sarawakpay.sarawak.gov.my (Cara Daftar Sarawak Pay untuk Pengguna dan Pemilikan Tunggal)


Khas untuk warga Sarawak! Kerajaan negeri Sarawak telah mewujudkan aplikasi Sarawak Pay yang merupakan e-wallet di mana pengguna boleh menggunakannya dalam kehidupan harian secara selamat. Anda boleh melihat secara ringkas apa itu Sarawak Pay di laman sarawakpay.sarawak.gov.my.

Untuk memastikan penyertaan dari luar bandar, Sarawak Pay bekerjasama dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk memudahkan lagi pemindahan wang secara dalam talian melalui Ejen Bank Berdaftar BSN di tempat-tempat yang tiada akses kemudahan perbankan seperti mesin juruwang automatik (ATM).

Izinkan kami berkongsi dengan lebih lanjut mengenai Sarawak Pay.

1. Apakah yang menarik di sarawakpay.sarawak.gov.my?

Antara kegunaan Sarawak Pay ialah:

  1. Menyimpan wang anda secara digital
  2. Membuat pembayaran
  3. Memindahkan wang dan menerima wang
  4. Mempunyai fungsi pintar seperti perpecahan bil (split bill)
  5. Meminta pembayaran dari rakan
  6. Melihat sejarah transaksi
  7. Membayar utiliti dan bil majlis tempatan

Anda boleh melihat dengan lebih lanjut tentang Sarawak Pay di laman rasmi sarawakpay.sarawak.gov.my.

2. Macam mana nak guna Sarawak Pay?

Sama seperti aplikasi e-wallet yang lain, pengguna hanya perlu imbas dan membuat pembayaran melalui kod QR dari peniaga yang juga menggunakan Sarawak Pay atau yang terdapat pada bil anda.

Yang menariknya, Sarawak Pay turut menawarkan mata ganjaran kepada pengguna dan nilai ganjaran tersebut anda boleh gunakan untuk membayar bil.

 

3. Cara daftar Sarawak Pay sebagai pengguna

Untuk mendaftar sebagai pengguna di Sarawak Pay, berikut adalah cara-caranya:

  1. Muat turun aplikasi ini di telefon bimbit anda.
  2. Untuk pengguna Android, sila download di Google Play.
  3. Untuk pengguna Apple, sila download di Apple Store.
  4. Selepas muat turun, buka aplikasi tersebut. Pilih New User Registration.
  5. Pilih kewarganegaraan anda.
  6. Masukkan butiran yang diperlukan seperti:
    • Nama
    • Nombor kad pengenalan
    • Nombor telefon bimbit
    • Emel
    • Username
    • Password
  7. Tick pada kotak Accept the terms & conditions.
  8. Tekan Next.
  9. Masukkan alamat anda.
  10. Tekan Next.
  11. Ambil gambar kad pengenalan anda.
  12. Tekan Next.
  13. Ambil video selfie anda selama 3 saat.
  14. Anda akan menerima nombor TAC pada telefon bimbit anda
  15. Masukkan TAC yang diterima.
  16. Tekan Verify.
  17. Masukkan 6 digit Payment pin. Pastikan anda mengingati nombor pin ini.

Pendaftaran anda sudah selesai.

 

4. Bagaimana untuk daftar sebagai perniagaan di Sarawak Pay?

Jika anda merupakan peniaga dan ingin menggunakan Sarawak Pay untuk perniagaan anda, berikut adalah cara-cara untuk mendaftar sebagai perniagaan bagi Pemilik Milikan Tunggal:

  1. Muat turun aplikasi ini di telefon bimbit anda.
  2. Untuk pengguna Android, sila download di Google Play.
  3. Untuk pengguna Apple, sila download di Apple Store.
  4. Selepas muat turun, buka aplikasi tersebut.
  5. Pilih Merchant.
  6. Pilih Merchant Account.
  7. Masukkan butiran berikut seperti:
    • Nama kedai/nama perniagaan
    • Alamat
    • Jenis perniagaan
    • Nombor pendaftaran perniagaan
  8. Masukkan maklumat bank. Penting: Sila gunakan akaun bank persendirian anda dan bukan akaun bank syarikat atau orang lain.
  9. Muat naik gambar kad pengenalan dan gambar premis perniagaan.
  10. Tekan Submit.
  11. Anda akan menerima emel pengesahan dari pihak Sarawak Pay untuk status pendaftaran perniagaan anda.
  12. Setelah pendaftaran berjaya, kod QR anda akan diaktifkan.

Anda sudah boleh menggunakannya untuk menerima pembayaran dari pembeli.

 

5. Anda ada masalah untuk mendaftar?

Jika anda mempunyai masalah untuk mendaftar di Sarawak Pay, sila ajukan masalah anda di sini:

 

Akhir kata

Dengan aplikasi ini, kini warga Sarawak boleh berurusan dengan lebih mudah lagi.

Jika anda salah seorang anak Sarawak yang layak, anda akan menerima bantuan BKSS 6.0. Kami ada kongsikan cara semak bantuan ini di bkss.sarawak.gov.my.

1 thought on “sarawakpay.sarawak.gov.my (Cara Daftar Sarawak Pay untuk Pengguna dan Pemilikan Tunggal)”

Leave a Comment