contohnya, jika 770803145555, masukkan 770803-14-5555
  7. Klik butang Cari.
  8. Pastikan maklumat peribadi yang terpapar adalah betul:
    • Jenis Kes:
    • No. KP Semasa:
    • Jumlah Rekod:
  9. Keputusan carian berkenaan semakan juga akan dipaparkan:
    • NO
    • NO KES
    • STATUS
    • TARIKH BICARA
  10. Selesai

Apa maksud kes MAL?

Menurut Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang, kes MAL ialah tuntutan yang dibuat di Mahkamah Syariah berkaitan dengan hal-hal kekeluargaan dan harta benda terhadap suatu pihak yang lain.

MAL itu merujuk kepada harta, tetapi bukanlah dalam konteks perundangan.

Untuk mudah faham, ia selalunya berkaitan dengan kes-kes tuntutan dan permohonan. Bukan merujuk kepada kes-kes bukan jenayah.

Jenis-jenis kes di bawah pengkelasan MAL adalah seperti berikut:

  • Rayuan
  • Permohonan Kebenaran Merayu
  • Semakan
  • Permohonan Tegahan/Injunksi Membawa Anak Keluar Malaysia
  • Permohonan Tegahan/Injunksi Terhadap Gangguan
  • Permohonan Pengesahtarafan Anak
  • Tuntutan Pengesahan Waqaf
  • Tuntutan Pengesahan Nazark
  • Tuntutan Gantirugi Pertunangan
  • Permohonan Pengesahan/Perintah Nikah
  • Permohonan/Tuntutan Kebenaran Poligami
  • Permohonan Perintah Daftar Nikah Poligami
  • Permohonan Pengisytiharan Pembubaran Perkahwinan Sebab Pertukaran Agama
  • Tuntutan Fasakh
  • Permohonan Anggapan Mati
  • Tuntutan Muta’ah
  • Tuntutan Harta Sepencarian
  • Tuntutan Nafkah Isteri
  • Tuntutan Nafkah Kepada Pihak Tak Upaya
  • Tuntutan Cagaran Nafkah
  • Tuntutan Nafkah Eddah
  • Tuntutan Mengubah Perintah Nafkah
  • Tuntutan Tunggakan Nafkah
  • Tuntutan Nafkah Anak
  • Tuntutan Mengubah Perintah Hak Jagaan Anak/Nafkah Anak
  • Tuntutan Mengubah Perjanjian Hak Jagaan Anak/Nafkah Anak
  • Permohonan / Tuntutan Membatalkan Perintah Nafkah
  • Tuntutan Hadhanah
  • Tuntutan Pemecatan Penjaga Anak
  • Permohonan Perintah Larangan Berkaitan Harta Anak Yang Belum Dewasa
  • Permohonan Penjaga Anak Yatim
  • Permohonan Pembekuan Transaksi Harta
  • Permohonan Penguatkuasaan Perintah Nafkah
  • Permohonan Pelaksanaan Perintah Mahkamah
  • Tuntutan Ganishmen/Hiwalah
  • Permohonan Perintah Menghina Mahkamah
  • Tuntutan Penghutang Penghakiman
  • Permohonan Perintah Interim
  • Permohonan Pengesahan Wasiat
  • Permohonan Sijil Faraid / Akuan Pusaka
  • Permohonan Interlokutori
  • Permohonan Faraq Nikah
  • Permohonan Keluar Islam
  • Permohonan Pengesahan Hibah
  • Permohonan Pengesahan Hibah Semasa Maradul Maut
  • Tuntutan Pengesahan Sabitan Nasab/Ahli Waris
  • Permohonan Mendakwa/Membela Sebagai Orang Miskin
  • Permohonan Interplider
  • Tuntutan Gantirugi Perkahwinan
  • Permohonan Kebenaran Nikah Bawah Umur
  • Permohonan Wali Hakim/Am
  • Tuntutan Wali Enggan/Engkar
  • Permohonan Kebenaran Bernikah Perempuan yang bercerai tanpa eddah / Janda Berhias
  • Tuntutan Pengesahan Lafaz Cerai
  • Tuntutan Perceraian
  • Tuntutan Khuluk / Tebus Talaq
  • Tuntutan Pengesahan Cerai Taklik
  • Tuntutan Sabitan Nusyuz
  • Tuntutan Hak Tempat Tinggal
  • Tuntutan Perintah Supaya Suami Tinggal Bersama Semula
  • Permohonan Pengesahan Rujuk

Macam mana nak tahu seseorang itu pernah bercerai atau tidak?

Ambil perhatian pada bahagian STATUS dalam keputusan carian untuk membuat semakan status perkahwinan setelah anda memasukkan nombor IC.

Contohnya, jika kes perceraian sudah selesai kerana kedua-dua pasangan telah bersetuju, anda akan dapat lihat status Selesai – Persetujuan Bersama. Jika tidak jadi bercerai, anda akan dapat lihat status Selesai – Batal / Buang Kes. Ini sekadar contoh, ada bermacam-macam lagi status yang ada.

Macam mana nak tahu seseorang itu masih bujang dan belum pernah berkahwin?

Sekiranya anda masukkan nombor Kad Pengenalan dan keputusan di bahagian STATUS ialah Tiada dalam rekod, ada dua kemungkinan sahaja.

Yang pertama, pemilik IC tersebut sudah berkahwin tetapi tidak pernah menghadapi apa-apa kes di Mahkamah Syariah. Mungkin dia sedang bahagia dengan pasangan.

Yang kedua, pemilik IC tersebut masih bujang / dara dan memang tidak pernah berkahwin. Mungkin dia juga sedang bahagia jadi single.

Jadi, sistem eSyariah tiada maklumat berkenaan status bujang.

Boleh semak status perkahwinan di JPN melalui no IC?

Ya, boleh.

Anda boleh cuba semak status perkahwinan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).  Cuma cara ini kami tidak pasti samada terpakai untuk orang yang bukan beragama Islam atau termasuk sekali dengan yang beragama Islam.

Namun, apa yang kami tahu, anda perlu membuat permohonan carian data perkahwinan yang disimpan rapi dalam pangkalan data JPN.

Syarat yang membolehkan seseorang itu memohon untuk menyemak status perkahwinan ialah anda mestilah salah seorang daripada pasangan yang sudah berkahwin, anda anak kepada pasangan, anda ibu / bapa kepada pasangan dan yang terakhir, anda adalah saudara kandung atau adik beradik kepada individu tersebut.

Tidak dilupakan, peguam yang mengendalikan kes-kes ini juga boleh mohon untuk buat semakan.

Sila hadirkan diri ke mana-mana pejabat JPN terdekat untuk bertanyakan berkenaan semakan status perkahwinan.

Akhir kata

Semoga keputusan semakan yang diperolehi akan melegakan hati anda. Andainya seseorang itu kata dia bujang sedangkan dia sebenarnya duda, dia sebenarnya menipu. Terpulang kepada anda samada mahu meneruskan hubungan atau tidak.

Jika masih keliru, minta bantuan daripada Allah dan tunaikanlah solat istikharah.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

3 thoughts on “Semakan Status Perkahwinan Melalui IC”

Leave a Comment