Semak Bil Air Guna IC


Nak semak bil air guna IC mungkin boleh atau mungkin juga tidak boleh. Namun yang pasti, anda hanya memerlukan butiran seperti nombor akaun bil air anda dan seumpamanya untuk mengetahui jumlah bil air tersebut. Semestinya tanpa memerlukan kad pengenalan.

Kalau nak tahu lebih lanjut. Dapatkannya di dalam artikel ini. Izinkan kami berkongsi.

Perlu ke semak bil air guna IC?

Untuk membuat semakan bil air, anda tidak perlu menggunakan IC. Tetapi, maklumat lain seperti nombor akaun bil air atau nombor meter anda akan diperlukan. Walau bagaimanapun, IC anda juga mungkin akan digunakan untuk tujuan pengesahan ketika berurusan di pejabat atau melalui panggilan telefon.

Cara semak bil air online

Di bawah adalah panduan semakan yang boleh membantu anda.

  1. Sila tekan pada pautan jabatan bekalan air mengikut negeri untuk semak bil air anda:
  2. Laman utama portal berkenaan untuk semak bil air mengikut negeri anda akan dipaparkan.
  3. Cari dan tekan pada bahagian menu mengenai Semakan atau Bayaran Bil Air yang tertera pada portal anda.
  4. Pada laman seterusnya, isikan butiran yang diperlukan pada ruangan yang disediakan seperti Nombor Akaun Bil Air atau Nombor Meter anda.
  5. Bagi sesetengah portal, sebelum anda dapat semak bil air anda. Anda akan diminta untuk login ke akaun anda terlebih dulu.
  6. Setelah berjaya log masuk, barulah anda dapat meneruskan urusan semakan atau pembayaran bil air anda.
  7. Untuk anda yang belum mempunyai akaun di portal air negeri masing-masing, sila buat pendaftaran dulu.
  8. Jika telah selesai mendaftar, bolehlah teruskan semak bil air anda melalui portal tersebut.
  9. Akhir sekali, ikuti arahan seterusnya yang terpapar di portal anda bagi melengkapkan proses semakan bil air anda sehingga selesai.
  10. Tamat.

Untuk makluman, kaedah untuk semak bil air ini adalah sama atau lebih kurang sama sahaja mengikut negeri-negeri yang ada di Malaysia.

Sebagai contoh, kalau anda nak buat semakan bil air Selangor. Anda boleh ikuti langkah-langkah di atas. Yang berbeza adalah susunan menu di portal jabatan bekalan air masing-masing.

Ada masalah tentang check bil air anda?

Jika anda menghadapi sebarang kesukaran atau masih lagi memerlukan bantuan lanjut mengenai cara semak bil air guna IC dan sebagainya yang berkaitan.

Anda bolehlah menghubungi talian jabatan bekalan air mengikut negeri anda yang telah disertakan di dalam laman portal.

Akhir kata

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda yang nak semak bil air mengikut negeri anda. Apa yang pasti, tanpa guna IC pun anda dah boleh tahu berapa jumlah bil air anda pada bulan tersebut.

Jangan pula lupa jelaskan bil pada waktu yang ditetapkan!

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment