BTR Fasa 1 (Semakan & Tarikh Bayaran Januari 2023)


BTR Fasa 1 merupakan bantuan pertama daripada kerajaan Malaysia untuk tahun 2023 ini. Ramai yang ternanti-nanti pengumuman daripada pihak kerajaan.

Setakat ini, portal rasmi BTR 2023 masih belum dilancarkan. Kami menjangkakan anda boleh akses btr.hasil.gov.my dalam masa terdekat.

Berapa Amaun Bantuan BTR Fasa 1?

Jumlah bayaran BTR untuk kategori isi rumah ialah RM300.

Jumlah bayaran BTR untuk kategori bujang pula ialah RM100.

Walau bagaimanapun, maklumat ini masih lagi belum sempurna.

Ini kerana informasi berkenaan syarat kelayakan BTR julat pendapatan yang melayakkan seseorang itu mendapat bantuan. Amaun bayaran untuk fasa-fasa seterusnya juga tidak dinyatakan.

Tambahan lagi, maklumat sedia ada tidak memberikan perincian berkenaan golongan bujang warga emas, ibu bapa tunggal dan juga OKU.

 

Bila Boleh Buat Semakan BTR Fasa 1

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, portal rasmi BTR 2023 di btr.hasil.gov.my masih lagi belum dilancarkan.

Apabila sudah live kelak, sila login BTR untuk membuat semakan.

 

Bila Tarikh Bayaran BTR Fasa 1?

Berdasarkan pengumuman ringkas sebelum ini, tarikh bayaran BTR  akan diawalkan kepada Januari 2023.

Walau bagaimanapun, pengumuman tersebut hanya menyatakan bulan Januari 2023 sahaja. TIada tarikh disertakan.

Kita perlu bersyukur kerana pembayaran diawalkan ke bulan Januari. Ini kerana mengikut jadual sebelum ini, pembayaran hanya akan dilaukan pada bulan Mac 2023.

Sama-sama kita nanti pengumuman daripada kerajaan berkenaan BTR 2023 ini.

 

Akhir kata

Seperti anda sedia maklum, senarai ini masih lagi belum lengkap. Kami akan kemaskini dengan maklumat yang lebih lengkap berkenaan BTR.

Selanjutnya, kami akan teruskan lagi dengan BTR Fasa 2 dan Fasa 2.

Diharapkan agar perkongsian berkenaan BTR Fasa 1 ini akan memudahkan urusan anda.

Semoga bermanfaat.

Categories STR

Leave a Comment