eGUMIS Login di egumis.anm.gov.my


Ramai yang mengalami kesukaran untuk meneruskan kehidupan. Selain bantuan-bantuan kerajaan, ada satu lagi cara yang tak ramai orang tahu bagaimana untuk mendapat wang tidak dituntut melalui egumis.anm.gov.my.

Macam mana nak daftar eGUMIS melalui egumis.anm.gov.my?

Berikut ialah langkah-langkah ringkas untuk mendaftar eGUMIS:

  1. Layari portal rasmi eGUMIS di sini: https://egumis.anm.gov.my/
  2. Pengguna perlu membuat pendaftaran secara online.
  3. Klik pada butang Pendaftaran.
  4. Di bahagian Pendaftaran Pengguna, masukkan maklumat berikut:
    • Nama Penuh
    • Jenis Pengenalan
    • No Pengenalan
    • E-mel
    • Nama Pengguna
    • Kata Laluan
    • Ulang Kata Laluan
  5. Klik pada kotak SAYA MENGAKUI TELAH MEMBACA,MEMAHAMI DAN BERSETUJU DENGAN SYARAT DAN TERMA YANG DITETAPKAN
  6. Klik pada kotak Saya Bukan Robot.
  7. Akan terpapar Captcha yang meminta anda memilih kotak-kotak seperti dipinta
  8. Klik butang Daftar.
  9. Klik Ya pada Adakah Anda Pasti Untuk Meneruskan Pendaftaran?.
  10. Tanda pendaftaran anda berjaya apabila Rekod Berjaya Disimpan! dipaparkan.
  11. Seterusnya, e-mel akan dihantar ke alamat e-mel yang telah didaftarkan tadi untuk tujuan verifikasi akaun
  12. Selesai

Macam mana nak login eGUMIS?

Selepas pendaftaran, sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk log masuk:

  1. Layari laman web rasmi eGUMIS di sini: https://egumis.anm.gov.my
  2. Klik Log Masuk di bahagian menu atas sebelah kanan
  3. Untuk direct link, boleh klik https://egumis.anm.gov.my/login
  4. Di bahagian Daftar Masuk
    • Masukkan Nama Pengguna
    • Masukkan Kata Laluan
  5. Tekan butang Log Masuk
  6. Sekiranya tiada apa-apa masalah, anda akan berjaya login eGUMIS
  7. Selesai

Tak boleh login egumis.anm.gov.my?

Jika anda tidak boleh login eGUMIS ataupun mempunyai apa-apa masalah berkaitan eGUMIS, sila hubungi talian 03-8000 8600 bagi menerima bantuan lanjut

Macam mana cara nak tuntut wang tidak dituntut?

Setelah selesai proses pendaftaran, sila Log Masuk untuk memulakan proses tuntutan pengeluaran duit.

  1. Layari portal rasmi eGUMIS di sini: https://egumis.anm.gov.my/
  2. Klik Log Masuk sebelah butang Pendaftaran atau pada butang Semakan.
  3. Masukkan Nama Pengguna dan Kata Laluan pada ruangan yang disediakan.
  4. Klik Log Masuk.
  5. Pengguna perlu mengemaskini maklumat yang diminta.
  6. Klik Simpan selepas mengemaskini maklumat-maklumat tersebut.
  7. Selepas itu, klik Carian Wang Tak Dituntut. 
  8. Masukkan MyKad pada ruangan yang diminta.
  9. Klik Cari. 
  10. Klik pada kotak hasil carian tersebut.
  11. Klik Teruskan Dengan Permohonan.
  12. Klik Tambah Penerima pada bawah skrin di sebelah kanan.
  13. Klik pada kotak sekiranya maklumat diri sama dengan maklumat pemohon.
  14. Tapi, pengguna perlu mengisi maklumat yang diperlukan sekiranya maklumat diri tidak sama dengan maklumat penerima.
  15. Klik Simpan.
  16. Klik pada Amaun Tuntutan.
  17. Jumlah amaun tuntutan perlu dimasukkan bagi memudahkan cara tuntut wang tidak dituntut.
  18. Klik pada kotak sebelah jumlah amaun tuntutan tersebut.
  19. Klik pada kotak Pengakuan Bersetuju dan Pengakuan Bersetuju dengan Syarat Dan Terma.
  20. Klik Hantar.
  21. Klik Ya pada Pengesahan Pendaftaran Pengguna.
  22. Klik Cetak.
  23. Selepas itu, skrin borang maklumbalas dipaparkan.
  24. Sekiranya ada pertanyaan, anda bolehlah mengisi  Nama, Subjek, E-mel dan Mesej pada ruangan yang disediakan.
  25. Kemudian , klik pada kotak Saya Bukan Robot.
  26. Kilk Hantar.
  27. Anda boleh klik Batal sekiranya tiada sebarang pertanyaan

Apa dokumen sokongan eGUMIS yang diperlukan?

Antara dokumen yang perlu dikemukakan bagi individu untuk claim eGUMIS. Sila ikut prosedur yang telah ditetapkan.

  • Borang UMA-7 yang lengkap.(siap diisi dan ditandatangani).
  • Salinan MyKad (hadapan dan belakang) atau pasport bagi bukan warganegara.
  • Dokumen asal dibawa seperti buku bank, sijil simpanan tetap dan lain-lain.
  • Salinan muka hadapan buku akaun atau penyata bank kerana bayaran dikreditkan terus ke dalam akaun (perlu mempunyai pengesahan dari pihak bank).
  • Sila rujuk Brosur Garis Panduan Permohonan Tuntutan WTD di link berikut: https://ewtd.anm.gov.my/maklumattuntutan.php.(bagi pihak selain individu untuk maklumat lanjut.

Berikut merupakan dua cara bagi mengemukakan dokumen yang diperlukan bagi cara tuntut wang tidak dituntut.

Anda boleh terus pergi ke:

Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut

Aras 1, Blok Utara, Perbendaharaan 2

Presint 2, 62594 Putrajaya,

Wilayah Persekutuan Putrajaya

Tel: 03-8000 8600

Faks : 03-8000 8611

Selain itu, anda juga boleh menggunakan Pos Laju.

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian cara tuntut wang tidak dituntut eGUMIS melalui egumis.anm.gov.my ini akan memudahkan lagi urusan anda.

Untuk perkhidmatan kerajaan lain seperti JPJ, boleh layari public.jpj.gov.my untuk urusan berkaitan kenderaan dan lesen.

Categories ANM

12 thoughts on “eGUMIS Login di egumis.anm.gov.my”

  1. Kepada Ryan,puan ,Nama saya PALANi a/l Govindasamy ,saya Cuba untuk daftar dalam egumis,tetapi saya tidak dapat daftarkan nama saya.tolong daftarkan account saya..terima khasih…

    Reply
  2. Saya sudah mencuba mendaftar Egumis, gagal untuk mendaftar sistem E gumis ( akses ) berkali – kali tetap gagal. Diharap dapat membantu pada kadar segera.

    Reply
  3. saya Mahadi Maarof sudah mencuba mendaftar Egumis, gagal untuk mendaftar sistem E gumis ( akses ) berkali – kali tetap gagal. Diharap dapat membantu pada kadar segera

    Reply
  4. Saya dah cuba daftar tapi tanye alamat gmail tapi saya pun masukan gmail saya yang betul masih gagal satu lagi tanye nama penguna saya saya pun dah masuk masih tak lengkap lagipun saya dah cuba banyak kali tak respon

    Reply

Leave a Comment