Cara Buat Duit Dengan YouTube (Jana Pendapatan Online)


Perkongsian artikel kami sebelum ini ialah bekenaan cara buat duit dengan TikTok. Tapi, anda juga boleh gunakan video yang sama dan buat duit dengan YouTube. Tak susah mana pun. Hanya perlu ubah format sedikit sahaja.

Untuk makluman, YouTube merupakan salah satu platform atas talian yang popular dalam kalangan masyarakat di seluruh dunia. Platform berdasarkan paparan video ini digunakan untuk mempamerkan pelbagai maklumat, bakat, dan juga tahap kreativiti seseorang. Bahkan, tahap minat yang tinggi di YouTube mewujudkan kemungkinan untuk mana-mana individu supaya boleh menjana pendapatan tersendiri. Anda boleh pertimbangkan langkah-langkah berikut untuk memudahkan usaha ini.

Sebelum buat duit, kumpul subscribers YouTube dulu

Pertama sekali, wujudkan pengkhususan dalam video anda. Pengguna yang mempunyai jumlah pengikut terbanyak di dunia dalam YouTube adalah PewDiePie dengan lebih daripada 110 juta langganan. Dia dapat mengumpul pengikut seramai ini kerana videonya secara majoriti mengkhususkan bahan jenaka. Video yang mempamerkan pengkhususan yang unik dan tersendiri menarik minat penonton yang mempunyai tahap minat yang sama. kemudian, kumpulkan sekurang-kurangnya 10,000 pengikut di YouTube.

Tak ada siapa kata cara buat duit dengan YouTube itu mudah. Tapi kalau mahu berjaya, memang kena cari subscribers banyak-banyak dulu.

Buat kolaborasi / partnership dengan jenama besar

Andai ini berjaya, anda boleh mewujudkan kerjasama dengan syarikat-syarikat yang berminat untuk mendapatkan khidmat anda untuk mempromosikan produk mereka, di samping mendapatkan tajaan yang lumayan. Selain itu, anda juga boleh mengiklankan produk anda yang tersendiri, atau produk syarikat yang menjadi rakan kongsi anda. Pameran video yang kreatif dan menarik minat, memudahkan pembeli untuk melawat laman anda di YouTube dan membantu dalam meningkatkan jumlah penonton. Lebih tinggi jumlah penonton, lebih tinggi peluang anda untuk menjadi rakan kongsi dalam mempromosikan produk syarikat. Sekiranya anda mempunyai bisnes yang tersendiri, anda boleh ambil peluang ini untuk mempromosikan produk anda kepada pengikut dan penonton video anda, bahkan anda juga boleh adakan perjanjian dengan pengguna lain untuk mempromosikan produk anda.

Sebagai seseorang yang bergantung kepada penonton, anda digalakkan untuk berhubung dengan penonton secara tak langsung melalui video anda untuk menggalakkan lebih ramai pengguna menjadi pengikut anda. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan sumbangan derma daripada penonton anda dalam bentuk hadiah yang boleh ditukarkan ke duit sebenar. Tambahan pula, anda juga boleh manfaatkan sistem bayar untuk menjadi pelanggan yang istimewa dalam YouTube, dengan menawarkan kelebihan kepada pengguna yang membayar langganan.

Akhir kata

Kesimpulannya, terdapat pelbagai cara untuk seseorang buat duit di YouTube memandangkan ia platform yang mudah untuk diakses dan mudah untuk disebarkan.

Benar, bab sembang cara buat duit dengan YouTube memang mudah. Cuba buat sendiri, baru tahu!

Sebab itu kita kena guna kaedah cuba jaya. Kalau menjadi, Alhamdulillah. Kalau tak, kita kena berusaha lebih lagi.

Leave a Comment