Pinjaman Menggunakan Kad Pengenalan


Untuk membuat pinjaman mungkin nampak macam senang sahaja kan? Tetapi, sebenarnya ia bukan semudah yang disangka. Kalau nak buat pinjaman, mostly banyak dokumen yang diperlukan. Walau bagaimanapun, ada sumber-sumber yang membolehkan anda untuk memohon pinjaman menggunakan kad pengenalan sahaja.

Mungkin ada di antara anda yang tertanya-tanya tentang kewujudan pinjaman yang hanya perlukan IC sahaja kerana ianya nampak sangat mudah. Jangan risau, kami ada jawapannya. Yang pasti, jangan sampai membuat pinjaman kecemasan dengan Ahlong. Bimbang membawa padah. Izinkan kami berkongsi.

Pinjaman menggunakan kad pengenalan sahaja

Berikut merupakan sumber-sumber di mana anda boleh membuat pinjaman menggunakan kad pengenalan sahaja.

Pinjaman peribadi atas talian

Tahukah anda? Terdapat beberapa bank di Malaysia yang menawarkan pinjaman peribadi atas talian seperti bank CIMB, Maybank, Hong Leong, Bank Rakyat dan banyak lagi. Kebiasaannya untuk membuat pinjaman peribadi ini, kakitangan atau agen-agen berkenaan akan menawarkan pinjaman peribadi ini melalui panggilan telefon.

Mereka akan mensasarkan pelanggan di cawangan bank masing-masing sebagai salah satu cara untuk meningkatkan keuntungan bank. Anda tidak perlu risau jika anda telah ditawarkan pinjaman peribadi ini kerana ia adalah pinjaman yang sah di sisi undang-undang.

Anda juga boleh memohon pinjaman ini melalui laman web rasmi bank yang anda mahukan tertakluk kepada terma dan syarat. Walau bagaimanapun, jika anda menerima panggilan telefon dari mana-mana agen atau kakitangan bank yang menawarkan pinjaman ini.

Pastikan mereka adalah agen atau kakitangan yang berdaftar dan legit. Jangan pula sampai kena scam.

Selalunya untuk membuat pinjaman ini, anda hanya perlu menyediakan kad pengenalan sahaja. Namun, anda perlu tahu bahawa kadar faedah pinjaman peribadi ini adalah agak tinggi dan berbeza bergantung kepada bank tersebut.

Pinjaman RM500 segera online

Pada musim-musim virus ini mesti ramai orang terkesan dengan kemerosotan ekonomi sampai ada yang diberhentikan kerja. Ada yang meniaga pun tidak berapa laku sebab orang semua tengah save bajet untuk teruskan kehidupan.

Satu lagi yang anda perlu sedar bahawa bukan semua orang hidup senang dan mewah. Ada yang terpaksa ikat perut untuk survive. Namun begitu, telah banyak inisiatif yang diberikan untuk membantu golongan yang kesempitan hidup terutamanya soal duit.

Sekiranya anda memerlukan pinjaman RM500 dan ke atas dengan kadar segera. Anda boleh cuba membuat pinjaman dengan AEON. Untuk membuat pinjaman dengan AEON, anda hanya memerlukan kad pengenalan yang sah.

Pastikan anda sekurang-kurangnya berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai pendapatan at least RM800 sebulan. Jangan budak sekolah menengah pula yang buat pinjaman ini.

Proses pinjaman ini selalunya akan mengambil masa selama 3 hari waktu bekerja. Anda boleh membuat pinjaman menggunakan kad pengenalan sahaja ini melalui laman web aeoncredit.com.my.

Akhir kata

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda yang ingin tahu sumber untuk membuat pinjaman menggunakan kad pengenalan sahaja. Semoga ianya sedikit sebanyak mempermudahkan urusan anda.

Tetapi kalau dah buat pinjaman itu, pastikan anda membuat bayaran balik dengan konsisten. Ini supaya rekod anda baik. Senanglah untuk mohon pinjaman lain akan datang.

Semoga bermanfaat.

1 thought on “Pinjaman Menggunakan Kad Pengenalan”

Leave a Comment