Kemaskini BTR 2023 (Status Bujang & Berkahwin)


Kemaskini BTR 2023 adalah perlu kerana kerajaan memerlukan data yang terkini. Ini hanya terpakai untuk mana-mana pemohon yang memang layak dan pernah mendapat bantuan BKM, BPR, BSH, BPN, BPN 2.0 dan bantuan-bantuan lain sebelum ini. Sila rujuk artikel kemaskini STR yang baru kerana penjemaaan semula BTR kepada STR.

Walaupun sudah tidak relevan lagi, kami tinggalkan artikel berkenaan cara mengemaskini BTR di sini agar mudah anda mencari maklumat pautan ke STR.

1. Cara Kemaskini BTR 2023

Seperti yang dimaklumkan di atas, panduan mengemaskini BTR ini tidak lagi terpakai kerana ia menggunakan nama baru STR. Walau bagaimanapun, kami kongsikan langkah-langkah sebelum ini yang dijangkakan tidak banyak berubah.

Sila login MySTR di STR Hasil untuk melakukan proses kemaskini.

 

2. Apa Yang Perlu Kemaskini Dalam BTR 2023?

Bukan semua maklumat perlu dikemaskini dalam portal Bantuan Tunai Rakyat. Hanya ada beberapa sahaja yang perlu dikemaskini.

Antaranya ialah:

Nombor akaun bank

  • Ini adalah bahagian yang paling penting sekali dalam kemaskini BTR
  • Jika akaun bank tidak aktif, duit tidak dapat dimasukkan

 

Status perkahwinan

  • Jika anda sudah berkahwin, sila kemaskini
  • Jika anda sudah bercerai atau berpisah, jangan lupa kemaskini Bantuan Tunai Rakyat
  • Bagi yang berstatus, tidak perlu buat apa-apa jika status masih lagi bujang.

Nombor telefon

  • Jika anda ada menukar nombor telefon baru, anda perlu mengemaskini BTR
  • Jika gagal untuk kemaskini BTR dengan nombor telefon yang baru, akan ada masalah
  • Anda tidak akan terima SMS dan notifikasi berkenaan pembayaran dan lain-lain lagi perkara yang penting.

 

Maklumat anak

  • Jika jumlah anak bertambah; contohnya dari 1 kepada 2; anda perlu mengemaskini BTR juga

 

Hanya selepas proses kemaskini diterima oleh pihak LHDN, barulah anda boleh buat semakan BTR untuk melihat status samada lulus atau tidak.

 

3. Maklumat Lanjut BTR 2023

Jika anda adalah salah seorang yang sudah baca cara mohon BTR, namun masih lagi ingin tahu maklumat lanjut berkenaan pendaftaran BTR, permohonan BTR, kemas kini dan lain-lain lagi, sila hubungi nombor hotline BTR di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di sini:

  • 1-800-88-2747

Waktu operasi talian hotline BTR ini bermula pada jam 9 pagi hingga 5 petang setiap Isnin hingga Jumaat.

Alternatif lain, sila hubungi nombor hotline BTR di Kementerian Kewangan Malaysia di talian berikut:

  • 03-8882 4565
  • 03-8882 4566

Anda juga boleh cuba hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:

  • 03- 89111000

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian cara mohon BTR ini akan mengurangkan beban keluarga anda.

Pesan kepada adik-beradik, ibu-bapa dan kawan-kawan, sila hati-hati dengan scammer yang mengambil peluang untuk menipu.

Jangan berurusan dengan orang tengah. Jangan beri maklumat seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat rumah dan nombor telefon kepada pihak ketiga.

Semoga bermanfaat.

Categories STR

11 thoughts on “Kemaskini BTR 2023 (Status Bujang & Berkahwin)”

  1. Pasangan sda mempunyai akaun btr bujang…bagaimana hendak kemaskini untuk isi nama pasangan .kerana apabila sy memasukan no ic d btr kemaskini berkhwin dan tidak dpt sebap pasangan sda mempunyai akaun btr tp bujang

    Reply

Leave a Comment