Semakan Kenaikan Pangkat Guru


Bagaimana untuk mohon dan apakah cara buat semakan kenaikan pangkat guru secara online? Jangan bimbang, izinkan kami berkongsi.

ePangkat online

Mohon izin untuk berkongsi sedikit sebanyak tentang ePangkat.

Sebelum ini, banyak maklumat guru  tidak lengkap, tidak tepat, tidak kemas kini, tidak teratur dan tidak sistematik.

Apabila tidak lengkap, ia akan menyebabkan kelewatan memproses urusan, memperoleh kenaikan pangkat dan juga pertindihan urusan. Kami sarankan guru-guru kemaskini maklumat peribadi dan perkhidmatan di eOperasi.

Jadi, ePangkat diwujudkan untuk:

  • Mengautomasikan semua proses dan operasi urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat.
  • Ia juga bertujuan untuk membolehkan perancangan urusan pemangkuan, dan kenaikan pangkat dilaksanakan dengan cepat dan tepat pada waktunya.
  • Dalam masa yang sana, ePangkat diharapkan dapat membudayakan sistem kerja semua urusan naik pangkat yang cekap dan sistematik melalui aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
  • Juga dapat memupuk rasa tanggungjawab untuk mengemas kini dan melengkapkan data-data naik pangkat dari setiap peringkat
  • Justeru itu, objektif utama ialah untuk mnyediakan satu sistem maklumat kenaikan pangkat yang fleksibel dan terkemas kini bagi memenuhi keperluan warga KPM dan pihak-pihak lain yang terlibat.

Permohonan ePangkat online ini hanyalah untuk guru-guru yang tidak pernah:

  • Cuti tanpa gaji
  • Cuti separuh gaji
  • Cuti belajar

Cara daftar sistem ePangkat online

Panduan ini hanyalah untuk guru yang belum pernah mendaftar dengan sisten ePangkat online.

  1. Klik pautan ini: https://epangkat.moe.gov.my/login.php
  2. Klik butang Belum Berdaftar?
  3. Anda akan dibawa ke laman ini: https://epangkat.moe.gov.my/firsttimelogin.php
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan
  5. Pastikan tiada space atau dash
  6. Pilih kata laluan
  7. Sahkan kata lalun
  8. Sila ingat kata laluan yang telah anda masukkan
  9. Disarankan agar salin pada kertas dan disimpan di tempat yang selamat.
  10. Ini penting bagi mengelakkan sebarang masalah pada kemudian hari.
  11. Kata Laluan anda boleh diubah selepas ini apabila anda log masuk ke dalam Sistem ePangkat.
  12. Masukkan alamat emel
  13. Klik Hantar

Cara mohon kenaikan pangkat guru

Sebelum membuat permohonan kenaikan pangkat guru, pastikan anda sudah mendaftar terlebih dahulu dengan sistem ePangkat.

Jika belum, rujuk panduan di atas.

Kami andaikan anda sudah berdaftar sekarang, rujuk panduan di bawah bagi bara mohon kenaikan pangkat guru.

  1. Klik pautan ini: https://epangkat.moe.gov.my/login.php
  2. Masukkan ID pengguna dan kata laluan
  3. Klik Login
  4. Pilih Laluan yang sepatutnya
  5. Ada 6 pilihan iaitu:
    • TBBK
    • Cemerlang
    • Tingkatan 6
    • DG42
    • Guru Besar EXPPLD
    • Hakiki
  6. Sila rujuk di laman web tertera untuk maklumat lanjut setiap Laluan
  7. Semak dengan kerani di pejabat jika masih lagi keliru

Cara mohon kenaikan pangkat guru TBBK

Dalam kes ini, kami tunjukkan contoh untuk TBBK, iaitu Time Based Berasaskan Kecemerlangan

  1. Klik pautan ini: https://epangkat.moe.gov.my/login.php
  2. Lihat Laluan di bahagian atas
  3. Klik TBBK
  4. Lihat senarai Iklan Permohonan Kenaikan Pangkat yang ada
  5. Bagi pemohon yang belum memohon dan layak memohon, paparan iklan permohonan akan dipaparkan
  6. Sekiranya Pemohon tidak memenuhi syarat permohonan, sistem akan memaklumkan syarat – syarat yang tidak dipenuhi calon. Sila baca dengan teliti.
  7. Jika layak, pilih Iklan yang bersesuaian
  8. Contoh Iklan adalah seperti di bawah
    Nama Iklan Tarikh Mula Permohonan Tarikh Tutup Permohonan Tarikh Tutup Peringkat Pengetua/ Guru Besar/ PPD/ Timbalan Pengarah Tarikh Mula dan Tutup JPN/ Bahagian
    URUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN (TBBK) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG44 KE GRED DG48 YANG MEMPUNYAI PENGALAMAN SEBAGAI PPPLD DI KPM JANUARI HINGGA JUN TAHUN 2020 (5 TAHUN PPPS + 3 TAHUN PPPLD) [202044T0127] 06 Jan 2020 05 Feb 2020 21 Feb 2020 10 Mar 2020
    URUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN (TBBK) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG44 KE GRED DG48 DI KPM JANUARI HINGGA JUN TAHUN 2020 [202048T0104] 06 Jan 2020 05 Feb 2020 21 Feb 2020 10 Mar 2020
    URUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN (TBBK) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG44 KE GRED DG48 YANG MEMPUNYAI PENGALAMAN SEBAGAI PPPLD DI KPM JANUARI HINGGA JUN TAHUN 2020 (7 TAHUN PPPS + 1 TAHUN PPPLD) [202048T0129] 06 Jan 2020 05 Feb 2020 21 Feb 2020 10 Mar 2020
    URUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN (TBBK) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG44 KE GRED DG48 YANG MEMPUNYAI PENGALAMAN SEBAGAI PPPLD DI KPM JANUARI HINGGA JUN TAHUN 2020 (6 TAHUN PPPS + 2 TAHUN PPPLD) [202044T0128] 06 Jan 2020 05 Feb 2020 21 Feb 2020 10 Mar 2020
  9. Selepas lihat senarai Iklan, klik Mohon
  10. Semak dan kemaskini maklumat peribadi. Pemohon juga dikehendaki mengemaskini maklumat-maklumat lain di bawah: kemaskini seperti yang sepatutnya:
    1. Maklumat peribadi
      • Gelaran
      • Alamat Rumah
      • Nombor Telefon
      • Emel Terkini
      • Maklumat Pasangan
      • Status
    2. Maklumat Tempat Bertugas
    3. Maklumat Perkhidmatan (termasuk Tarikh dan Umur Persaraan)
    4. Maklumat Pengisytiharan Harta
    5. Maklumat Cuti
    6. Maklumat Prestasi Yang Digunakan Pakai bagi Urusan Iklan yang dibuka
  11. Muat naik dokumen yang diperlukan
  12. Bagi permohonan yang tidak boleh melihat semula dokumen yang telah dimuat naik, mohon untuk kemaskini dengan memuat naik semula dokumen tersebut.
  13. Sila berhubung dengan Ketua Jabatan/pentadbir untuk mengemaskini maklumat.
  14. Semak dan Tanda pada kotak yang berkaitan di bahagian perakuan cuti
  15. Tandakan pada kotak yang berkaitan di bahagian Perakuan Calon. Tekan Butang Mohon untuk menghantar borang yang telah diperaku benar.
  16. Pemohon juga dikehendaki mengemaskini borang sebelum tarikh tutup.
  17. Paparan mesej Berjaya akan dipaparkan
  18. Permohonan kenaikan pangkat kini selesai

Cara buat semakan kenaikan pangkat guru

  1. Klik pautan ini: https://epangkat.moe.gov.my/login.php
  2. Masukkan ID pengguna dan kata laluan
  3. Klik Login
  4. Lihat paparan Iklan Permohonan Kenaikan Pangkat
  5. Selesaikan permohonan jika masih lagi belum selesai
  6. Jika sudah selesai buat permohonan, lihat paparan Status Permohonan Kenaikan Pangkat
  7. Kemaskini jika perlu
  8. Harus diingatkan bahawa pemohon hanya boleh mengemaskini maklumat dalam tempoh iklan masih dibuka di peringkat pemohon sahaja
  9. Klik Slip Permohonan
  10. Cetak untuk rujukan akan datang

Akhir kata

Inilah sahaja panduan buat permohonan dan cara buat semakan kenaikan pangkat guru.

Semoga urusan naik pangkat anda dipermudahkan.

Semoga bermanfaat.

Categories MOE

Leave a Comment