PERKESO

psu.perkeso.gov.my (Login PSU 4.0 & Buat Semakan Status Permohonan)

Kandungan

Program Subsidi Upah (PSU) adalah bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah. Tujuan PSU ini ialah untuk membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat Covid-19.  Anda boleh login, buat permohonan dan seterusnya membuat semakan di psu.perkeso.gov.my.

Bagi yang tidak tahu, PSU 1.0 di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA). PSU 2.0 pula dilaksanakan melalui pakej KITA PRIHATIN. PSU 3.0 dijalankan di bawah peruntukan BELANJAWAN 2021, PERMAI, PEMERKASA dan kini PEMERKASA+. PSU 4.0 pula di bawah peruntukan PEMULIH.

Izinkan kami berkongsi lebih lanjut.

1. Syarat dan kelayakan PSU 4.0

a) Untuk mendaftar PSU 4.0, pastikan anda memenuhi syarat kelayakan berikut:
  1. Majikan dan pekerjanya hendaklah berdaftar atau mencarum dengan PERKESO
  2. Majikan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
b) Dokumen yang diperlukan untuk mendaftar PSU 4.0:
  1. Senarai nama pekerja (mengikut had kelayakan saiz perusahaan)
  2. Maklumat akaun bank majikan (salinan muka depan penyata bank sahaja)
  3. Maklumat Business Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun bank. Sila rujuk pihak bank dan memastikan No. BRN dan No. Akaun adalah tepat bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
  4. Salinan pendaftaran SSM /ROS / ROB/ PBT atau lain-lain pertubuhan.
  5. Akuan Pengisytiharan PSU 4.0.
 

2. Cara daftar PSU 4.0 di psu.perkeso.gov.my

Berikut adalah langkah-langkah untuk mendaftar PSU 4.0:

Untuk makluman, jika tidak tahu anda berada di dalam sektor apa, boleh rujuk SENARAI SEKTOR & AKTIVITI INDUSTRI di sini

  1. Layari psu.perkeso.gov.my.
  2. Pilih Permohonan PSU 4.0
  3. Masukkan Aktiviti Industri anda
  4. Tekan butang Cari
  5. Pilih Sektor dan Aktiviti yang sesuai
  6. Seterusnya teruskan dengan soalan Adakah anda pernah memohon PSU sebelum ini?
  7. Pilih Ya jika anda pernah memohon PSU sebelum ini.
    • Masukkan Nombor Rujukan
    • Masukkan email yang didaftarkan semasa permohonan tempohari
    • Ikuti arahan sehingga selesai
  8. Pilih Tidak jika anda belum pernah memohon PSU sebelum ini.
  9. Tekan Seterusnya.
  10. Pilih Negeri Operasi anda dan masukkan Kod Majikan anda.
  11. Tekan Seterusnya.
  12. Isikan dan lengkapkan butiran yang diperlukan.
  13. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  14. Tekan butang Hantar.
  15. Anda akan menerima No. Rujukan sebaik sahaja permohonan lengkap telah diisi dan anda boleh menyemak status permohonan menggunakan No. Rujukan yang diberikan.
 

3. Cara login & buat semakan PSU PERKESO

Berikut adalah cara untuk menyemak status permohonan PSU 4.0 anda:
  1. Layari psu.perkeso.gov.my.
  2. Pilih Semakan.
  3. Ada beberapa pilihan:
    • Program Subsidi Upah 1.0
    • Program Subsidi Upah 2.0 dan 3.0.
    • Program Subsidi Upah 4.0
  4. Untuk PSU 4.0, pilih Program Subsidi Upah 4.0
  5. Masukkan nombor rujukan PSU4.0 dan email yang berdaftar.
  6. Tekan Seterusnya
  7. Jika semuanya berjalan lancar, maklumat berkenaan semakan permohonan akan terpapar
  8. Melalui semakan ini, majikan dapat melihat butiran permohonan yang telah diisi, menyemak status permohonan untuk bulan tertentu dan menyemak jumlah pekerja yang diluluskan oleh PERKESO.
 

4. Aduan dan pertanyaan PSU4.0

Jika anda mempunyai aduan dan pertanyaan berkenaan PSU4.0, sila hubungi 03-80915400 atau layari laman web PERSKO di https://eaduansip.perkeso.gov.my/

 

Akhir kata

Semoga dengan inisiatif kerajaan ini, dapat membantu para majikan di luar sana. Walaupun jumlahnya tidaklah berjuta-juta ringgit, setidak-tidaknya dapat mengurangkan beban majikan untuk membayar gaji pekerja.

Dan sekiranya anda sebagi majikan berhajat untuk masuk tender Kerajaan,  jemput login ePerolehan dan buat permohonan di sana.

Semoga dipermudahkan.