Semakan BTR 2023 (Check Status Terkini)


Semakan BTR 2023 merupakan satu topik yang cukup besar untuk ditulis. Kami akan cuba pecahkan topik berkenaan semakan Bantuan Tunai Rakyat kepada beberapa kategori yang lebih mudah untuk difahami dan dirujuk.

Walau bagaimanapun, memandangkan maklumat berkenaan BTR masih lagi belum rasmi, kami sarankan agar anda tunggu sehingga portal rasmi BTR Hasil dilancarkan. Cepat-cepat daftar BTR 2023 jika layak.

1. Semakan BTR 2023

Seperti yang dimaklumkan di atas, panduan untuk menyemak status BTR 2023 ini masih lagi belum rasmi. Apa yang kami kongsikan di sini hanyalah langkah-langkah sebelum ini yang kami dijangkakan tidak banyak berubah.

Proses semakan adalah satu proses yang panjang dalam mana-mana bantuan kerajaan, termasukan BTR.

Ini kerana ia akan melalu beberapa proses yang melalui beberapa fasa pembayaran BTR iaitu:

Bagi meringkaskan cerita, antara proses-proses semakan yang ada dalam Bantuan Tunai Rakyat adalah seperti berikut:

[su_table]

Proses Ringkasan
Semakan Penerimaan BTR Boleh semak notifikasi selepas daftar & permohonan baru BTR 2023
Semakan Lulus BTR Hanya boleh disemak selepas kemaskini BTR & permohonan diproses oleh LHDN
Semakan Tarikh Bayaran BTR Perlu tunggu pengumuman daripada Menteri Kewangan
Semakan Bayaran BTR Perlu mendapatkan status LULUS terlebih dahulu di portal BTR dan semak baki akaun bank
Semakan Rayuan BTR Hanya boleh merayu jika mendapat status TIDAK LULUS sahaja

[/su_table]

 

2. Semakan Status Penerimaan BTR

Bagi sesiapa yang telah buat permohonan BTR dan juga mengemaskini BTR untuk update status terkini, sila pastikan bahawa permohonan tersebut telah diterima oleh LHDN.

Ikuti langkah-langkah seperti berikut:

  1. Log Masuk BTR melalui pautan ini: https://btr.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Masukkan nombor MyKad
  3. Klik SEMAK
  4. Sekiranya tidak ada apa-apa masalah, anda akan berjaya masuk ke dalam MyBTR
  5. Seterusnya, klik PETI MEL > SURAT > PERMOHONAN BTR 2023
  6. Anda akan dapat melihat paparan yang menunjukkan permohonan berjaya dihantar dan diterima
  7. Selesai

Sekiranya anda adalah pemohon baru BTR Hasil yang belum pernah daftar BKM, BPR, BSH, BPN dan BPN 2.0, sila daftar Bantuan Tunai Rakyat.

Sila pastikan tarikh pendaftaran dan permohonan masih lagi dibuka dan belum ditutup.

 

3. Semakan Status Kelulusan BTR

Apabila permohonan BTR anda diterima, itu bukan bermakna anda akan lulus bantuan ini secara automatik.

Anda masih lagi buat semakan BTR untuk mengetahui status lulus atau tidak melalui portal LHDN online di  btr.hasil.gov.my

Ikuti langkah-langkah untuk buat semakan kelulusan bagi permohonan BTR seperti di bawah:

  1. Login BTR melalui pautan ini: https://btr.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Masukkan nombor MyKad
  3. Klik SEMAK
  4. Sekiranya tidak ada apa-apa masalah, anda akan berjaya masuk ke dalam MyBTR
  5. Tekan butang Semakan Status
  6. Semak samada anda berstatus LULUS atau TIDAK LULUS

Jika LULUS, sila baca artikel di bawah ini untuk melihat status pengkreditan BTR pula.

Jika GAGAL, sila baca bagaimana cara untuk buat rayuan BTR.

 

4. Semakan Status Bayaran BTR

Walaupun LULUS, anda masih lagi perlu bukan semakan status BTR samada duit sudah dimasukkan ke dalam akaun bank atau tidak.

Ikuti langkah-langkah untuk menyemak status pembayaran BTR seperti di bawah:

  1. Login BTR melalui pautan ini: https://btr.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Masukkan nombor MyKad
  3. Klik SEMAK
  4. Sekiranya tidak ada apa-apa masalah, anda akan berjaya masuk ke dalam MyBTR
  5. Tekan butang Semakan Status
  6. Jika anda berstatus LULUS:
    1. Anda akan dapat lihat paparan lain bahagian pertama iaitu BTR
    2. Ada butang Maklumat BTR. Boleh muat turun maklumat tersebut.
    3. Amaun Keseluruhan BTR Diterima, contohnya RM100.00
    4. Anda juga akan dapat lihat paparan lain bahagian kedua iaitu Jadual Bayaran
    5. Ada butang Maklumat Bayaran BTR yang anda boleh download
    6. Jika tidak, boleh lihat paparan maklumat dakan Jadual Bayaran seperti berikut:
      • Tarikh Kredit
      • No. Pengenalan Akaun Dikredit
      • Fasa
      • Jumlah Dikredit
      • Status Kredit
      • Nama Bank
      • No Akaun
      • Kod Tidak Berjaya
      • Nombor Siri
      • Tarikh Tunai
  7. Pastikan Status Kredit dalam Jadual Bayaran adalah Berjaya Kredit
  8. Jika Status Kredit dalam Jadual Bayaran adalah Gagal Kredit, sila dapatkan No Baucer BTR
  9. Selesai

 

4. Semakan Rayuan BTR

Bagi anda yang membuat rayuan BTR kerana mendapat status TIDAK LULUS, anda juga boleh buat semakan untuk status rayuan terkini.

Kod TIDAK LULUS yang diambil daripada bantuan-bantuan sebelum ini adalah seperti berikut:

KOD TIDAK LULUS ALASAN
KOD 05 Tidak layak dalam kategori bujang
KOD 07 Anda atau pasangan anda gaji melebihi lebih RM4,000 sebulan
KOD 09 Gaji anda lebih dari RM2,000 sebulan
KOD 12 Anda didapati menjadi pengarah syarikat atau pemegang saham
KOD 13 Pasangan anda didapati menjadi pengarah syarikat atau pemegang saham
KOD 34 Anda didapati sudah tidak tinggal di Malaysia pada ketika ini

 

5. Maklumat Lanjut BTR 2023

Jika anda adalah salah seorang yang sudah baca cara mohon BTR, namun masih lagi ingin tahu maklumat lanjut berkenaan pendaftaran BTR, permohonan BTR, kemas kini dan lain-lain lagi, sila hubungi nombor hotline BTR di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di sini:

  • 1-800-88-2747

Waktu operasi talian hotline BTR ini bermula pada jam 9 pagi hingga 5 petang setiap Isnin hingga Jumaat.

Alternatif lain, sila hubungi nombor hotline BTR di Kementerian Kewangan Malaysia di talian berikut:

  • 03-8882 4565
  • 03-8882 4566

Anda juga boleh cuba hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:

  • 03- 89111000

 

Akhir kata

Berdasarkan penerangan yang kami kongsikan di atas, proses semakan BTR ini adalah berperingkat, iaitu dari fasa penerimaan, kelulusan dan juga pembayaran.

Jadi, anda tak perlu berasa hati dan marah-marah serta menyalahkan pihak LHDN kerana semuanya perlukan masa.

Ada kalanya, pembayaran jadi lambat masuk akaun bank kerana pihak bank itu sendiri.

Apa-apa pun, banyakkan bersabar dan sama-sama kita berdoa agar hidup kita semua dipermudahkan.

Semoga bermanfaat.

Categories STR

12 thoughts on “Semakan BTR 2023 (Check Status Terkini)”

Leave a Comment