Ringkasan Intipati Belanjawan 2021 (Pembentangan Bajet)


Jika anda salah seorang kakitangan kerajaan mahupun pekerja swasta yang menonton siaran langsung Bajet 2021, pasti mahu tahu ringkasan intipati Belanjawan 2021. Tentu sekali tidak sabar untuk mengira berapa bahagian yang kita dapat.

Ringkasan intipati Bajet 2021 untuk penjawat awam

Buat masa ini, Belanjawan 2021 masih lagi belum bermula. Akan dikemaskini apabila pembentangan berlangsung nanti.

Belanjawan 2021 bila? Pukul berapa?

Bagi yang tidak tahu bila pembentangan bajet oleh kerajaan secara live, berikut ialah informasi berkenaan tarikh dan masa:

Jumaat, 6 November 2020

Jam 4 petang

Di mana boleh tengok pembentangan Belanjawan 2021 secara live update?

Seperti yang dimaklumkan di atas, pembentangan belanjawan ini akan bermula pukul 4 petang ini.

Orang ramai boleh menonton pembentangan ini secara langsung, menerusi beberapa saluran secara streaming di sini:

 

Macam mana nak dapatkan yang penuh, bukan ringkasan intipati Belanjawan 2021 sahaja?

Anda hanya boleh muat turun laporan atau intipati Bajet 2021 hanya selepas pembentangan selesai dijalankan di parliment.

Boleh download di sini: https://www.treasury.gov.my/index-en.html

 

Sedikit mengenai Bajet 2021

Menteri Kewangan pada minggu lalu telah menerangkan bahawa kerajaan Malaysia bercadang untuk meningkatkan lagi perbelanjaan bagi mencipta lebih banyak peluang pekerjaan. Ini adalah penting untuk merangsang semula ekonomi negara yang terjejas teruk dek Covid-19.

Walau bagaimapun, bajet untuk pembangunan infrastruktur dikatakan bertambah. Bajet 2021 dikatakan juga adalah satu belanjawan untuk projek pembangunan dan perkembangan yang boleh mencipta lebih banyak peluang pekerjaan.

Menurut laman web rasmi Kementerian Kewangan berkenaan Cadangan Belanjawan 2021, ada beberapa perkara yang dititikberatkan. Antaranya ialah:

#1 Memperkukuh Kesejahteraan Rakyat

  • Melindungi golongan mudah terjejas.
  • Memperkasa dan meningkatkan kualiti kehidupan rakyat.
  • Memacu Pertumbuhan Ekonomi

#2 Memacu pertumbuhan ekonomi dan pelaburan swasta.

  • Menjana peluang pekerjaan.
  • Menggalakkan keyakinan dan perbelanjaan pengguna dan pelabur.

#3 Mengupaya Kehidupan Lestari

  • Memberi tumpuan kepada perspektif Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus.
  • Memastikan kelestarian untuk pekerja, pasaran, alam sekitar dan komuniti.

#4 Memperkasa penyampaian perkhidmatan awam

  • Memberi tumpuan keberhasilan dan perkhidmatan lebih baik kepada rakyat.
  • Memudahcarakan urusan perniagaan dan meningkatkan daya saing negara.

Walau bagaimanapun, belum dapat dipastikan samada ada bantuan lagi atau tidak seperti BPN dan BSH sebelum ini.

Tunggu kemaskini kami berkenaan Bajet 2021 untuk penjawat awam dan juga pekerja swasta.

Leave a Comment