esyariah.gov.my (Semakan Status Perkahwinan dan Perceraian)

Sebelum kita berkahwin, kita mesti nak tahu sedikit sebanyak latar belakang pasangan kita, kan? Kalau boleh nak tau serba-serbi, bukan serba sedikit. Yelah, kita bakal memulakan hidup baru dengan pasangan kita, mesti kita nak tahu dengan siapa sebenarnya bakal pasangan kita. Kini, anda boleh dapatkan maklumat untuk menyemak status perkahwinan pasangan anda melalui esyariah.gov.my.

Kami pun terkejut. Rupa-rupanya kita boleh tahu status perkahwinan pasangan kita. Kalau semuanya clear, anda sudah boleh rancang majlis perkahwinan.

1. Cara semak status perkahwinan di esyariah.gov.my

Berikut ialah langkah-langkah untuk menyemak status perkahwinan:

  1. Layari portal rasmi E-Syariah di www.esyariah.gov.my
  2. Pilih ruangan SEMAK STATUS KES
  3. Pilih Mal (pilih sahaja dahulu, penerangan berkenaan Mal ada di bawah)
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pasangan anda
  5. Sertakan Nombor Kad Pengenalan dengan sempang atau dash
  6. Contohnya, jika 770803145555, masukkan 770803-14-5555
  7. Klik butang Cari.
  8. Pastikan maklumat peribadi yang terpapar adalah betul:
    • Jenis Kes:
    • No. KP Semasa:
    • Jumlah Rekod:
  9. Keputusan carian berkenaan semakan juga akan dipaparkan:
    • NO
    • NO KES
    • STATUS
    • TARIKH BICARA
  10. Selesai

 

2. Boleh semak status perceraian tak?

Ini juga kami baru tahu. Anda boleh buat semakan status percerain melalui portal esyariah.gov.my juga.

Berikut ialah langkah-langkah untuk check status cerai dan tarikh bicara:

  1. Layari portal rasmi E-Syariah di www.esyariah.gov.my
  2. Pilih ruangan SEMAK STATUS KES
  3. Pilih Mal (pilih sahaja dahulu, sila baca apa itu Mal ada di bawah)
  4. Masukkan No. Kes (jika ingat)
  5. Contohnya, 10000-051-0027-2020
  6. Jika tidak ingat, masukkan Nombor Kad Pengenalan
  7. Sertakan Nombor Kad Pengenalan dengan sempang atau dash
  8. Contohnya, jika 770803145555, masukkan 770803-14-5555
  9. Klik butang Cari.
  10. Pastikan maklumat peribadi yang terpapar adalah betul:
    • Jenis Kes:
    • No. KP Semasa:
    • Jumlah Rekod:
  11. Keputusan carian berkenaan semakan juga akan dipaparkan:
    • NO
    • NO KES
    • STATUS
    • TARIKH BICARA
  12. Jadi, jika akan dalam proses perceraian, akan boleh melihat tarikh perbicaraan di Mahkamah Syariah seperti yang terpapar
  13. Selesai

 

3. Apa itu kes MAL?

Menurut Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang, kes MAL ialah tuntutan yang dibuat di Mahkamah Syariah berkaitan dengan hal-hal kekeluargaan dan harta benda terhadap suatu pihak yang lain.

MAL itu merujuk kepada harta, tetapi bukanlah dalam konteks perundangan.

Untuk mudah faham, ia selalunya berkaitan dengan kes-kes tuntutan dan permohonan. Bukan merujuk kepada kes-kes bukan jenayah.

Jenis-jenis kes di bawah pengkelasan MAL adalah seperti berikut:

  • Rayuan
  • Permohonan Kebenaran Merayu
  • Semakan
  • Permohonan Tegahan/Injunksi Membawa Anak Keluar Malaysia
  • Permohonan Tegahan/Injunksi Terhadap Gangguan
  • Permohonan Pengesahtarafan Anak
  • Tuntutan Pengesahan Waqaf
  • Tuntutan Pengesahan Nazark
  • Tuntutan Gantirugi Pertunangan
  • Permohonan Pengesahan/Perintah Nikah
  • Permohonan/Tuntutan Kebenaran Poligami
  • Permohonan Perintah Daftar Nikah Poligami
  • Permohonan Pengisytiharan Pembubaran Perkahwinan Sebab Pertukaran Agama
  • Tuntutan Fasakh
  • Permohonan Anggapan Mati
  • Tuntutan Muta’ah
  • Tuntutan Harta Sepencarian
  • Tuntutan Nafkah Isteri
  • Tuntutan Nafkah Kepada Pihak Tak Upaya
  • Tuntutan Cagaran Nafkah
  • Tuntutan Nafkah Eddah
  • Tuntutan Mengubah Perintah Nafkah
  • Tuntutan Tunggakan Nafkah
  • Tuntutan Nafkah Anak
  • Tuntutan Mengubah Perintah Hak Jagaan Anak/Nafkah Anak
  • Tuntutan Mengubah Perjanjian Hak Jagaan Anak/Nafkah Anak
  • Permohonan / Tuntutan Membatalkan Perintah Nafkah
  • Tuntutan Hadhanah
  • Tuntutan Pemecatan Penjaga Anak
  • Permohonan Perintah Larangan Berkaitan Harta Anak Yang Belum Dewasa
  • Permohonan Penjaga Anak Yatim
  • Permohonan Pembekuan Transaksi Harta
  • Permohonan Penguatkuasaan Perintah Nafkah
  • Permohonan Pelaksanaan Perintah Mahkamah
  • Tuntutan Ganishmen/Hiwalah
  • Permohonan Perintah Menghina Mahkamah
  • Tuntutan Penghutang Penghakiman
  • Permohonan Perintah Interim
  • Permohonan Pengesahan Wasiat
  • Permohonan Sijil Faraid / Akuan Pusaka
  • Permohonan Interlokutori
  • Permohonan Faraq Nikah
  • Permohonan Keluar Islam
  • Permohonan Pengesahan Hibah
  • Permohonan Pengesahan Hibah Semasa Maradul Maut
  • Tuntutan Pengesahan Sabitan Nasab/Ahli Waris
  • Permohonan Mendakwa/Membela Sebagai Orang Miskin
  • Permohonan Interplider
  • Tuntutan Gantirugi Perkahwinan
  • Permohonan Kebenaran Nikah Bawah Umur
  • Permohonan Wali Hakim/Am
  • Tuntutan Wali Enggan/Engkar
  • Permohonan Kebenaran Bernikah Perempuan yang bercerai tanpa eddah / Janda Berhias
  • Tuntutan Pengesahan Lafaz Cerai
  • Tuntutan Perceraian
  • Tuntutan Khuluk / Tebus Talaq
  • Tuntutan Pengesahan Cerai Taklik
  • Tuntutan Sabitan Nusyuz
  • Tuntutan Hak Tempat Tinggal
  • Tuntutan Perintah Supaya Suami Tinggal Bersama Semula
  • Permohonan Pengesahan Rujuk

 

Akhir kata

Semoga keputusan yang anda perolehi dapat membantu dalam perjalanan memulakan hidup baru. Perkahwinan bukanlah sesuatu yang kecil, ia membawa impak yang sangat besar dalam hidup kita, sama ada baik ataupun buruk.

Jika anda pasangan pengantin baru, boleh dapatkan idea tempat honeymoon di Malaysia.

Semoga perkahwinan yang anda bakal lalui akan membawa ke syurga.

25 thoughts on “esyariah.gov.my (Semakan Status Perkahwinan dan Perceraian)”

  1. Saya tidak tahu status saya sekarang..saya pernah berkahwin..tapi sudah tidak bersma lebih kurang empat tahun

    Reply
    • Sy nk tahu status sy skrg masih bujang atau dh berkahwin.
      Sebab sy pernah berkahwin di thailan tp suami sy belum mendaftahan perkahwinan kmi di malaysia
      Adakah sy masih bujang atau dh berkahwin

      Reply
  2. Sy nk tahu status sy skrg masih bujang atau dh berkahwin.
    Sebab sy pernah berkahwin di thailan tp suami sy belum mendaftahan perkahwinan kmi di malaysia
    Adakah sy masih bujang atau dh berkahwin

    Reply
  3. Macammana cara utk saya mendapatkan sijil cerai d johor bahru ya..saya sudah sah becerai pd 6julai2020..d johor bahru..saya ingin kan sijil itu ursan documentasi yg lain2..seperti memohon segala bantuan memerlukan sijil pengesahan tersebut..bantulah saya..

    Reply
  4. Saya kini d kuala lumpur..memandangkan kes covid n pkpd skg ni segala urusan utk balik ke jb tergendala..selama setahun saya tidak dpt mengambil sijil cerai tersebut..apa yg patut saya lakukan..semua no talian d pejabat agama jb telah saya hubungi..namun tiada jawapan..saya juga tidak tahu waktu pejabat agama beroperasi ..

    Reply
  5. Saya tidak tahu status saya sekarang… Saya sudah sah becerai pd 16 November 2017. Saya ingin kan sijil itu.. Urusan documentasi yang lain2.. Seperti memohon segala bantuan memerlukan sijil.. Pengesahan tersebut.. Bantuah saya..

    Reply
  6. saya menghadapi masalah yang sama. bagaimana cara mudah untuk mendapatkan sijil cerai.memandangkan keadaan situasi semasa dan jabatan agama yang mengunakan sistem e temujanji yang sentiasa penuh untuk setiap urusan. sehingga terpaksa tangguh tarikh perkahwinan yang telah disubmit di sppim.

    Reply
  7. Assalamualaikum saya nak tanya kalau bulan ni patut suami bagi duit gaji tapi alasannya tak dapat bolehkah saya tuntut fasakh…

    Reply

Leave a Comment