Bajet 2021 Untuk Penjawat Awam (Ringkasan Intipati Belanjawan)


Jika anda seorang kakitangan kerajaan, pasti tidak sabar menunggu apakah habuan yang akan diterima pada Bajet 2021 kali ini. Jadi, izinkan kami kongsikan ringkasan intipati Bajet 2021 untuk penjawat awam yang akan berlangsung petang nanti.

Ringkasan intipati Bajet 2021 untuk penjawat awam

Akhirnya, pengumuman berkenaan bantuan untuk penjawat awam dibentangkan pada akhir sesi. Berikut ialah bantuan yang bakal diterima:

  • Untuk kakitangan kerajaan Gred 56 dan kebawah, amaun bantuan yang bakal diterima ialah RM600
  • Untuk pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen pula, amaun bantuan yang bakal diterima pula ialah RM300.

Lain-lain yang barkaitan:

  • Pegawai Bomba Bantuan akan menerima kenaikan kadar elaun sejam dari RM6 ke RM8. Ini bakal menggembirakan 1,900 pegawai sedia ada.

 

Sedikit mengenai Bajet 2021

Menteri Kewangan pada minggu lalu telah menerangkan bahawa kerajaan Malaysia bercadang untuk meningkatkan lagi perbelanjaan bagi mencipta lebih banyak peluang pekerjaan. Ini adalah penting untuk merangsang semula ekonomi negara yang terjejas teruk dek Covid-19.

Walau bagaimapun, bajet untuk pembangunan infrastruktur dikatakan bertambah. Bajet 2021 dikatakan juga adalah satu belanjawan untuk projek pembangunan dan perkembangan yang boleh mencipta lebih banyak peluang pekerjaan.

Menurut laman web rasmi Kementerian Kewangan berkenaan Cadangan Belanjawan 2021, ada beberapa perkara yang dititikberatkan. Antaranya ialah:

#1 Memperkukuh Kesejahteraan Rakyat

  • Melindungi golongan mudah terjejas.
  • Memperkasa dan meningkatkan kualiti kehidupan rakyat.
  • Memacu Pertumbuhan Ekonomi

#2 Memacu pertumbuhan ekonomi dan pelaburan swasta.

  • Menjana peluang pekerjaan.
  • Menggalakkan keyakinan dan perbelanjaan pengguna dan pelabur.

#3 Mengupaya Kehidupan Lestari

  • Memberi tumpuan kepada perspektif Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus.
  • Memastikan kelestarian untuk pekerja, pasaran, alam sekitar dan komuniti.

#4 Memperkasa penyampaian perkhidmatan awam

  • Memberi tumpuan keberhasilan dan perkhidmatan lebih baik kepada rakyat.
  • Memudahcarakan urusan perniagaan dan meningkatkan daya saing negara.

Walau bagaimanapun, belum dapat dipastikan samada ada bantuan lagi atau tidak seperti BPN dan BSH sebelum ini.

Bajet 2021 bila? Pukul berapa?

Bagi yang tidak tahu bila pembentangan bajet oleh kerajaan secara live, berikut ialah informasi berkenaan tarikh dan masa:

Jumaat, 6 November 2020

Jam 4 petang

Di mana boleh tengok pembentangan Bajet 2021 secara live update?

Seperti yang dimaklumkan di atas, pembentangan belanjawan ini akan bermula pukul 4 petang ini.

Orang ramai boleh menonton pembentangan ini secara langsung, menerusi beberapa saluran secara streaming di sini:

 

Macam mana nak dapatkan ringkasan intipati pembentangan Belanjawan / Bajet 2021 untuk penjawat awam ini?

Anda hanya boleh muat turun laporan atau intipati Bajet 2021 hanya selepas pembentangan selesai dijalankan di parliment.

Boleh download di sini: https://www.treasury.gov.my/index-en.html

 

 

Leave a Comment