Semak Bil Maxis Guna IC


Mesti ada yang pernah terfikir sama ada boleh ke semak bil Maxis guna IC, betul tak? Kalau persoalan tadi pernah bermain di fikiran anda. Kami ada sediakan jawapan di dalam artikel ini.

Izinkan kami berkongsi.

Boleh semak bil Maxis guna IC?

Berdasarkan pencarian kami, kami tidak menjumpai sebarang maklumat yang menyatakan anda boleh menyemak bil Maxis menggunakan IC.

Namun, mungkin IC anda boleh digunakan ketika menyemak bil melalui panggilan telefon.

Di samping itu, terdapat beberapa lagi cara lain selain menggunakan IC untuk anda mengetahui berapa jumlah bil Maxis anda.

Cara cek bil Maxis

Berikut kami senaraikan cara-cara yang boleh anda gunakan untuk semak bil Maxis anda. Ikuti panduan di bawah.

a) Semak bil Maxis online:

  1. Muat turun aplikasi Maxis di telefon pintar anda melalui Google Play Store atau Apple App Store.
  2. Kemudian, buka aplikasi tersebut.
  3. Untuk permulaan, anda boleh pilih Bahasa yang ingin digunakan sama ada en atau bm.
  4. Seterusnya, tekan butang MULA SEKARANG.
  5. Selepas itu, pilih jenis akaun Maxis yang ingin anda gunakan sama ada untuk Individu atau Bisnes.
  6. Di laman seterusnya, masukkan Mobile Number anda di ruangan yang disediakan dan tekan butang CONTINUE.
  7. Jika anda masih belum berdaftar sebagai pengguna aplikasi Maxis online, anda boleh mendaftar terlebih dulu dengan menekan pada pautan Sign up now yang berwarna biru.
  8. Pada laman berikutnya, anda akan diberikan Verification Code yang telah dihantar kepada nombor telefon yang anda masukkan tadi.
  9. Kemudian, masukkan 6 digit code tersebut di ruangan yang disediakan dan tekan butang CONTINUE.
  10. Jika tiada sebarang masalah, anda akan berjaya mengakses ke dalam akaun Maxis online anda.
  11. Semua maklumat berkaitan bil Maxis anda akan terpapar di halaman menu utama akaun anda.
  12. Sekarang, anda dah boleh semak bil Maxis anda secara online.
  13. Selesai.

b) Check bil guna EasyMenu:

  1. Buka telefon anda dan dail talian EasyMenu iaitu *100#.
  2. Kemudian, tekan butang Call.
  3. Seterusnya, beberapa senarai pilihan akan terpapar.
  4. Taip atau pilih nombor 8 untuk My Account.
  5. Tekan SEND / HANTAR.
  6. Selepas itu, taip atau pilih nombor 1 untuk Bill Info & Payment.
  7. Tekan SEND / HANTAR.
  8. Kemudian, taip atau pilih nombor 1 untuk Account Info.
  9. Tekan SEND/ HANTAR.
  10. Maklumat bil Maxis anda akan dipaparkan.
  11. Anda dah berjaya semak bil Maxis anda guna EasyMenu.
  12. Tamat.

Perlu bantuan lanjut tentang semakan bil Maxis?

Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah, memerlukan bantuan lanjut atau ada pertanyaan lain berkaitan semak bil Maxis guna IC dan sebagainya. Anda boleh menghubungi talian 123 menggunakan line Maxis atau 1-800-82-1123 untuk bercakap dengan Bahagian Khidmat Pelanggan Maxis.

Selain itu, anda juga boleh melayari laman web maxis.com.my bagi mendapatkan lebih banyak info.

Akhir kata

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda semak bil Maxis dengan cara yang lebih mudah tanpa menggunakan IC anda.

Akhir sekali, kalau anda nak sedekahkan kredit Maxis anda kepada orang lain tapi tak tahu macam mana. Boleh rujuk cara share kredit Maxis atau cara SOS topup Maxis Hotlink ini.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment