bkss.sarawak.gov.my (Rayuan & Semakan BKSS 6.0 2021)

Jika anda salah seorang anak Sarawak yang layak, anda akan menerima bantuan BKSS 6.0. Yang menariknya, jika anda lulus BPN / BPR, anda akan dapat bantuan ini secara automatik. Sila buat permohonan dan semakan BKSS melalui laman web rasmi https://bkss.sarawak.gov.my

Berikut ialah perkara-perkara yang anda boleh lakukan di portal ini.

1. Semak status rayuan BKSS

  1. Layari portal ini: https://bkss.sarawak.gov.my/web/home/bkss_semak
  2. Masukkan nombor Kad Pengenalan di ruangan Enter MyKad No
  3. Tidak perlu masukkan tanda sempang (-)
  4. Tekan butang Submit
  5. Lihat paparan untuk melihat status rayuan

 

2. Semak status bayaran BKSS

Ini adalah status bayaran BKSS untuk penerima baru:

  1. Layari portal ini: https://bkss.sarawak.gov.my/web/home/bkss_semak
  2. Masukkan nombor Kad Pengenalan di ruangan Enter MyKad No
  3. Tidak perlu masukkan tanda sempang (-)
  4. Tekan butang Submit
  5. Lihat paparan untuk melihat status pembayaran

 

3. Siapa yang layak terima BKSS 6.0?

Golongan bujang

Individu bujang akan menerima RM500 secara one-off. Sila rujuk semakan BKSS bujang untuk maklumat lanjut.

 

Golongan isi rumah

Ketua isi rumah B40 akan menerima RM250 setiap bulan selama 6 bulan berturut-turut.

  1. Bayaran pertama: 31 Julai 2021
  2. Bayaran kedua: 31 Ogos 2021
  3. Bayaran ketiga: 30 September 2021
  4. Bayaran keempat: 31 Oktober 2021
  5. Bayaran kelima: 30 November 2021
  6. Bayaran keenam: 31 Disember 2021

 

Frontliner

  1. Anggota Kesihatan (RM300)
  2. Kakitangan Imigresen Yang Bertugas Di Pos-Pos Kawalan Sempadan (RM200)
  3. Kakitangan PDRM dan Bilik Gerakan Negeri (RM200)
  4. Angkatan Tentera Malaysia yang menjaga sempadan (RM200)
  5. Anggota RELA (RM200)
  6. Anggota Kastam diRaja Malaysia yang bertugas di semua pintu masuk sempadan/pelabuhan/lapangan terbang (RM200)
  7. Kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan yang bertugas dalam perkhidmatan kecemasan/kerja-kerja pemeriksaan/sanitasi (RM200)
  8. Anggota Bomba dan Penyelamat (RM200)
  9. Anggota Angkatan Pertahanan Awam (RM200)
  10. Penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (RM1,500)
    • Dengan dua kali bayaran
    • Pembayaran pertama RM750 pada bulan Julai 2021
    • Pembayaran kedua RM750 pada bulan Disember 2021
    • Pembayaran ini akan dibuat melalui Sarawak Pay

 

Lain-lain

  1. Pengamal media barisan hadapan di Sarawak (RM1,500 secara one-off)
  2. Pemilik dan pengendali penambang yang berdaftar dengan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak  (RM500 secara one-off)
  3. Pengendali Van Penumpang, Pemandu Teksi, Pengendali Bas dan Van Sekolah yang berdaftar di Sarawak (RM600)
  4. Pemandu e-Hailing dan Tenaga Pengajar Memandu (RM500 secara one-off melalui Sarawak Pay)
  5. Agensi Pelancongan berlesen (RM3,000)
  6. Operator Homestay berlesen (RM600)
  7. Pemandu Kenderaan Pelancongan berlesen (RM500)
  8. Pemandu Pelancong dan Pemandu Pelancong Taman Negara yang berlesen (RM1,500)

 

Akhir kata

Bagi penerima BKSS 6.0, ucapkanlah terima kasih kepada kerajaan negeri Sarawak.

Apabila diumumkan nanti, layari bkss.sarawak.gov.my untuk buat semakan BKSS.


Artikel Berkaitan Laman Web Online

bkss.sarawak.gov.my (Rayuan & Semakan BKSS 6.0 2021)

Leave a Comment