Login eis.perkeso.gov.my


Apa itu EIS Perkeso?

EIS PERKESO adalah satu Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) untuk membantu individu yang berkelayakan kerana kehilangan pekerjaan atas sebab-sebab tertentu seperti kemalangan melalui bantuan kewangan dan melindungi hak-hak lain pekerja di bawah insurans PERKESO.

Cara login eis.perkeso.gov.my

Sila layari laman web rasmi EIS PERKESO untuk login.

  1. Klik di sini: https://eis.perkeso.gov.my
  2. Pilih Bahasa Melayu dengan menekan butang Malay
  3. Kemudian, tekan butang Log Masuk
  4. Masukkan No. Kad Pengenalan
  5. Tekan butang SETERUSNYA
  6. Masukkan Kata Laluan
  7. Tekan butang Log Masuk
  8. Selesai

Tak boleh login sebab masalah kata laluan EIS Perkeso?

Sekiranya anda tidak boleh login EIS PERKESO, ataupun terdapat sebarang masalah lain berkenaan EIS PERKESO, sila dapatkan bantuan dan maklumat lanjut di talian 1300-22-8000.

Anda juga boleh lawati Pejabat PERKESO berhampiran

Macam mana nak daftar eis.perkeso.gov.my?

Untuk mendaftar EIS Perkeso, sila layari laman web rasmi EIS PERKESO.

  1. Klik di sini: https://eis.perkeso.gov.my
  2. Pilih Bahasa Melayu dengan menekan butang Malay
  3. Kemudian, tekan pada butang Log Masuk
  4. Seterusnya, lihat pada bahagian untuk log masuk dan tekan butang DAFTAR
  5. Baca ARAHAN yang tertera berkenaan Terma dan Syarat
  6. Jika bersetuju tekan pada butang SETUJU
  7. Buat SEMAKAN STATUS pada ruangan yang tertera dengan memasukkan No. Kad Pengenalan atau No. Kad Pengenalan Lama / Kod Pseudo / Pasport
  8. Tekan butang SEMAK
  9. Nama anda akan keluar secara automatik
  10. Masukkan Nama Majikan
  11. Masukkan Tarikh kehilangan pekerjaan (LOE)
  12. Tekan butang MOHON
  13. Ikuti arahan selanjutnya sehingga akhir
  14. Selesai

Terma dan Syarat Permohonan EIS PERKESO

  1. Permohonan dalam 60 hari dari tarikh kehilangan pekerjaan (Akta 800).
  2. Simpan slip permohonan.
  3. Bawa dokumen asal semasa perjumpaan dengan pegawai PERKESO.
  4. Hubungi talian khidmat pelanggan 1300-22-8000 atau pejabat PERKESO berhampiran.

Syarat Kelayakan EIS PERKESO

  1. Memenuhi syarat kelayakan caruman (CQC).
  2. Kehilangan pekerjaan mengikut definisi Akta 800 (contoh: pemberhentian kerja, VSS/MSS, penutupan tempat kerja, bankrap, dsb.).
  3. Tidak termasuk: pembuangan akibat salah laku, peletakan jawatan sukarela, persaraan, tamat kontrak tanpa terma dan syarat.

Senarai Bank bagi pembayaran EIS PERKESO

  1. Pembayaran melalui EFT.
  2. Hanya bank yang tersenarai iaitu:
    Affin Bank, Agro Bank, Al Rajhi Bank, Alliance Bank, Am Bank, Bank Islam, Bank Muamalat, Bank of America, Bank of Tokyo Mitsubishi (M) Bhd, Bank Pertanian Malaysia, Bank Rakyat, Bank Simpanan Nasional, BNP Paribas Malaysia, CIMB Bank, Citibank, Deutsche Bank (M) Bhd, Hong Leong Bank, HSBC Bank, Industrial and Commercial Bank of China, J.P. Morgan Chase, Kuwait Finance House, Maybank, Mizuho Corporate Bank (Malaysia) Berhad, OCBC Bank, Public Bank, RHB Bank, Royal Bank of Scotland, Standard Chartered Bank, Sumitomo Mitsui Bank, United Overseas Bank.

Maklumat Tambahan EIS PERKESO

  1. Permohonan lengkap akan disemak oleh pegawai PERKESO.
  2. Lampirkan salinan dokumen utama (contoh: kad pengenalan, surat pemberhentian, penyata gaji, dsb.).
  3. Sertakan dokumen sokongan jika perlu (contoh: laporan polis, bukti arahan berbahaya, dsb.).
  4. Ikuti Program Penempatan Pekerjaan Semula dan arahan PERKESO.
  5. Laporkan kepada PERKESO jika menerima tawaran kerja atau bekerja semula.
  6. Daftar dengan MyfutureJobs untuk carian pekerjaan dan layak Faedah SIP.
  7. Buat tuntutan Faedah SIP bulanan melalui portal jika permohonan diluluskan.

 

 

Leave a Comment