Daftar ePLKS (Syarat Kelayakan, Cara Daftar PLKS & Bayaran Online Guna FPX)


Bagi majikan yang mempunyai pekerja asing atau pembantu rumah, daftar ePLKS ini ialah sesuatu yang anda mesti ambil tahu. Pas Lawatan Kerja Sementara Atas Talian (e-PLKS) ialah sistem yang diperkenalkan untuk memohon lanjutan bagi pekerja asing di bawah syarikat mereka secara individu atau berkelompok untuk tahun seterusnya. Majikan perlu mendaftar e-PLKS untuk memperbaharui lanjutan permit kerja mengikut prosedur dan syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

Izinkan kami berkongsi.

Adakah PLKS dikira sebagai VISA?

Sama, tapi tak serupa. PLKS ialah pas kerja sementara yang membenarkan pekerja mendapat Vistor’s Pass bagi Temporary Employement.

VISA perlu dipohon secara berasingan. Betulkan kami jika salah.

 

Syarat-syarat permohonan lanjutan PLKS pelbagai sektor

Sebelum anda mendaftar anda kena tahu sama ada anda layak atau tidak.

Berikut adalah syarat permohonan lanjutan PLKS pelbagai sektor:

  1. Lanjutan tempoh sah laku PLKS boleh dipohon dalam masa 3 bulan sehingga 7 hari sebelum tarikh tamat sah laku PLKS.
  2. Passport asal pekerja yang mempunyai sah laku melebihi 12 bulan.
  3. Rekod pekerja berstatus aktif.
  4. Majikan tidak disenaraikhitamkan.
  5. Pekerja tidak disenaraihitamkan.
  6. Pekerja tiada dalam senarai syak.
  7. Jaminan sekuriti dalam bentuk jaminan bank/ jaminan insuran/ wang cagaran (tempoh sah laku jaminan bank/ jaminan insuran adalah sekurang-kurangnya 18 bulan).
  8. Slip Skim Perlindungan Insuran Kesihatan Pekerja Asing (SPIKPA) – kecuali sektor perladangan.
  9. Slip pengesahan Skim Pampasan Pekerja Asing (SPPA).
  10. Telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan disahkan sihat oleh pusat kesihatan yang berdaftar dengan FOMEMA (lanjutan tahun ke-2, ke-3, ke-5, ke-7 dan ke-9 sahaja).

Bayaran yang perlu dijelaskan bergantung kepada jenis sektor.

 

Syarat-syarat permohonan lanjutan pembantu rumah asing (PRA)

Berikut adalah syarat permohonan untuk pembantu rumah asing:

  1. Permohonan lanjutan hanya dibenarkan dalam tempoh 3 bulan sehingga 7 hari sebelum tarikh tamat PLKS.
  2. Tempoh sahlaku passport PRA perlu melebihi 12 bulan.
  3. Rekod pekerja mesti berstatus aktif dan mempunyai pas yang masih sah laku.
  4. Rekod majikan yang di Senarai Hitam oleh Jabatan tidak dibenarkan untuk memohon.
  5. Rekod pekerja yang tersenarai dalam Senarai Hitam dan Senarai Syak Jabatan tidak dibenarkan.
  6. Pembantu Rumah Asing telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan disahkan sihat oleh pusat kesihatan yang berdaftar dengan FOMEMA bagi permohonan lanjutan tahun ke-2, ke-3 dan bagi tahun ganjil ke-5, ke-7, ke-9, ke-11 dan seterusnya.

Bayaran bagi lanjutan ini juga bergantung kepada beberapa levi dan negara pembantu asing. Anda boleh lihat bayaran di link yang kami sertakan ini.

 

Cara daftar ePLKS (Pembantu Rumah Asing)

Jika anda sudah memenuhi syara-syarat yang diperlukan, kami ada kongsikan cara untuk memohon lanjutan ini.

Berikut adalah cara untuk memohon ID Online sebelum memohon lanjutan:

  1. Layari https://imigresen-online.imi.gov.my/plks/main.
  2. Klik pada menu PENDAFTARAN.
  3. Pilih Permohonan Baru (Pembantu Rumah).
  4. Skrin PENDAFTARAN ID PENGGUNA SISTEM ePLKS@JIM akan dipaparkan.
  5. Masukkan butiran yang diperlukan:
    • Nombor kad pengenalan
    • Jenis dokumen
    • Nama
    • Email
  6. Tick di ruangan I’m Not A Robot.
  7. Klik Daftar.
  8. Jika berjaya, sistem akan memaparkan mesej makluman melalui emel.

Cara memohon lanjutan e-PLKS (Pembantu Rumah Asing)

  1. Layari https://imigresen-online.imi.gov.my/plks/main.
  2. Klik pada menu Log Masuk.
  3. Pilih Jenis Lanjutan.
  4. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan.
  5. Klik butang LOGIN.
  6. Klik pada Permohonan Lanjutan e-PLKS (Pembantu Rumah Asing).
  7. Masukkan butiran yang diperlukan:
    • Nombor passport pekerja
    • Warganegara
    • Tarikh Lahir Pekerja
    • Jantina
  8. Klik butan Carian.
  9. Maklumat pembantu rumah asing akan terpapar. Klik Kemaskini untuk kemaskini maklumat.
  10. Majikan dikehendaki memuatnaik 2 jenis dokumen iaitu:
    1. Passport PLKS Muka Hadapan
    2. PLKS Terkini
  11. Pilih Nama Dokumen yang hendak dimuat naik.
  12. Klik pada Nama Dokumen yang henda dimuat naik.
  13. Tick pada ruangan kotak di Perakuan Majikan.
  14. Klik butang Hantar untuk hantar permohonan.
  15. Skrin Pengesahan akan dipaparkan. Klik butang Hantar.

Permohonan anda telah berjaya dihantar untuk proses kelulusan.

 

Cara daftar ePLKS dan mohon lanjutan (Individu)

Sebelum anda log masuk e-PLKS untuk memohon, anda dikehendaki pergi ke kaunter One Stop Centre Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mendaftar atau kemaskini maklumat wakil majikan. Anda akan diberikan ID Pengguna dan Kata Laluan yang akan dihantar ke emel majikan yang telah didaftarkan.

Setelah anda mendapat ID Pengguna dan Kata Laluan, berikut adalah langkah untuk anda memohon lanjutan e-PLKS:

  1. Layari https://imigresen-online.imi.gov.my/plks/main
  2. Log masuk menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang diberikan.
  3. Klik pada Permohonan Lanjutan PLKS.
  4. Pilih menu Permohonan Lanjutan PLKS (Individu).
    1. Masukkan butiran yang diperlukan:
      • Nombor passport pekerja
      • Warganegara
      • Tarikh Lahir Pekerja
      • Jantina
    2. Klik butan Carian.
    3. Maklumat pekerja akan terpapar. Klik Kemaskini untuk kemaskini maklumat.
    4. Masukkan maklumat No. Rujukan Cagaran (no rujukan mesti berbeza antara satu sama lain).
    5. Isikan maklumat yang dikehendaki iaitu:
      • Nama bank
      • Jenis cagaran
      • Tarikh Isu Cagaran
      • Tarikh Tamat Cagaran
      • Jumlah Cagaran
      • No. SPIKPA
      • No. SBPPA
    6. Klik butang Simpan.
    7. Skrin Permohonan Telah Berjaya Disimpan akan dipaparkan.
    8. Majikan dikehendaki memuatnaik 2 jenis dokumen iaitu:
      1. Passport PLKS Muka Hadapan
      2. PLKS Terkini
      3. SPIKPA
      4. SBPPA
    9. Pilih Nama Dokumen yang hendak dimuat naik.
    10. Tick pada ruangan kotak di Perakuan Majikan.
    11. Klik butang Hantar untuk hantar permohonan.
    12. Skrin Pengesahan akan dipaparkan. Klik butang Hantar.

Setelah menghantar permohonan, anda akan dikehendaki untuk membuat bayaran.

 

Selepas daftar ePLKS, macam mana nak buat bayaran online?

Setelah anda sudah daftar ePLKS untuk pekerja asing anda. Anda dikehendaki untuk membuat pembayaran.

Berikut adalah cara untuk membayar permohonan anda:

  1. Layari https://imigresen-online.imi.gov.my/plks/main
  2. Log masuk menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang diberikan.
  3. Pilih Status Permohonan.
  4. Skrin carian akan dipaparkan.
  5. Pilih dengan Tick pada kotak untuk memilih pekerja. Bayaran boleh dilakukan lebih dari satu permohonan mengikut Tick yang dipilih.
  6. Klik BAYAR untuk meneruskan transaksi.
  7. Klik HANTAR untuk meneruskan bayaran.
  8. Maklumat bayaran akan dipaparkan. Pilih Jenis Akaun.
  9. Klik Teruskan Bayaran untuk meneruskan transaksi.
  10. Skrin Majikan akan dipaparkan.
  11. Pilih Pilihan Bank.
  12. Masukkan Email Majikan.
  13. Tick ruangan Terma & Syarat.
  14. Klik Bayar Melalui FPX untuk meneruskan pembayaran.
  15. Sambungan ke bank akan dilakukan dan anda boleh membuat pembayaran.
  16. Skrin bayaran BERJAYA akan dipaparkan. Email akan dihantar untuk makluman pengesahan bayaran.

Simpan resit ini untuk rujukan.

 

Ingin lebih details mengenai e-PLKS?

Jika anda masih buntu dan ingin mengajukan soalan, hubungi nombor di bawah:

No Tel : 03-88801452 (call center Unit Lanjutan Bahagian Pekerja Asing)
(8.00 Pagi Hingga 5.00 Petang – Setiap Hari)

No Tel : 03-88801555 (Bilik Gerakan JIM)
(8.30 Pagi Hingga 11.00 Malam – Setiap Hari)

No Tel : 03-88801468 (call center Unit Bahagian PRA)
(8.00 Pagi Hingga 5.00 Petang – Setiap Hari)

 

Akhir kata

Diharap perkongsian kami mengenai syarat-syarat, cara daftar eplks dan cara memohon ini dapat membantu majikan di luar sana.

Untuk urusan-urusan yang lain seperti temujanji imigresen, sila ke laman web rasmi sto.imi.gov.my untuk maklumat lanjut.

Kami juga ada buat perkongsian mengenai permohonan bantuan e-CAP KWSP untuk majikan.

Semoga bermanfaat.

2 thoughts on “Daftar ePLKS (Syarat Kelayakan, Cara Daftar PLKS & Bayaran Online Guna FPX)”

Leave a Comment