Mohon BTR 2023 (Permohonan Bantuan Tunai Rakyat)


Ingin kami jelaskan di sini bahawa panduan ini masih lagi belum rasmi. Apa yang kami kongsikan di sini berkenaan cara mohon BTR ini hanyalah berdasarkan panduan BKM, BPR, BSH, BPN, BPN 2.0 dan bantuan-bantuan lain sebelum ini.

Sila tunggu sehingga portal rasmi BTR 2023 di https://btr.hasil.gov.my dilancarkan dan kami akan kemaskini maklumat di sini.

1. Ringkasan Permohonan BTR

Ini untuk orang yang malas baca artikel ini secara keseluruhannya. Secara ringkasnya, berdasarkan gerak kerja dan proses bantuan sebelum-sebelum ini, permohonan BTR adalah dijangka seperti di bawah:

  1. Sekiranya anda B40, iaitu penerima BKM, BPR, BSH, BPN dan BPN 2.0 sebelum ini, anda tidak perlu mohon. Hanya perlu login BTR rujuk cara kemaskini BTR. Seterusnya, tunggu sahaja pengumuman untuk buat semakan BTR secara online.
  2. Sekiranya anda bukan penerima BKM, BPR, BSH, BPN dan BPN 2.0, tetapi berada dalam golongan M40 yang membayar cukai pendapatan di LHDN dan menepati kriteria kelayakan, juga tidak perlu mohon kerana sudah ada rekod sebagai pembayar cukai di LHDN.
  3. Akan tetapi, jika anda tidak termasuk dalan dua golongan di atas dan anda rasa diri anda perlu diberikan bantuan kerana tidak tergolong dalam golongan M40 mahupun T20, serta anda tidak pernah memohon bantuan ataupun membayar cukai, sila buat permohonan baru yang tarikhnya akan diumumkan nanti.

Sila ambil maklum bahawa semakan pengesahan data akan dibuat dan bantuan secara adil akan diberikan kepada mereka yang layak untuk mohon BTR Hasil.

 

2. Cara Mohon BTR 2023 (Permohonan Baru)

Jika tidak tidak pernah dapat apa-apa bantuan sebelum ini, sila teruskan buat permohonan baru BTR.

Pastikan anda benar-benar melepasi syarat BTR 2023.

Walau bagaimanapun, anda perlu daftar BTR terlebih dahulu untuk buat permohonan baru.

Macam mana nak tahu anda perlu buat permohonan baru BTR?

Mudah sahaja.

Anda semak samada boleh login BTR atau tidak di btr.hasil.gov.my

Jika boleh login BTR, ini bermakna anda hanya perlu kemaskini data sahaja kerana pihak kerajaan sudah mempunyai data-data anda sebelum ini.

Jika tidak boleh login BTR, anda perlu buat permohonan baru.

Sila pastikan anda sudah daftar BTR dan perdaftaran berjaya. Selepas itu, ikuti langkah untuk buat permohonan baru BTR 2023 seperti di bawah:

  1. Layar laman web rasmi BTR di sini: https://btr.hasil.gov.my
  2. Untuk direct link Permohonan Baru, boleh terus klik sini: https://bpr.hasil.gov.my/PermohonanBTR.aspx
  3. Permohonan BPR ini terbahagi kepada 3 bahagian yang boleh dilihat di bahagian atas laman iaitu:
    • Permohonan
    • Pengesahan
    • Hantar
  4. Kita mulakan dengan bahagian Permohonan terlebih dahulu
  5. Untuk bahagian yang pertama iaitu Permohonan, sila lengkapkan Maklumat Pemohon seperti berikut:
    • No MyKad (tekan butang Semak untuk sahkan Nombor Kad Pengenalan)
    • Nama
    • Umur
    • Jantina
    • No Telefon Rumah
    • No Telefon Bimbit
    • Pekerjaan
    • Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon dan Pasangan)
    • Status Perkahwinan
    • Alamat
    • Poskod
    • Negeri
    • Bandar
    • Nama Bank
    • No Akaun Bank
    • Alamat Emel
  6. Masih lagi di bahagian Permohonan, anda dikehendaki muat naik atau upload Dokumen Sokongan seperti:
    • Sijil Kahwin
    • Sijil Cerai
    • Sijil Kematian Pasangan
    • Pengesahan Pasangan
    • Pengesahan Bank
  7. Seterusnya, tekan butang Muat Naik
  8. Untuk Maklumat Wakil, pilih salah satu:
    • Ada Wakil
    • Tiada Wakil
  9. Kita mulakan dengan bahagian Permohonan terlebih dahulu
  10. Tekan butang Teruskan
  11. Sekarang, anda berada di bahagian Pengesahan
  12. Akan ada mesej “Untuk teruskan proses permohonan, sila isi Captcha dan tandakan pengakuan untuk paparkan bahagian Simpan / Hantar”
  13. Masukkan Captcha seperti yang tertera
  14. Klik Sahkan Captcha
  15. Di bahagian Akuan Pengesahan, sila tick ruangan tersebut
  16. Ini bermaksud anda bersetuju dengan syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan
  17. Klik butang Hantar jika anda bersetuju dengan syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan
  18. Selesai

 

3. Cara Mohon BTR 2023 (Pernah Daftar)

Seperti yang dimaklumkan seperti di atas, sekiranya anda boleh log masuk BTR, ini bermakna anda sudah dikira berdaftar.

Anda hanya perlu kemaskini data BTR sahaja kerana pihak kerajaan sudah mempunyai data-data anda sebelum ini.

 

4. Maklumat Lanjut BTR 2023

Jika anda adalah salah seorang yang sudah baca cara mohon BTR, namun masih lagi ingin tahu maklumat lanjut berkenaan pendaftaran BTR, permohonan BTR, kemas kini dan lain-lain lagi, sila hubungi nombor hotline BTR di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di sini:

  • 1-800-88-2747

Waktu operasi talian hotline BTR ini bermula pada jam 9 pagi hingga 5 petang setiap Isnin hingga Jumaat.

Alternatif lain, sila hubungi nombor hotline BTR di Kementerian Kewangan Malaysia di talian berikut:

  • 03-8882 4565
  • 03-8882 4566

Anda juga boleh cuba hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:

  • 03- 89111000

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian cara mohon BTR ini akan mengurangkan beban keluarga anda.

Pesan kepada adik-beradik, ibu-bapa dan kawan-kawan, sila hati-hati dengan scammer yang mengambil peluang untuk menipu.

Jangan berurusan dengan orang tengah. Jangan beri maklumat seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat rumah dan nombor telefon kepada pihak ketiga.

Semoga bermanfaat.

Categories STR

4 thoughts on “Mohon BTR 2023 (Permohonan Bantuan Tunai Rakyat)”

  1. suami tak bekerja…
    Masih dlm pinjaman..pencen scheme..
    Daftar ssm,tapi tiada ada apa2 income/pendapatan ..
    Tiada dpt pinjaman ssm lagi..
    Banyak hutang ..cukai pintu,cukai sampah, dan potongan pinjaman skim pencen..lagi 4tahun.

    Reply

Leave a Comment