Semak Baki RHB Bank


Semak baki RHB Bank anda menggunakan pelbagai kaedah yang telah kami kongsikan melalui artikel ini.

Ianya adalah untuk memberikan anda lebih banyak alternatif melakukan semakan balance di akaun bank RHB anda. Izinkan kami berkongsi.

Semak baki RHB Bank secara online

Untuk semak baki akaun RHB online, anda boleh saja melakukannya sama ada di laman web online banking RHB  atau aplikasi RHB Mobile Banking.

Langkah-langkah semakan juga adalah sama saja bagi kedua-dua platform tersebut.

Ikuti langkah-langkah check balance RHB secara online seperti berikut:

  1. Layari laman web RHB online banking di logon.rhb.com.my atau buka aplikasi RHB Mobile Banking di telefon pintar anda.
  2. Halaman utama untuk log masuk ke akaun RHB online banking anda akan dipaparkan.
  3. Kemudian, sila masukkan Username anda pada ruangan Login dan tekan NEXT, GET SECRET WORD.
  4. Seterusnya, sahkan Secret Word anda dengan memasukkan Password dan tekan butang Login.
  5. Anda akan dibawa masuk ke laman utama profil atau akaun RHB online banking anda.
  6. Di halaman tersebut, sila lihat bahagian My Accounts yang tertera pada menu.
  7. Sila tekan pada ikon arrow yang menghala ke bawah bersebelahan bahagian My Accounts.
  8. Selepas itu, klik pada Account Balance.
  9. Baki RHB Bank anda akan dipaparkan dengan lengkap.
  10. Selesai.

Walau bagaimanapun, untuk menggunakan cara ini. Pastikan anda telah pun mendaftar akaun RHB online banking.

Di samping itu, bagi membolehkan anda mengakses aplikasi RHB di telefon pintar anda. Anda mestilah memuat turun aplikasi tersebut sama ada di Google Play Store atau Apple App Store anda.

Andai kata semuanya dah ada, barulah boleh follow langkah semakan online seperti di atas.

Semak baki RHB Bank di ATM

Berikut adalah panduan semakan baki akaun RHB Bank anda melalui mesin ATM:

  1. Lawati mana-mana mesin ATM berdekatan anda.
  2. Pergi ke salah satu mesin ATM yang available ketika itu.
  3. Masukkan kad ATM anda apabila lampu hijau sudah menyala di ruangan kad.
  4. Kemudian, tunggu seketika sementara kad anda sedang dibaca.
  5. Selepas itu, pilih Bahasa yang ingin anda gunakan ketika berurusan di ATM tersebut.
  6. Seterusnya, anda perlu memasukkan Nombor PIN kad ATM anda dan tekan butang Enter/Masuk.
  7. Tunggu seketika sehingga akaun anda berjaya disahkan.
  8. Menu utama akan dipaparkan.
  9. Sila tekan pada butang Pertanyaan Baki.
  10. Baki akaun RHB Bank anda akan terpapar.
  11. Tamat.

Check balance melalui panggilan telefon

Kalau anda tak ada internet atau tak ada mesin ATM berdekatan untuk semak baki akaun RHB anda. Anda boleh saja ketahuinya dengan membuat panggilan telefon.

Cara-caranya seperti berikut:

  1. Dail talian 03-9206-8118 untuk bercakap dengan Bahagian Khidmat Pelanggan RHB.
  2. Tunggu seketika untuk panggilan anda dijawab.
  3. Jika panggilan anda sudah dijawab, perkenalkan diri dan nyatakan tujuan anda untuk semak baki akaun.
  4. Panggilan anda akan disambungkan ke bahagian berkaitan.
  5. Tunggu sehingga panggilan anda berjaya disambungkan.
  6. Apabila panggilan anda sudah disambung, perkenalkan diri dan beritahu tujuan anda sekali lagi.
  7. Berikan semua maklumat yang diperlukan oleh pegawai bertugas untuk memproses permintaan anda.
  8. Anda perlu tunggu seketika sementara permintaan anda sedang diproses.
  9. Jika tiada apa-apa masalah, baki akaun RHB Bank anda akan dimaklumkan.
  10. Selesai.

Selain itu, anda juga boleh menghubungi talian seperti di atas jika anda masih menghadapi masalah berkenaan semakan baki akaun atau hal-hal lain yang berkaitan RHB bagi tindakan lanjut.

Akhir kata

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda menyemak baki RHB Bank anda dengan lebih mudah melalui pelbagai cara.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment