Cara Login UiTM Student Portal SIMSWEB & iLearn (istudent.uitm.edu.my)


UiTM Student Portal adalah laman web yang khas untuk semua pelajar Universiti Teknologi Mara.

Portal ini mempunyai beberapa fungsi seperti eAcademic, FinePortal dan eHEP.

UiTM Student Portal

Secara ringkasnya, anda boleh rujuk infografik di bawah untuk lebih memahami keseluruhan fungsi portal.

Login UiTM Student Portal

Berikut ialah langkah untuk login UiTM Student Portal bagi semua pelajar

  1. Layari laman web rasmi di sini: https://istudent.uitm.edu.my
  2. Di bahagian tepi sebelah kiri, lihat bahagian TOP LINK
  3. Klik Student Login
  4. Anda akan dibawa ke sini: https://simsweb.uitm.edu.my/SPORTAL_APP/SPORTAL_LOGIN/index.htm
  5. Anda kini berada di iSTUDENT PORTAL SYSTEM
  6. Masukkan Student ID
  7. Masukkan Password
  8. Klik Sign-in

First Time Login UiTM Student Portal

Sekiranya anda adalah pelajar baru yang berjaya masuk melalui permohonan UPU, anda tidak akan boleh login.

Ini kerana anda perlu buat pendaftaran terlebih dahulu kerana ia dianggap First Time Login.

Sila tekan pautan Click Here to Recover dan ikut arahan hingga selesai.

Jika anda terlupa password, sila ikuti arahan yang sama juga.

Login iLearn (i-learn.uitm.edu.my)

Berikut ialah langkah untuk login iLearn UiTM Student Portal bagi semua pelajar

  1. Layari laman web rasmi di sini: https://istudent.uitm.edu.my
  2. Di bahagian tepi sebelah kiri, lihat bahagian TOP LINK
  3. Klik iLearn
  4. Anda akan dibawa ke sini: https://i-learn.uitm.edu.my/login
  5. Anda kini berada di iLearn V3
  6. Ada dua pilihan iaitu Student dan Lecturer
  7. Pilih Login As Student
  8. Masukkan Username
  9. Masukkan Password
  10. Klik Login

Fungsi iStudent Portal

iStudent Portal mempunyai banyak fungsi. Ia boleh dibahagikan kepada 4 kategori:

#1 eAcademic

Dalam UiTM Student Portal, ini adalah fungsi paling utama yang melibatkan pembelajaran secara keseluruhannya seperti pendaftaran kursus, jadual kelas, slip peperiksaan, keputusan exam dam macam-macam lagi.

Senarai penuh fungsi dalam eAcademic adalah seperti berikut:

  • eCourse Registration System (eCR)
  • Special LEave Application
  • Class Timetable
  • Examination Slip
  • Examination Result
  • Appeal Extension of Study
  • Academic Transcript Application

#2 iLearn Portal

Senarai penuh fungsi dalam iLearn Portal adalah seperti berikut:

  • iClass
  • SuFO

#3 FinePortal

Senarai penuh fungsi dalam FinePortal adalah seperti berikut:

  • Student Bills

Sebagai contoh, anda boleh buat semakan bayaran yuran dan bil dengan menyemak transaksi bayaran melalui Internet Banking.

#4 eHEP

Dalam UiTM Student Portal, ini adalah fungsi yang berkaitan tentang Hal Ehwal Pelajar secara keseluruhannya.

Senarai penuh fungsi dalam eHEP adalah seperti berikut:

  • e-Kolej
  • Insentif Makan
  • Zakat
  • Stiker Kenderaan
  • Saman Lalulintas
  • Pelajar NR
  • Stiker Elektrik
  • Bantuan Aktiviti Kampus (eSPAK)
  • Kebajikan / Bantuan Kewangan Pelajar

Akhir kata

Sebagai pelajar UiTM, anda sebenarnya bertuah.

Manfaatkan segala kemudahan yang ada. Jangan hanya login UiTM Student Portal untuk Appeal jika keputusan tidak elok, dan untuk daftar subjek menggunakan eCourse Registration System sahaja.

Gunakanlah iLearn Portal sebaiknya. Pastikan juga tahu cara kira CGPA UiTM untuk terus pantau tahap pembelajaran.

Belajar elok-elok untuk agama, bangsa dan negara. Buat mak ayah bangga.

Semoga bermanfaat.

2 thoughts on “Cara Login UiTM Student Portal SIMSWEB & iLearn (istudent.uitm.edu.my)”

Leave a Comment