MyData SSM Login


Selain boleh daftar SSM dan ikuti panduan serta cara renew SSM online anda juga boleh mendapatkan maklumat tentang sesebuah syarikat di Malaysia. Hanya perlu ikut cara daftar SSM MYDATA ini.

Seterusnya boleh terus login dan beli produk SSM yang dikehendaki.

Sedikit mengenai MyData SSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau SSM telah memperkenalkan sebuah portal yang dikenali sebagai SSM MYDATA bagi memberi kemudahan kepada orang ramai untuk mencari maklumat dalam talian mengenai syarikat dan perniagaan di seluruh Malaysia.

Ia selari dengan peningkatan dan keperluan mendapatkan maklumat dalam kalangan individu terutama pelabur, selain pertambahan pendaftaran syarikat serta perniagaan pada setiap tahun.

Pembelian produk SSM secara online

Ya, produk SSM perlu dibeli. Ini bukan diberikan secara percuma.

Mohon izin kami kongsikan notis kepada pelanggan SSM.

Notis ini memaklumkan bahawa bermula 13 April 2020, semua pembelian produk SSM adalah secara online sepenuhnya. Ini bermakna, anda tidak boleh lagi buat pembelian di kaunter seperti sebelum ini.

Walau bagaimanapun, semua data dalam senarai produk SSM adalah tertakluk kepada kemaskini oleh sistem atau pegawai SSM sebelum tempoh PKP bermula.

Ini juga bermakna, data yang dibeli mungkin bukan yang terkini.

Dalam portal SSM MYDATA, individu yang mendaftar akaun di dalam portal ini dapat mengakses beberapa perkara, seperti:

  • Profil Syarikat dan Perniagaan – Percuma untuk melihat senarai syarikat
  • Maklumat Perbandingan Tahun Kewangan Syarikat yang lepas – Perbandingan untuk mana-mana  tahun kewangan tersedia ada
  • Salinan Diperakukan Sah Secara Digital bagi Sijil Perniagaan – Borang D

Harga perkhidmatan yang ditawarkan  adalah berpatutan dan anda boleh memilih mana-mana keadah pembayaran yang sesuai dengan anda, samada perbankan internet, Kad Kredit atau akaun prabayar MYDATA.

Mengikut sumber terkini, terdapat sejumlah 111,000 pengguna di seluruh negara yang mengakses dan mendapatkan maklumat syarikat dan perniagaan yang berdaftar dengan SSM melalui SSM MYDATA.

Bagi anda yang juga ingin mendapatkan maklumat mengenai mana-mana syarikat atau perniagaan, anda perlu terlebih dahulu mendaftar akaun baru di portal ini.

Cara daftar MyData SSM

Sebelum boleh anda, anda perlu buat permohonan pendaftaran terlebih dahulu.

Berikut ialah cara register SSM MYDATA secara online.

  1. Layari laman web https://www.mydata-ssm.com.my.
  2. Anda akan tiba di portal rasmi SSM MyData.
  3. Pada laman tersebut, scroll ke bahagian atas sebelah kanan skrin. Kemudian, tekan butang LOGIN.
  4. Kemudian, tekan link Sign Up yang tertera.
  5. Pada laman seterusnya, beberapa ruangan perlu anda isikan.
  6. Pada ruangan Username, masukkan username yang anda ingin gunakan untuk akaun anda.
  7. Kemudian, pada ruangan Fullname, masukkan nama penuh anda seperti yang tertera pada MyKad anda.
  8. Pada ruangan Email Address, masukkan alamat emel anda yang aktif dan boleh digunakan.
  9. Pada Confirm Email Address, masukkan sekali lagi alamat emel anda.
  10. Pada ruangan Password, masukkan password yang anda ingin gunakan untuk akaun anda.
  11. Pada ruangan Confirm Password, masukkan sekali lagi password
  12. Pada Account Name, sudah tertera nama anda.
  13. Untuk meneruskan cara daftar SSM MYDATA ini, pada ruangan Phone No, masukkan nombor telefon anda yang aktif dan boleh dihubungi.
  14. Pada ruangan Address 1, masukkan alamat penuh anda yang mudah untuk urusan surat-menyurat. Sekiranya ada alamat lain, masukkan juga pada Address 2 dan Address 3.
  15. Pada ruangan Postcode, masukkan poskod untuk alamat anda.
  16. Pada City, masukkan bandar untuk alamat anda.
  17. Pada State, pilih negeri untuk alamat penuh anda.
  18. Pada ruangan User Category, pilih Individual.
  19. Kemudian, tick pada kotak reCAPTCHA di bawahnya.
  20. Tick juga pada kenyataan di bawah kotak reCAPTCHA tersebut.
  21. Kemudian, tekan butang Sign Up.
  22. Pendaftaran akaun anda berjaya.

Cara login MyData SSM

Setelah selesai proses pendaftaran, anda boleh log masuk.

Berikut ialah cara login SSM MYDATA secara online.

  1. Untuk login, anda akan dibawa semula ke bahagian Login Account.
  2. Pada ruangan Username, masukkan username yang anda daftarkan untuk akaun anda ini.
  3. Pada ruangan Password, masukkan password akaun anda. Kemudian, tekan butang Sign In.
  4. Login anda berjaya. Anda akan dapat akses ke akaun anda.

Akhir kata

Dengan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) baru-baru ini, urusan masih lagi terhad. Tidak semua sektor dibuka. Adalah digalakkan agar anda membuat urusan SSM secara online.

Mudah, jimat masa dan tenaga.

Diharapkan agar perkongsian cara daftar SSM MYDATA ini benar-benar dapat memudahkan lagi hidup anda.

Semoga bermanfaat.

Categories SSM

3 thoughts on “MyData SSM Login”

Leave a Comment