Perniagaan Yang Menguntungkan


Kau ada gaji tapi kau rasa macam tak cukup nak bayar komitmen itu ini dan sana sini. Ditambahkan lagi dengan rancangan baru nak kahwinlah, nak tambah anaklah, nak bagi duit belanja dekat ibu ayah dan adik-adik kau dekat kampung lagi. Suatu hari kawan kau bagi cadangan suruh cuba buat perniagaan yang menguntungkan. Tapi bagi kau berniaga ini satu risiko dan satu perjudian. Ada ke perniagaan yang bawa untung?

Tak perlu nak risau-risau sebab dekat sini aku kongsikan beberapa perniagaan apa yang boleh bagi kau untung.

Sebenarnya kalau dikaji dan diperhatikan, ada perniagaan yang boleh bagi keuntungan dekat kau. Ada juga tak perlu keluarkan modal yang banyak mahupun buat kau kena gaji pekerja.

Jadi ini antara beberapa perniagaan yang menguntungkan.

1. Berniaga barangan peribadi (pre-loved/bundle)

Dekat rumah kau itu mesti confirm penuh sana sini dengan barang-barang yang kau beli, orang hadiahkan atau orang bagi kan? Ada yang sampai dah berhabuk tak terusik sebab kau tak pakai dah.

Jadi lebih baik kau asingkan yang mana kau betul-betul akan guna dan yang mana kau tak nak guna dah. Kau bersihkan barang itu dan tangkap gambar lawa-lawa untuk dijadikan post. Siap tulis sekali harga, brand apa, saiz dan keadaan barang tersebut.

Lepas itu kau boleh jual barangan terpakai kau sebagai pre-love dekat sosial media macam Instagram, Facebook, Twitter mahupun TikTok.

Selain itu kau boleh juga jual dekat aplikasi penjualan barangan terpakai yang terkenal dekat Malaysia ini iaitu Carousell. Tambahan, nak jual barang kau dekat Shoppe, Lazada ataupun Alibaba pun boleh.

Jual barangan terpakai ini perniagaan yang menguntungkan dan tak memerlukan kau keluar modal pun sebenarnya.

2. Berniaga air minuman

Bunyi macam “betul ke ni jual air boleh buat untung?“. Ya boleh.

Kalau difikirkan air minuman antara perniagaan yang menguntungkan dimana-dimana ia berada. Kau boleh jual air macam dekat pasar malam rm3-rm5 itu. Macam-macam jenis air minuman . Ada air kotak, air cordial berperisa, air minuman yang viral dan juga air botol.

Modal dia kau hanya perlu beli air minuman jenis apa kau nak jual. Kemudian kau jual berdasarkan harga stok kau. Tapi jualan kau kena satu per tiga dari modal kau lah. Lepas itu kau sediakan meja untuk letak air jualan kau, canopy atau khemah. Lokasi kau pilihlah mana-mana. Sama ada depan rumah kau ke atau jalan kaki lima yang strategik untuk jualan kau.

Kalau nak kau nak buat COD (Cash on delivery) sendiri pun boleh. Boleh sahaja kau gunakan Whatsapp Bussiness ataupun platform media sosial macam Facebook ataupun Instagram. Dekat situ kau boleh market perniagaan air kau tiap-tiap hari dan dalam pada masa yang sama untuk tambahkan pelanggan.

Bukan itu sahaja, kalau ada bazar ke, karnival ke, festival ke atau kenduri, kau boleh join sekali dan berniaga air minuman kau. Sebab bila orang dah penat berjalan dalam panas-panas atau beli makanan, mesti kena ada air sekali. Kalau tak tercekik juga nanti kalau tak ada air.

Tapi jangan jual air paip pula! Dah satu hal.

3. Berniaga makanan dari rumah.

Kau atau isteri kau tahulah juga masak-masak. Kalau tengok resepi dari online juga boleh ikut dan menjadi juga. Kalau macam itu kau bolehlah buat perniagaan yang menguntungkan iaitu jual home made food dari rumah kau.

Ataupun kau jual produk makanan yang dah ready made just tinggal kau jadi agent dan jual.

Mesti kau terfikir macam mana nak jual tanpa perlu buka kedai mahupun pacak meja khemah sana sini. Tak naklah keluarkan modal yang banyak kalau bahan-bahan masak pun harga pun tak menentu kadang-kadang.

Boleh je. Kau daftar perniagaan kau dahulu dekat aplikasi food delivery macam GrabFood, Shoppe Food dan Food Panda dan masukkan details perniagaan kau. Kalau kau rasa leceh nak kena guna food delivery, kau buat cash on delivery (COD) sendiri.

Lepas dah daftar apa semua itu kau letakkanlah nama-nama menu yang kau sajikan, berapa harga dan apa promosi atau menu percuma yang kau boleh bagi dekat pelanggan kau.

Pastikan kualiti dan kuantiti makanan kau terjaga. Nanti tak pasal-pasal pelanggan kau minta refund habis modal kau.

4. Berniaga produk kecantikan

Bagi wanita kecantikan antara perkara paling penting dalam kehidupan mereka. Ada yang tak kisah brand apa dan ada juga yang suka pada satu brand. Sebab itu produk kecantikkan antara perniagaan yang menguntungkan. Kalau tengok iklan sana-sini nampak orang jual produk kecantikan dari gerai pasar malam hinggalah ke kedai yang besar.

Jadi sebelum kau nak jual produk apa, kau kaji dulu dan tengok market sekarang ini. Pembeli lebih kearah apa dan trend pemakaian produk kecantikkan ini sekarang macam mana. Lepas itu kau tengok apa benefits yang kau dapat kalau jual atau jadi agent untuk produk yang kau nak jual itu.

Lepas itu kau boleh pilih cara apa kau nak jual produk kecantikkan kau ini. Sama ada melalui aplikasi macam Shopee, Lazada, Alibaba. Melalui sosial media juga boleh, macam Whatsapp Bussiness, Facebook, TikTok, Instagram mahupun Twitter. Ataupun kau nak berniaga COD dari rumah kau ke rumah pelanggan pun boleh.

Tapi kau kena pastikanlah barangan produk kecantikkan kau ini disahkan oleh KKM dan tidak mengandungi barang terlarang. Nanti rosak plan perniagaan yang menguntungkan ini.

5. Berniaga fast food Malaysia – Burger

Apa benda fast food Malaysia ini? Menu ini kalau kau pacaklah gerai ke kedai dekat mana-mana kaki lima ataupun depan rumah kau, confirm akan ada orang beli punya. Benda ini tak lain tak bukan berniaga burger!

Kalau kau tengok dari dulu lagi, kedai burger ini mana-mana ada dan mesti akan ada orang tengah tunggu ataupun beratur nak beli burger tepi jalan. Buka pula dari petang sampailah ke lewat malam. Tapi kau tak tahu cara nak berniaga burger macam mana.

Caranya mudah sahaja. Kau kaji dan cari berapa modal yang perlu dikeluarkan untuk barang-barang masak dan bahan masakan burger. Selepas itu kau kena asingkan duit nak beli barang mentah dan masakan itu nanti untuk sebulan yang akan datang.

Lepas kau dah tahu dari A to Z cara nak berniaga fast food Malaysia paling famous ini, kau siap-siapkan duit modal untuk setupkan barangan dan kedai burger kau. Kau nak pakai bahan masakan itu brand apa. Contoh yang terkenal Ramly, Burger Otai dan sebagainya. Kemudian kau cari port yang sesuai dan selamat. Tambahan lagi, kau kena hasilkan dan cipta rasa tersendiri burger kau, supaya orang ingat nak ke kedai kau sahaja sebab rasa kedai burger lain tak sama macam kedai burger kau. Dah settle semua itu kau boleh setkan bila kau boleh mula berniaga burger.

Kelebihan yang kau dapat kalau berniaga burger, waktu dia bebas dan ikut bila kau free. Jadi tak ada rasa terbeban dekat situ dan mahupun merugikan. Tapi kalau nak cuti itu jangan lama-lama sudahlah. Memang burn modal kau nanti.

6. Berniaga Tudung

Selain produk kecantikan, kaum wanita juga terutamanya yang muslim gemar untuk membeli tudung-tudung yang menarik coraknya dan juga rekabentuk. Iyalah mana taknya baju ada dalam dua almari dan mestilah kena ada koleksi tudung yang pelbagai dan up to date! Sebab itu tudung ini antara perniagaan yang menguntungkan.

Jadinya, mula-mula kau cari dan tengok brand tudung mana yang sekarang ini tengah trending. Lepas itu kau boleh sahaja jadi agent untuk satu produk tudung itu dan dapatkan share atau bonus setiap kali kau jual. Kalau kau tak nak jadi agent pun boleh. Kau berniaga lah sendiri dengan macam-macam cara berniaga. Berniaga online menggunakan sosial media ataupun aplikasi online bussines mahupun berniaga dekat rumah kau sahaja pun boleh.

Dalam pada masa yang sama, kau kena juga fokus untuk iklankan produk tudung kau ini. Iklankan dengan cara mudah. Macam buat post setiap hari dekat sosial media, kau minta adik atau mak kau jadi model untuk produk tudung kau ini. Kemudian kau edit cantik-cantik, buat caption copywriting yang menarik perhatian pembeli dan berbeza dari penjual produk tudung yang lain. Kadang-kadang itu kau boleh juga buat sales atau promotion.

Dengan cara itu orang akan tertarik nak beli dan akan repeat order dekat kau sahaja.

7. Berniaga gunting rambut

Kejap. Kedai gunting rambut ada, kenapa nak kena berniaga gunting rambut pula?

Haa..sebabnya mesti ada pelanggan yang nak gunting rambut tapi malas nak keluar rumah ataupun tak sempat nak menunggu dekat kedai barber mana-mana. Sebab itu mereka lebih suka seorang tukang gunting rambut itu datang rumah dan request style mereka yang tersendiri siap-siap. Masa mereka lebih jimat dan tak perlu penat menunggu lama sampai dah berjanggut lah.

Tapi kau kena adalah barang-barang penting untuk gunting rambut dan juga style-style rambut yang orang Malaysia suka dan selalu buat.

Boleh juga kalau kau nak buat berniaga gunting rambut ini dekat rumah. Lepas itu kalau dah perniagaan yang menguntungkan ini dah kukuh dan ada pelanggan tetap, kau bukalah kedai gunting rambut dekat rumah kau atau tempat strategik yang lain.

8. Jadi content creator di YouTube

Kalau kau sedarkan, sekarang ini YouTuber Malaysia tumbuh macam cendawan kan? Ada YouTuber itu dari ada kerja tetap terus berhenti jadi YouTuber kemudian dapat income dari buat video sahaja!

Sebenarnya kau pun boleh jana pendapatan melalui YouTube. Caranya, kau kena cipta akaun YouTube dan setkan tema apa dan isi kandungan yang macam mana kau nak letak dekat YouTube channel kau. Kalau kau tak tahu nak buat content apa, kau tengoklah video yang macam mana jadi pilihan penonton Malaysia.

Dah settle set up YouTube channel kau, mulalah hasilkan content-content yang menarik dan bermanfaat.

Kemudian bila kau dah dapatkan 1,000 subsriber/pengikut baru, kau boleh jana pendapatan dengan YouTube Partner Program dan juga Google AdSense. Jadi setiap iklan dan views tontonan yang lebih dari 1,000 akan bagi kau RM3-RM5. Kalau lebih views tontonan, lagi banyaklah kau dapat.

Nak tahu lebih lanjut cara buat duit dengan YouTube, klik link berkenaan cara buat duit dengan YouTube.

Akhir kata

Macam mana? Mudah sahajakan nak buat perniagaan yang menguntungkan? Ada yang tak perlu keluar modal banyak mana pun sebenarnya. Mungkin kerugian pun kau tak tanggung besar mana. Paling penting kalau nak untung sahaja dan tak nak rugi, kau kena serius dan consistent bila dah mula berniaga.

InsyaAllah perniagaan kau akan lebih maju dan diketahui ramai. Cuma satu kau kena ingat, untung rugi dan kaya miskin itu rezeki Allah. Itu aturan dan pemberian daripada Allah. Jangan pernah rasa down kalau bisnes tak menguntungkan. Anggap itu satu ujian.

Selamat maju jaya!

Leave a Comment