Login myassist-msme.gov.my


Antara inisiatif baharu oleh kerajaan untuk membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) ialah dengan melancarkan portal MyAssist MSME yang boleh dilayari di myassist-msme.gov.my. Portal ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat perniagaan, khidmat nasihat dan peluang pemasaran secara dalam talian.

Portal ini menyediakan pelbagai khidmat nasihat bagi menyokong peniaga mikro & SME. Antara khidmat yang ditawarkan ialah bantuan pembiayaan, penjenamaan & promosi, sokongan teknologi dan perundangan.

Inisiatif ini terkandung dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), sebagai rangka pemulihan ekonomi dalam usaha mengurangkan kesan impak pandemik ke atas komuniti PKS di negara ini.

Apa komponen utama Portal MyAssist MSME?

Berikut ialah komponen utama yang dikhaskan untuk membantu PKS:

  • Pusat maklumat PKS
  • Khidmat nasihat
  • Padanan perniagaan
  • Ekspo perniagaan

Bagaimana cara untuk mendaftar di myassist-msme.gov.my?

Berikut adalah cara-cara untuk mendaftar MyAssist MSME:

  1. Layari myassist-msme.gov.my
  2. Tekan Log Masuk.
  3. Pilih Register.
  4. Isi butir-butir yang diperlukan iaitu:
    • Nama penuh
    • Emel
    • Login ID
    • Password
    • Retype password
  5. Tekan Register.
  6. Skrin akan memaparkan Registration Succesful. Anda dikehendaki untuk memeriksa email untuk tujuan verification.
  7. Pada emel anda, sila buat pengaktifan akaun melalui pautan yang diberikan.
  8. Akaun anda akan diaktifkan dan anda sudah boleh log masuk.

Selesai.

Bagaimana cara log masuk di myassist-msme.gov.my?

Setelah berjaya mendaftar, anda boleh log masuk untuk meneruskan urusan anda. Berikut adalah langkah-langkahnya:

  1. Layari portal myassist-msme.gov.my.
  2. Pilih Log Masuk.
  3. Masukkan Username dan Password yang telah didaftarkan.
  4. Tekan Log In.

Selesai.

Bagaimana jika terlupa password MyAssist MSME?

Jika anda terlupa password untuk log masuk ke MyAssist MSME, ikuti cara-cara berikut:

  1. Layari portal myassist-msme.gov.my.
  2. Pilih Log Masuk.
  3. Pilih Forgot Password? Tekan Click here.
  4. Masukkan emel pendaftaran anda.
  5. Tekan Submit.
  6. Sila layari emel anda dan klik pada link yang diberikan untuk menukar password baharu.
  7. Masukkan password baharu anda.
  8. Tekan Change.
  9. Skrin anda akan menunjukkan pertukaran password berjaya. Anda boleh login semula.

Macam mana kalau ada masalah untuk login?

Jika anda mempunyai masalah, terutamanya jika tidak boleh login, sila ajukan pertanyaan di:

Akhir kata

Semoga dengan inisiatif kerajaan ini, akan dapat membantu memudahkan lagi usahawan PKS untuk menangani isu perniagaan lebih-lebih lagi dalam tempoh pandemik ini.

Jika anda merupakan rakyat Selangor yang terjejas kerana pandemik ini, ketahui cara untuk mendapatkan bantuan, daftar dan login Zakat Selangor di ezo.zakatselangor.com.my

Dan sekiranya anda ingin menjadi pembekal kepada Kerajaan, boleh layari eperolehan.gov.my

Leave a Comment