Bila Status KWSP ‘Permohonan Anda Telah Diluluskan’ Warna Hijau Akan Terpapar?


Ketika ini, ramai yang sedang gigih masuk portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my untuk menyemak status KWSP masing-masing. Semuanya berharap agar mendapat berita baik dengan mendapat status berwarna hijau yang terpapar PERMOHONAN ANDA TELAS DILULUSKAN KWSP.

Izinkan kami berkongsi serba-sedikit maklumat yang kami tahu berkenaan Pengeluaran Khas KWSP ini.

Bila status PERMOHONAN ANDA TELAH DITERIMA KWSP akan bertukar hijau?

Mesti anda sudah muak dengan ayat cliche yang sentiasa memunculkan dirinya yang berwarna purple itu bila buat semakan iaitu  PERMOHONAN ANDA TELAH DITERIMA.

So what? Tahulah sudah terima. Persoalannya, bila akan bertukar ke warna hijau yang tertulis status PERMOHONAN ANDA TELAH DILULUSKAN?

Bertenang.

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan oleh pihak KWSP di laman Facebook, status ini bermaksud permohonan Pengeluaran Khas KWSP anda telah diterima, sedang disemak dan akan diproses secara berperingkat.

Jadi, apabila pihak KWSP sudah semak kelayakan secara keseluruhan dan selesai memproses permohonan anda, sudah tentu

 

Kalau masih belum bertukar ke status PERMOHONAN ANDA TELAH DILULUSKAN KWSP, apa perlu buat?

Sila bertabah dan teruskan cek KWSP 10k melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my.

Walau bagaimanapun, ada pemohon yang komen di Facebook rasmi KWSP mengatakan menerima sudah menerima status PERMOHONAN ANDA TELAH DILULUSKAN dan menerima tarikh 21 April 2022 sebagai tarikh pembayaran. Buat masa ini, kami masih belum dengar ada yang menerima tarikh 20 April sebagai tarikh bayaran KWSP 10k.

Semakan di laman Facebook rasmi KWSP juga tidak menunjukkan apa-apa kemaskini terbaru. Posting terakhir adalah pada 16 April 2022 berkenaan pembayaran KWSP 10k yang akan dibayar secara berperingkat.

 

Macam mana nak tahu status LULUS KWSP 10k melalui Withdrawal History i-AKAUN?

Sekiranya anda telah daftar i-Akaun KWSP online, anda juga boleh check status LULUS Pengeluaran Khas KWSP.

Melalui Withdrawal History di dalam i-AKAUN, anda boleh semak tarikh pembayaran KWSP 10k dan anggaran bila duit akan masuk ke dalam akaun bank.

Berikut ialah langkah-langkah ringkas untuk semak status Pengeluaran Khas KWSP 10k:

  1. Layari laman web rasmi KWSP di sini: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  2. Pilih bahasa, iaitu BM untuk Bahasa Melayu dan EN untuk Bahasa Inggeris
  3. Masukkan USER ID
    • Sila ambil perhatian, USER ID ialah username yang anda create masa register i-Akaun
    • USER ID bukan nombor ahli KWSP
  4. Tekan butang Next
  5. Masukkan PASSWORD
  6. Tekan butang Login
  7. Jika tidak ada apa-apa masalah, akan akan berjaya login ke dalam i-Akaun
  8. Pergi ke bahagian atas skrin yang mempunyai beberapa menu:
    • PROFILE
    • NOMINATION
    • SIMPANAN SHARIAH
    • MY ACCOUNT
    • ENQUIRY
    • INVESTMENT
    • WITHDRAWAL
    • INBOX
  9. Klik WITHDRAWAL
  10. Klik Withdrawal History di sebelah kiri skrin
  11. Semua sejarah pengeluaran duit KWSP anda akan terpapar di sini
  12. Lihat amaun Pengeluaran Khas KWSP anda
  13. Lihat tarikh bila duit akan dikreditkan ke dalam akaun bank
  14. Selesai

 

Akhir kata

Sabar itu indah. Sama-sama kita tunggu perkhabaran berkenaan Pengeluaran Khas terkini daripada pihak KWSP.

Jangan lupa bayar zakat KWSP 10k apabila duit sudah masuk dalam akaun bank nanti. Ingat, dalam setiap harta kita, pasti ada hak untuk orang lain.

Untuk persediaan menyambut Hari Raya 2022 ini juga, anda boleh ikuti cara tukar duit raya di bank-bank terpilih di Malaysia. Seronok bila tengok senyuman kanak-kanak. Sama-sama kita berkongsi rezeki.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

Leave a Comment