Cara Buat Duit Dengan TikTok (Dapat Gaji Bulanan)


Ramai orang tertanya-tanya, macam mana cara buat duit dengan TikTok? Pertanyaan yang lebih popular, betul ke memang boleh buat duit macam YouTube dan hidup senang lenang?

Ini jawapan ringkas. Ya, memang boleh jana pendapatan dengan menjadi content creator TikTok. Lebih kurang sama macam YouTube juga. Kedua-duanya bukan scam. Ada yang memang buat kerja full-time dan mendapat gaji bulanan daripada pekerjaan ini.

TikTok merupakan salah satu platform atas talian yang popular dalam kalangan masyarakat di seluruh dunia. Platform berdasarkan paparan video singkat ini digunakan untuk mempamerkan pelbagai maklumat, bakat, dan juga tahap kreativiti seseorang. Bahkan, tahap penyebaran yang tinggi di TikTok mewujudkan kemungkinan untuk mana-mana individu supaya boleh menjana pendapatan tersendiri. Anda boleh pertimbangkan langkah-langkah berikut untuk memudahkan usaha ini.

Pilih niche tersendiri dalam TikTok

Ada banyak cara untuk buat duit dengan TikTok. Pertama sekali, wujudkan pengkhususan dalam video anda.  Pengkhususan atau niche ini penting kerana ia akan menarik minat audience tertentu sahaja. Janganlah buat video yang target semua orang.

Video yang mempamerkan pengkhususan yang unik dan tersendiri menarik minat penonton yang mempunyai tahap minat yang sama. kemudian, kumpulkan sekurang-kurangnya 100,000 pengikut di TikTok. Andai ini berjaya, anda boleh mewujudkan kerjasama dengan syarikat-syarikat yang berminat untuk mendapatkan khidmat anda untuk mempromosikan produk mereka, di samping mendapatkan tajaan yang lumayan.

Contohnya, jika anda jenis yang pandai melukis, anda boleh buat video melukis di TikTok. Sebelum itu, anda perlu buat kajian tentang lukisan apa yang menarik minat orang ramai di luar sana. Tidak perlu khususkan Malaysia sahaja. Jika anda pandai melukis anime atau manga, anda berpeluang mengumpul peminat dari pelbagai negara seperti Amerika Syarikat, Jepun, United Kingdom dan macam-macam lagi.

Contoh yang lain, jika anda mahir guna Canva, anda boleh berkongsi cara-cara untuk membuat design yang cantik. Ramai orang nak tahu macam mana nak design logo, cover produk, kad anniversary, kad hari jadi dan macam-macam lagi.  Anda boleh kongsi tips yang tak ramai orang tahu. Kalau anda kongsi ikhlas dari hati dan tak kedekut ilmu, anda akan dapat lebih ramai followers.

Bagaimana cara lain untuk buat duit dengan TikTok?

Selain itu, anda juga boleh mengiklankan produk anda yang tersendiri, atau produk syarikat yang menjadi rakan kongsi anda. Pameran video yang kreatif dan menarik minat, memudahkan pembeli untuk melawat laman anda di TikTok dan membantu dalam meningkatkan jumlah penonton. Lebih tinggi jumlah penonton, lebih tinggi peluang anda untuk menjadi rakan kongsi dalam mempromosikan produk syarikat. Sekiranya anda mempunyai bisnes yang tersendiri, anda boleh ambil peluang ini untuk mempromosikan produk anda kepada pengikut dan penonton video anda, bahkan anda juga boleh adakan perjanjian dengan pengguna lain untuk mempromosikan produk anda.

Sebagai seseorang yang bergantung kepada penonton, anda digalakkan untuk berhubung dengan penonton secara tak langsung melalui video anda untuk menggalakkan lebih ramai pengguna menjadi pengikut anda. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan sumbangan derma daripada penonton anda dalam bentuk hadiah yang boleh ditukarkan ke duit sebenar. Tambahan pula, anda juga boleh jual akaun TikTok yang mempunyai pengikut yang ramai kepada pihak yang berminat. Lebih ramai pengikut yang dimiliki sebuah akaun, lebih tinggi nilainya untuk dijual.

 

Akhir kata

Kesimpulannya, terdapat pelbagai cara untuk seseorang buat duit di TikTok memandangkan ia platform yang mudah untuk diakses dan mudah untuk disebarkan.

Semoga perkongsian ini dapat membuka minda anda untuk menjana pendapatan melalui TikTok dan diharapkan agar kewangan anda juga menjadi semakin kukuh.

3 thoughts on “Cara Buat Duit Dengan TikTok (Dapat Gaji Bulanan)”

Leave a Comment