Contoh Bank Statement CIMB


Anda perlukan contoh bank statement CIMB tapi tak tahu macam mana nak buat? Jangan risau. Kami dah sediakan semua yang anda inginkan di sini.

Jemput baca penulisan kami.

Cara muat turun bank statement CIMB online

Berikut adalah langkah-langkah untuk download penyata CIMB Bank anda secara online:

  1. Layari laman web CIMB online banking di cimbclicks.com.my.
  2. Anda akan dibawa ke halaman utama web CIMB online banking.
  3. Di situ, sila masukkan User ID anda dan tekan Login.
  4. Seterusnya, sahkan SecureWord anda dengan tick pada kotak Yes, this is my SecureWord.
  5. Kemudian, masukkan Password dan klik butang Login.
  6. Halaman utama profil atau akaun CIMB online banking anda akan terpapar.
  7. Sila lihat pada bahagian My Accounts Overview dan tekan ikon Berbintik Tiga pada ruangan SA STATEMENT.
  8. Beberapa pilihan akan dipaparkan.
  9. Sila klik View / Download eStatement.
  10. Pada laman seterusnya, sila masukkan Tarikh Penyata yang anda perlukan untuk dimuat turun pada ruangan Month.
  11. Selepas itu, klik ikon Anak Panah yang menghala ke bawah untuk proses muat turun.
  12. Bank statement CIMB anda akan dipaparkan.
  13. Anda boleh print statement tersebut jika perlu.
  14. Selesai.

Cara dapatkan penyata CIMB di cawangan

Andai kata anda tak ada internet atau tak ada akaun CIMB online banking dan sebagainya. Anda boleh menggunakan cara ini untuk memperolehi bank statement CIMB anda.

Ikuti panduan di bawah:

  1. Bawa kad pengenalan diri anda sebagai rujukan.
  2. Kunjungi mana-mana cawangan CIMB Bank yang ada berdekatan anda.
  3. Kemudian, dapatkan nombor giliran di kaunter nombor berdasarkan tujuan anda.
  4. Tunggu seketika sehingga nombor giliran anda dipanggil.
  5. Apabila nombor anda sudah dipanggil, terus ke kaunter urusan yang dinyatakan.
  6. Di kaunter urusan, beritahu pada kakitangan bertugas yang anda nak dapatkan bank statement CIMB anda.
  7. Sila ikuti permintaan dan arahan seterusnya daripada kakitangan bertugas untuk melengkapkan proses mendapatkan bank statement anda sehingga selesai.
  8. Jika tiada sebarang masalah, penyata anda akan dikeluarkan pada hari yang sama (bergantung situasi).
  9. Tamat.

Akhir kata

Kesimpulannya, cara yang paling mudah untuk dapatkan contoh bank statement CIMB anda adalah dengan menggunakan online banking.

Diharapkan perkongsian mengenai bank statement CIMB ini dapat mempermudahkan urusan anda.

Akhir sekali, buat anda yang mungkin tak layak nak buat loan. Anda boleh cuba mohon pinjaman peribadi Bank Rakyat untuk blacklist. Manalah tahu kalau-kalau berjaya apply. Dapatlah selesaikan urusan yang tergendala.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment