Kad Bank Islam Tamat Tempoh


Ada tak di antara anda semua yang kad Bank Islam tamat tempoh dan perlu tukar segera? Kalau ada. Anda boleh rujuk penulisan kami di sini untuk urusan perbankan yang lebih lancar.

Jom baca perkongsian kami.

Apa nak buat kalau kad Bank Islam tamat tempoh?

Bila kad Bank Islam anda telah pun tamat tempoh. Anda perlulah menukar kad tersebut secepat yang mungkin bagi mengelakkan sebarang transaksi melibatkan kad bank anda tergendala.

Di mana boleh tukar kad baru?

Kad yang telah pun expired mesti ditukar di mana-mana cawangan Bank Islam sahaja.

Cara tukar kad Bank Islam expired di cawangan

Biasanya, apabila kad bank anda telah ataupun akan tamat tempoh dalam waktu terdekat. Anda akan menerima notifikasi dan mesej peringatan daripada pihak Bank Islam untuk kemaskini kad bank anda yang lama kepada yang baru di cawangan mereka.

Berikut adalah langkah-langkahnya:

  1. Dapatkan kad pengenalan dan kad bank anda yang lama sebagai rujukan.
  2. Datang ke mana-mana cawangan Bank Islam berdekatan kawasan anda.
  3. Ambil nombor giliran di tempat ambil nombor berdasarkan tujuan anda dan tunggu sehingga tiba giliran anda.
  4. Jika nombor anda sudah dipanggil, terus ke kaunter urusan yang telah dimaklumkan.
  5. Beritahu kepada kakitangan bertugas yang anda nak tukar kad Bank Islam yang telah tamat tempoh.
  6. Berikan segala butiran atau dokumen berkaitan yang diperlukan oleh kakitangan bertugas.
  7. Kemudian, ikuti arahan seterusnya yang diberikan oleh kakitangan bertugas untuk melengkapkan proses tukar kad bank tamat tempoh sehingga selesai.
  8. Jika tiada apa-apa masalah, kad anda yang telah tamat tempoh akan berjaya ditukar.
  9. Anda akan menerima kad bank yang baru serta-merta.
  10. Selesai.

Boleh tukar kad baru secara online?

Sekadar makluman, berdasarkan pencarian kami. Penukaran kad Bank Islam tamat tempoh tidak boleh dilakukan secara online kerana ianya tidak tersedia di dalam laman web Bank Islam online banking.

Jadi, anda hanya boleh membuat pertukaran atau apa-apa yang melibatkan kad bank anda di cawangan Bank Islam sahaja.

Masih ada masalah tentang kad Bank Islam?

Andai kata anda masih menghadapi sebarang kesulitan berkenaan kad Bank Islam dan sebagainya yang berkaitan.

Anda boleh mendapatkan bantuan dengan menghubungi talian 03-26-900-900 untuk bercakap dengan bahagian khidmat pelanggan mereka.

Akhir kata

Diharapkan artikel kali ini dapat memberikan faedah dan info kepada mereka yang sangat memerlukannya.

Akhir sekali, khas untuk pelanggan Hong Leong Bank. Kini anda boleh semak status loan Hong Leong Bank secara online. Dah tak perlu lagi bersusah payah check di cawangan.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment