Bayar Cukai & Login ptgwp.gov.my


Anda pemilik hartanah? Salah satu tanggungjawab sebagai pemilik hartanah ialah membuat pembayaran cukai. Sekarang, anda boleh membuat pembayaran cukai dengan lebih senang tanpa perlu beratur di kaunter dengan melayari ptgwp.gov.my.

Kebiasaannya tempoh tarikh bayaran ialah bermula 1 Januari hingga 31 Mei. Jika anda gagal membuat pembayaran, ini bakal menyebabkan kerajaan negeri berhak untuk merampas hartanah anda. Jika anda baru nak cuba beli rumah, kami ada kongsikan 4 tips membeli rumah pertama di sini. Izinkan kami berkongsi.

Cara bayar cukai tanah/petak di ptgwp.gov.my

Berikut adalah cara-cara untuk membayar cukai tanah/petak secara atas talian:

  1. Layari https://www.ptgwp.gov.my/portal/web/guest/landing-page.
  2. Klik ikon e-Bayaran (Semakan & Bayaran Cukai).
  3. Pilih wilayah terlibat.
  4. Cukai Tanah boleh disemak menggunakan ID Hakmilik Tanah, No. Akaun ataupun ID Hakmilik Strata.
  5. Klik No. Akaun bagi carian menggunakan nombor akaun atau klik ID Hakmilik bagi semakan menggunakan nombor hakmilik tanah.
  6. Lengkapkan maklumat hakmilik.
  7. Klik butang Cari.
  8. Pilih Bayar/Semak Cukai Tanah/Petak untuk membuat bayaran cukai atau semakan dan cetakan bil.
  9. Sistem akan memaparkan maklumat status cukai hakmilik.
  10. Pengguna perlu klik butang Bayar untuk membuat pembayaran atau klik butang Cetak Penyata untuk cetakan bil.
  11. Pengguna perlu memilih salah satu daripada cara bayatan yang dipaparkan menggunakan Kad Kredit atau FPX. 
  12. Klik Seterusnya.
  13. Masukkan maklumat untuk membuat pembayaran.
  14. Selepas maklumat pembayaran dimasukkan, klik butang Submit.
  15. Sistem akan memaparkan status transaksi yang telah berjaya beserta maklumat pembayaran.
  16. Resit Bayaran akan dipaparkan. Resit tersebut boleh dicetak atau disimpan untuk rujukan.

Klik butang Kembali jika telah selesai membuat urusan.

Cara semak status perserahan atau permohonan cukai tanah/petak

Setelah membayar, anda boleh menyemak status anda juga. Berikut adalah langkah-langkahnya:

  1. Layari https://www.ptgwp.gov.my/portal/web/guest/landing-page.
  2. Klik ikon e-Semakan.
  3. Pilih wilayah terlibat.
  4. Klik No Resit bagi carian menggunakan nombor resit atau klik ID Permohonan/No Serahan bagi carian semakan menggunakan ID Permohongan dan nombor serahan yang telah dihantar.
  5. Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan klik butang Cari.
  6. Maklumat semakan akan dipaparkan bagi memaklumkan status perserahan atau permohonan.

Anda sudah boleh menyemak status anda.

Apa itu cukai tanah dan cukai petak?

Secara ringkasnya, cukai tanah ialah cukai tahunan yang dikenakan untuk hartanah persendirian, manakala cukai petak ialah cukai yang dikenakan untuk hartanah berstrata.

Kedua-dua cukai ini perlu dibayar kepada pihak berkuasa negeri.

Ada pertanyaan lanjut?

Untuk bantuan atau pertanyaan, sila hubungi Meja Bantuan e-Tanah Awam : 03-2693 6429

Akhir kata

Semoga dengan perkongsian kami ini, anda akan dapat membayar cukai dengan lebih mudah.

Harap bermanfaat.

Leave a Comment