Semak Bil Digi Guna IC


Bagi memastikan yang akaun Digi anda masih aktif dan anda tidak mempunyai sebarang tunggakan bayaran bulanan. Apa kata anda sentiasa check bil anda pada bila-bila masa dan di mana jua. Walau bagaimanapun, adakah perlu untuk semak bil Digi guna IC?

Jika anda nak tahu jawapannya. Jom dapatkan di sini. Izinkan kami berkongsi.

Boleh semak bil Digi guna IC?

Menurut maklumat yang telah kami perolehi, tidak ada kenyataan yang memberitahu bahawa anda boleh semak bil Digi guna IC. Namun, penggunaan IC anda mungkin akan diperlukan ketika berurusan di Digi Centre atau ketika menghubungi pihak mereka.

Ada cara lain untuk check bil?

Ya, ada. Anda boleh menggunakan 2 cara mudah untuk semak bil Digi anda tanpa guna IC.

Cara semak bil Digi

Ikuti 2 kaedah semakan bil Digi anda seperti di bawah.

a) Semak online melalui aplikasi:

  1. Muat turun aplikasi MyDigi Mobile App di telefon pintar anda melalui Google Play Store atau Apple App Store.
  2. Buka aplikasi tersebut.
  3. Kemudian, lakukan proses login ke akaun anda.
  4. Maklumat bil Digi anda akan dipaparkan.
  5. Anda boleh terus semak bil Digi anda menggunakan banyak lagi perkhidmatan lain di dalam aplikasi ini.
  6. Selesai.

b) Cek guna kod UMB:

  1. Dail kod *128*2*10# di telefon anda dan tekan Call.
  2. Kemudian, pilih Bahasa yang ingin digunakan.
  3. Maklumat bil Digi anda akan diberikan melalui notifikasi atau SMS.
  4. Tahniah! Anda dah berjaya semak bil Digi menggunakan kod UMB.
  5. Tamat.

Perlu bantuan lanjut tentang semakan bil Digi?

Sekiranya anda perlukan bantuan lanjut mengenai semakan bil Digi guna IC atau hal-hal lain yang berkaitan. Anda boleh menghubungi talian 016-221-1800 untuk bercakap dengan Pegawai Khidmat Pelanggan Digi.

Di samping itu, anda juga boleh melayari laman web Digi di digi.com.my bagi mendapatkan lebih banyak info dan rujukan bagi menyelesaikan isu anda.

Akhir kata

Sekian saja artikel kami ini. Diharapkan ianya dapat membantu anda untuk semak bil Digi menggunakan cara yang lebih tepat tanpa memerlukan IC anda.

Akhir sekali, kalau anda merupakan pelanggan Digi Prepaid dan nak tahu berapa jumlah baki kredit anda yang tinggal. Anda boleh guna cara check balance Digi Prepaid yang kami kongsikan ini.

Semoga bermanfaat.

2 thoughts on “Semak Bil Digi Guna IC”

Leave a Comment