Daftar BTR / STR 2023 (Cara Register Bantuan Tunai Rakyat)


Sesiapa yang baru layak dan belum pernah buat permohonan BTN, BKM, BPR, BPN 2.0, BPN dan BSH, anda kini boleh mohon Bantuan Tunai Rakyat. Walaupun masih lagi belum rasmi, izinkan kami berkongsi panduan dan cara daftar BTR 2023 secara online.

Setidak-tidaknya, boleh buat persediaan apabila portal rasmi BTR di btr.hasil.gov.my dibuka nanti.

1. Cara Daftar BTR / STR 2023

Kami telah membuat pemerhatian kepada proses pendaftaran bantuan BTN, BKM, BPR, BPN 2.0, BPN dan BSH sebelum-sebelum ini. Boleh dikatakan, registration process adalah lebih kurang sama sahaja. Asalkan menepati kelayakan BTR, boleh sahaja memohon.

Jadi, kami menjangkakan bahawa cara untuk buat pendaftaran BTR Hasil berdasarkan pemerhatian kami sebelum-sebelum ini adalah seperti berikut:

  1. Layari portal rasmi BTR di sini: btr.hasil.gov.my
    • Elakkan typo, jangan tersilap dengan taip BRT dengan melayari https://brt.hasil.gov.my pula
    • Ini adalah Bantuan Tunai Rakyat (BTR), bukannya Bantuan Rakyat Tunai (BRT).
  2. Anda akan tiba ke laman utama BTR
  3. Masukkan No MyKad
  4. Tekan butang Semak
  5. Kalau anda masih belum buat pendaftaran BTR, akan keluar ralat ini “ID pengenalan anda belum didaftarkan. Sila ke halaman Daftar Akaun untuk mendaftar”
  6. Klik Daftar Akaun
  7. Akan terpapar beberapa Soalan Keselamatan untuk memastikan anda adalah pemilik akaun yang sah
  8. Sila jawab semua soalan yang diberikan
  9. Antara Soalan Keselamatan tersebut ialah:
    • Soalan pertama: Apakah poskod yang telah didaftarkan?
    • Soalan kedua: Apakah nombor pengenalan pasangan anda yang telah didaftarkan?
  10. Jika soalan tidak berkaitan dengan permohonan, sila masukkan TIADA
  11. Selepas menjawab dua (2) Soalan Keselamatan ini, anda boleh teruskan proses dan cara daftar BTR
  12. Di bahagian PENDAFTARAN BTR, sila semak dan masukkan maklumat berikut:
    • Nama
    • No Pengenalan
    • Kata Kunci Keselamatan
  13. Untuk Kata Kunci Keselamatan, masukkan apa-apa sahaja kata kunci yang mudah untuk anda kenal atau identify apabila masuk login BTR nanti. Ini bukan Kata Laluan atau password.
  14. Seterusnya, anda perlu menjawab lima (5) soalan lagi yang akan diberikan
  15. Antara soalan tersebut ialah:
    • Apakah tahun kelahiran ayah anda?
    • Apakah tahun kelahiran ibu anda?
    • Apakah warna kegemaran anda?
    • Apakah haiwan kegemaran anda?
    • Apakah lagu kegemaran anda?
    • Apakah buku kegemaran anda?
    • Apakah nama panggilan anda ketika kecil?
    • Apakah sukan kegemaran anda?
    • Apakah buah kegemaran anda?
  16. Soalan dan jawapan ini penting apabila anda mahu reset password jika terlupa. Jadi, jangan main-main di bahagian ini.
  17. Sila screenshot dan simpan untuk rujukan akan datang
  18. Tekan butang Teruskan
  19. Sekarang, masukkan Kata Laluan
  20. Untuk kekuatan password yang tinggi, masukkan gabungan huruf kecil, huruf besar, nombor dan simbol; sehingga indikator di bawah itu bertukar menjadi hijau
  21. Seterusnya, tekan butang Daftar
  22. Akan keluar makluman “Akaun telah berjaya didaftarkan. Sila ke halaman Log Masuk untuk ke menu BTR”
  23. Pendaftaran BTR anda kini sudah berjaya
  24. Selesai

Sila Log Masuk BTR untuk mula buat permohonan atau kemaskini BTR dengan maklumat terkini.

 

2. Perlu daftar BTR / STR untuk penerima BKM, BSH dan BPN?

Mengikut pemerhatian kami sebelum ini, pemohon tidak perlu buat permohonan baru bagi Bantuan Tunai Rakyat. Boleh terus check dan buat semakan BTR apabila dibuka nanti.

Bagi yang tidak terima apa-apa bantuan, ikuti cara daftar BTR seperti di atas.

Bagi yang layak, untuk terima Bantuan Tunai Rakyat 2023 yang terbaru ini, anda hanya perlu kemaskini BTR.

Ini adalah untuk memastikan data dan maklumat peribadi anda adalah yang terkini agar mudah diproses oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Contoh perkara yang perlu dikemaskini adalah seperti berikut:

  • Sekiranya dulu bujang dan sekarang berkahwin, anda perlu kemaskini BTR. Ini adalah disebabkan amaun bantuan sudah tidak sama.
  • Sekiranya dulu berkahwin tetapi belum ada anak, dan sekarang sudah ada anak, anda juga perlu buat kemaskini. Ini juga disebabkan amaun bantuan sudah tidak sama.
  • Jika dulu anak 1, sekarang anak 2; anda juga perlu membuat kemaskini.
  • Dulu nombor telefon lain, sekarang nombor telefon lain; anda mesti mengemaskini maklumat phone number yang baru
  • Dulu nombor akaun bank lain, sekarang nombor akaun bank lain; anda mesti mengemaskini maklumat account number yang baru

 

3. Maklumat lanjut Bantuan Tunai Rakyat

Tentu sekali ada yang mahu tahu lebih lanjut tentang pendaftaran, cara kemaskini BTR, semakan, rayuan dan juga permohonan baru.

Jangan risau.

Jika anda adalah salah seorang yang sudah baca cara mohon BTR, namun masih lagi ingin tahu maklumat lanjut berkenaan pendaftaran BTR, permohonan BTR, kemas kini dan lain-lain lagi, sila hubungi nombor hotline BTR di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di sini:

  • 1-800-88-2747

Alternatif lain, sila hubungi nombor hotline BTR di Kementerian Kewangan Malaysia di talian berikut:

  • 03-8882 4565
  • 03-8882 4566

Anda juga boleh cuba hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:

  • 03- 89111000

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian cara daftar BTR ini dapat mengurangkan lagi beban anda. Selesaikan dulu berkenaan pendaftaran, barulah buat semakan Bantuan Tunai Rakyat untuk mengetahui status kelulusan dan bayaran.

Pesan kepada adik-beradik, ibu-bapa dan kawan-kawan, sila hati-hati dengan scammer yang mengambil peluang untuk menipu.

Jangan berurusan dengan orang tengah. Jangan beri maklumat seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat rumah dan nombor telefon kepada pihak ketiga.

Semoga bermanfaat.

Categories STR

20 thoughts on “Daftar BTR / STR 2023 (Cara Register Bantuan Tunai Rakyat)”

Leave a Comment