Semak Pemilik Nombor Telefon Digi


Dulu-dulu, sesiapa yang guna number 016, mesti Digi. Sekarang, selepas MNP diperkenalkan, 016 bukan lagi eksklusif milik Digi. Agak sukar untuk mengetahui siapa owner yang sebenar.

Jadi, jika anda takut kena scam dan mahu semak pemilik nombor Digi, ada beberapa cara yang anda boleh ikuti. Izinkan kami berkongsi.

Semak pemilik nombor telefon Digi melalui Truecaller

Truecaller ialah laman web dan juga aplikasi telefon bimbit yang anda boleh gunakan untuk trace dan mengesan nombor telefon yang tidak dikenali.  Truecaller adalah percuma, tidak perlu bayar apa-apa.

Sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk check siapa pemilik nombor telefon Digi:

  1. Layari laman web rasmi Truecaller di sini: https://www.truecaller.com
  2. Tertera laman utama Truecaller. Di bahagian atas, terdapat ruang untuk mengisi nombor telefon. Di bahagian tengah skrin, terdapat butang DOWNLOAD FOR FREE. Pada butang ini, anda boleh memuat turun software Truecaller untuk komputer anda, ataupun anda boleh memuat turun aplikasi Truecaller yang tersedia di Google Play Store untuk Android, dan juga di App Store untuk iOS.
  3. Jika anda tidak mahu memuat turun, anda boleh mencuba Truecaller ini dengan menaip nombor telefon di bahagian ruang yang tertera di atas skrin.
  4. Pilih dahulu nombor awalan mengikut kod negara di bahagian yang tertera +60. Untuk negara Malaysia, nombor telefon mestilah bermula dengan nombor +60.
  5. Kemudian, masukkan nombor telefon yang anda ingin kenal pasti pemiliknya. Dan tekan butang cari.
  6. Kemudian, pada laman seterusnya, akan tertera bahawa anda perlu sign-in dahulu ke akaun Google anda. Anda juga boleh sign-in menggunakan akaun Microsoft sekiranya anda mempunyai akaun Microsoft. Tekan butang Sign in with Google.
  7. Anda akan dibawa ke bahagian sign-in untuk Google. Login seperti biasa dengan memasukkan password dan juga emel untuk akaun anda.
  8. Kemudian, setelah selesai, anda akan dibawa semula ke laman Truecaller.
  9. Akan tertera hasil carian anda. Hasil carian anda mengandungi nombor telefon yang anda masukkan, nama pemilik nombor telefon (nama pemilik ini bukanlah nama penuh, sebaliknya nama seperti yang telah ditetapkan dengan nombor telefon tersebut)
  10. Akan tertera juga syarikat telefon untuk nombor tersebut (Maxis, Celcom, Digi dll).
  11. Perlu diingat, bukan semua nombor telefon berada dalam database Truecaller, jadi kemungkinan untuk anda tidak memperoleh identiti pemilik nombor telefon tersebut juga ada, dengan mesej yang bertulis “this number is not yet available”. Maksudnya, nombor yang anda masukkan itu tidak berada dalam database Truecaller.
  12. Untuk percubaan secara percuma ini, anda hanya boleh memasukkan maksimum kepada lima nombor telefon sahaja. Lebih daripada itu, anda terpaksa memuat turun software/aplikasi Truecaller.
  13. Jangan risau, Truecaller adalah percuma.

Sekiranya anda memasukkan nombor telefon anda sendiri, dan tertera maklumat yang kurang menyenangkan, anda boleh mengeluarkan nombor telefon anda daripada database Truecaller.

Cara Unlist Nombor Telefon Sendiri di Truecaller

  1. Masuk ke laman web ini https://www.truecaller.com/unlisting.
  2. Kemudian, pada ruang di bawah Phone Number, masukkan nombor telefon anda berserta dengan kod negara. Misalnya, untuk anda warganegara Malaysia dan nombor telefon anda ialah 01112345678, maka nombor telefon yang anda perlu masukkan ialah +601112345678.
  3. Kemudian, pada bahagian reCAPTCHA di bawah, tick pada I’m not a robot.
  4. Kemudian, tekan butang UNLIST PHONE NUMBER.
  5. Urusan anda selesai.

Check pemilik nombor telefon Digi guna Whoscall

Aplikasi ini dibangunkan dan diperkembangkan oleh sebuah syarikat pembangunan aplikasi Taiwan yang bernama Gogolook. Aplikasi ini membolehkan pengguna mengenalpasti sama ada panggilan tersebut merupakan panggilan penting seperti panggilan perniagaan ataupun panggilan yang tidak diingini. Ia juga dapat menguruskan nombor dengan menyekat nombor atau kata kunci tertentu.

Cara Menggunakan Whoscall

  1. Pergi ke laman web https://whoscall.com/en-US/. Anda akan dibawa ke laman rasmi Whoscall.
  2. Pada bahagian atas skrin, tertera ruang untuk memasukkan nombor telefon berserta dengan ruang untuk memilih kod negara.
  3. Piih kod negara untuk nombor telefon yang anda ingin kesan pemiliknya itu. Ambil dua digit terawal pada nombor tersebut, dan pilih bersamaan dengan kod negara di ruang carian.
  4. Kemudian, masukkan baki digit pada nombor telefon tersebut di ruangan yang disediakan.
  5. Tekan butang Search untuk memulakan carian.
  6. Anda akan dimaklumkan bahawa anda perlu muat turun dahulu aplikasi Whoscall. Untuk pengguna Android, anda boleh memuat turun aplikasi Whoscall di Google Play Store, manakala untuk pengguna iOS, anda boleh memuat turun aplikasi ini di App Store.
  7. Setelah anda memuat turun aplikasi ini, buka aplikasi ini di telefon anda.
  8. Kemudian, tekan butang Get started.
  9. Kemudian, akan tiba di bahagian Account Verification. Anda boleh sign in, sama ada dengan menggunakan Facebook, ataupun dengan menggunakan akaun Google anda. Pilih salah satu.
  10. Kemudian, tekan butang Allow pada laman seterusnya.
  11. Ikut segala arahan seterusnya, seperti membenarkan akses Whoscall kepada perisian dalam telefon anda.
  12. Kemudian, pada bahagian tawaran untuk Whoscall Premium, tekan Later.
  13. Anda akan dapat akses masuk ke Whoscall.
  14. Dalam Whoscall, anda boleh memeriksa sama ada nombor yang menghubungi anda itu, nombor yang biasa atau nombor scammer. Anda juga boleh melihat operator kepada nombor telefon ini, sama ada Maxis, Celcom, Digi dll.
  15. Sekiranya nombor yang menghubungi anda atau menghantar mesej kepada anda iunombor yang mencurigakan, akan tertera perkataan seperti scam, scammer, gambling, judi dan sebagainya. Nombor spam juga akan tertera. Anda boleh memilih untuk menyekat panggilan spam ini dengan tekan butang Set di notification yang tertera Enable default SMS feature.
  16. Anda juag boleh sekat panggilan daripada nombor yang tidak anda kenali. Caranya adalah anda hanya perlu pergi ke butang teratas sebelah kiri skrin.
  17. Tekan butang Block.
  18. Akan tertera tiga pilihan; Block private number, Block not in contacts & Block international numbers. Tetapkan Block not in contacts kepada On. Untuk menyekat sebarang panggilan daripada nombor di luar negara, set Onkepada Block international numbers.
  19. Anda juga boleh memasukkan sendiri nombor telefon yang anda ingin kan di bahagian ruang carian di atas skrin. Tekan ikon untuk carian, kemudian tekan pada ruang Search keyword or number. Masukkan nombor telefon.

Check pemilik nombor Digi melalui whosenumber.info

Whosenumber.info adalah sebuah lagi website yang anda boleh gunakan untuk mengesan nombor telefon. Caranya adalah mudah.

Cara Menggunakan Whosenumber.info

  1. Pergi ke laman web https://whosenumber.info/. Anda akan dibawa ke laman utama info.
  2. Kemudian, pada bahagian atas skrin, tertera ruang untuk memasukkan nombor telefon.
  3. Masukkan nombor telefon yang anda ingin kenal pasti. Pastian nombor telefon yang anda masukkan disertakan sekali dengan kod negara, tetapi dikecualikan ikon “+”.
  4. Kemudian, tekan butang di sebelah untuk mulakan carian.
  5. Untuk hasil carian, anda akan dapat mengenal pasti nombor ini asalnya dari negara mana, dan juga operator/syarikat untuk nombor telefon ini.
  6. Anda tidak akan dapat kenal pasti pemilik sebenar kepada nombor telefon ini seperti namanya. Tetapi, anda boleh menghantar mesej kepada admin info untuk mengenalpasti pemilik nombor ini.
  7. Pada bahagian Status, pilih Neutral, Good atau Bad.
  8. Masukkan nama anda pada bahagian Your
  9. Masukkan emel anda pada bahagian Your e-mail.
  10. Masukkan mesej anda kepada admin pada bahagian Message text. Pastikan mesej anda sekurang-kurangnya 50 abjad/digit.
  11. Kemudian, masukkan kod yang anda dapat lihat pada bahagian Enter the code from the image.
  12. Tekan butang Send.

Check pemilik nombor Digi melalui Whose Number Is This

Whose Number Is This adalah sebuah lagi website yang sangat berfungsi untuk mengesan nombor telefon yang tidak dikenali. Cara untuk menggunakannya juga adalah mudah.

Cara Menggunakan Whose Number Is This

  • Pergi ke laman web https://www.whoseno.com/. Anda akan dibawa ke laman web rasmi Whose Number Is This.
  • Tertera ruang untuk memasukkan nombor telefon. Kenal pasti dua digit pertama di nombor telefon yang tidak dikenali itu, dan pilih nombor yang sama pada bahagian untuk memilih kod negara di website
  • Kemudian, masukkan baki digit yang lain di bahagian nombor telefon.
  • Tekan butang di sebelah untuk mulakan carian.
  • Tunggu seketika sementara Whose Number Is This lakukan proses carian pada database.
  • Apabila carian selesai, sistem akan beri pilihan sama ada anda ingin menunggu lagi 80 saat untuk nama pemilik nombor terpapar, ataupun anda hanya perlu share ke Facebook atau Google Plus, dan anda dapat melihat maklumat lain pada nombor ini, seperti alamat, dan juga alamat emel.
  • Setelah cukup 80 saat, hasil carian anda akan tertera. Nama pemilik nombor akan tertera, bersama dengan negara asal untuk pemilik nombor ini.
  • Anda juga boleh memeriksa akaun Facebook untuk pemilik nombor ini. Sudah semestinya, tidak semua akaun Facebook yang akan disambungkan ke nombor telefon.
  • Caranya, tekan link View Facebook Account. Tunggu seketika, dan akaun Facebook kepada pemilik nombor ini akan tertera. Jika tidak, mesej akan sampai kepada anda yang tertulis “Sorry profile has not been found. Please try another number.
  • Selain itu, anda boleh memeriksa lokasi nombor telefon ini. Caranya, tekan link View Exact Location on Map. Tunggu seketika, dan anda akan dapat hasil carian anda.
  • Jika tidak tertera sebarang lokasi, akan tertera mesej kepada anda “We are sorry. Address not found please check other numbers.

Akhir kata

Kesimpulannya, cara semak pemilik nombor telefon sudah lama ada. Cuma tak ramai orang guna dan tidak tahu cara semak no telefon scammer. menggunakan Semak Mule PDRM yang boleh diakses melalui CCID portal.

Selain dari pangkalan data PDRM, aplikasi dan website yang disenaraikan di atas juga dibangunkan untuk memudahkan anda mencari alternatif lain.

Panggilan daripada nombor yang tidak dikenali ini sememangnya agak menyusahkan bagi kita.

Jadi, untuk mengelak daripada ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, ambillah langkah awal dan gunakan aplikasi alternatif ini.

Jemput baca mengenai cara share kredit Maxis juga.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment