Co Working Space Shah Alam & Subang Jaya (8 Lokasi Terbaik)


Bila Google, tak banyak tempat co working space Shah Alam yang boleh kita jumpa. Tak tahulah sebab apa tak banyak syarikat nak buka co working space di Shah Alam ini. Mungkin penyedia-penyedia co-working ini terlalu fokus pada lokasi urban seperti Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Dia tak tahu yang orang Shah Alam juga mahukan tempat kerja yang selesa dan sanggup bayar berapa sahaja harga.

Kami tahu, anda juga sedang mempunyai masalah dalam mencari co-working terbaik di Shah Alam. Memandangkan kami selalu berada di perimeter ini dan tidak ramai yang mahu berkongsi review jujur, kami akan senaraikan co-working di Shah Alam untuk panduan buat anda semua yang memerlukan ruang untuk buat kerja. Izinkan kami berkongsi.

Co Working Space di Shah Alam

Sila ambil perhatian bahawa kriteria kami adalah lebih kepada Muslim-friendly. Anda akan dapati bahawa review-review kami akan memasukkan kemudahan surau dan masjid di premis co-working dan tempat makan halal.

Memandangkan majoriti penduduk Shah Alam ialah bangsa Melayu yang beragama Islam, kami rasakan ini adalah satu kriteria yang penting. Walau bagaimanapun, ia tetap sesuai untuk semua pekerja Muslim dan non-Muslim. Yang berbeza hanyalah perkongsian tempat solat yang wajib kami laksanakan 5 kali setiap hari.

WORQ Subang

Co working space Shah Alam WORQ Subang

WORQ adalah antara salah satu ruang kerja kolaboratif yang popular di Malaysia dan terkenal dalam arena startup. WORQ hadir dengan tujuan untuk mengubah cara orang bekerja bersama-sama dalam satu bumbung; mewujudkan komuniti yang besar dan produktif dengan menjaga semua keperluan tempat kerja.

Sebentar.

WORQ Shah Alam atau WORQ Subang?

Kalau ikut alamat, WORQ memang berada di Shah Alam. Walau bagaimanpun, lokasi sebenar WORQ terletak betul-betul di antara sempadan Subang Jaya dan Shah Alam. Secara rasminya juga, mereka memanggil WORQ di sini dengan nama WORQ Subang.

Jejak kaki ke dalam WORQ, anda akan rasa satu vibe yang lain daripada yang lain. Hiasan dalam memang moden dan ala-ala startup.

Selain WORQ Subang yang terletak di UOA Business Park, mereka juga mempunyai cawangan lain di Glo Damansara – TTDI, KL Gateway – Bangsar South dan juga Surian Tower – Mutiara Damansara.

Membership yang ada di WORQ Subang adalah seperti berikut:

  • Hot Desk: RM400 / bulan
  • Dedicated Desk: RM700 / bulan
  • Private Suite: RM700 / bulan

[su_row]
[su_column size=”1/2″]
Kelebihan
[su_list icon=”icon: check” icon_color=”#37ff6d”]

  • Dekat dengan Masjid Glenmarie
  • Untuk makan tengahari, ada banyak pilihan di Masjid Glenmarie
  • Ada banyak event online dan offline
  • Ada Starbucks di bawah UOA
  • Pergi kerja, boleh naik LRT
  • Parking bulanan yang murah
  • Surau ada di tingkat bawah, di dalam bangunan UOA
  • Tandas ada di dalam premis, tidak perlu ke luar
  • Pelbagai kedai serbaneka yang berdekatan
  • Lawatan ruang secara 3-D tersedia di laman web WORQ
  • Ada klinik pergigian dan klinik perubatan di dalam bagunan UOA
  • Ada cawangan lain di TTDI, Bangsar South dan Mutiara Damansara
  • Pejabat Gred A

[/su_list]
[/su_column]
[su_column size=”1/2″]
Kekurangan
[su_list icon=”icon: times” icon_color=”#ff373c”]

  • Parking harian yang sangat mahal
  • Nak masuk parking leceh, jauh ke bawah dan ke dalam
  • Tiada surau di dalam premis WORQ

[/su_list]
[/su_column]
[/su_row]

Maklumat Lanjut WORQ

 

Thinkhub Coworking Space i-City

Co-working space Shah Alam Thinkhub

Kalau nak nampak gempak, bolehlah buat kerja di coworking space di i-City ini. Terletak di menara yang dahulunya dipanggil Menara Sumurwang. Kini, ia telah ditukar nama kepada Mercu Maybank.

Pengalaman naik lif ke Thinkhub juga seperti menaiki lif di Menara Maybank di Kuala Lumpur. Memang ada vibe-vibe financial district. Maklumlah, terletak di i-City Finance Avenue. Sesuai sangatlah bagi orang yang buat fintech startup.

Lawatan kami tempohari ke sini, tidak terlalu banyak shared working space. Mereka lebih ke arah personal working space yang mempunyai bilik sendiri.

Seperti kebanyakan co-working space yang lain, meeting room dan event spaces tetap ada. Dan seperti kebanyakan tempat lain juga, datang lenggang-kangkung sahaja bawa laptop. Wifi semua ada.

Yang penting, dia punya view dari atas memang cantik. Sambil-sambil hirup kopi, layan sekali orang-orang yang terperangkap di Federal Highway, antara Klang dan Shah Alam.

Heaven! Cuma janganlah jahat sangat sampai cakap “Padan muka jem!”

Membership yang ada di Thinkhub adalah seperti berikut:

  • Hot Desk: RM200 / bulan

[su_row]
[su_column size=”1/2″]
Kelebihan
[su_list icon=”icon: check” icon_color=”#37ff6d”]

  • Dekat dengan mall iaitu Central i-City
  • Parking sangat mudah
  • Terletak di bangunan pejabat Gred A
  • Pemandangan Shah Alam dari atas yang cantik
  • Ada tandas di dalam premis

[/su_list]
[/su_column]
[su_column size=”1/2″]
Kekurangan
[su_list icon=”icon: times” icon_color=”#ff373c”]

  • Tiada LRT
  • Susah kalau tak ada motor atau kereta sendiri
  • Tak ada makanan ala gerai atau warung berdekatan
  • Kalau mahu makan biasa, kena keluar ke Seksyen 7 atau Padang Jawa
  • Jauh daripada masjid

[/su_list]
[/su_column]
[/su_row]

Maklumat Lanjut Thinkhub

 

Co-labs Coworking

Co working space Shah Alam Co-labs

Bagi anda yang tinggal di sekitar kawasan  perindustrian Shah Alam seperti Seksyen 26, Seksyen 27, Kota Kemuning, Alam Impian, Putra Heights dan lain-lain, ini adalah co working space yang dekat dengan anda.

Pada kami, Co-labs Coworking yang terletak kawasan Sekitar26 ini dalah di kawasan yang tidak sibuk dan padat seperti office yang biasa. Namun, jangan terkejut jika anda akan sentiasa berselisih bahu dengan lori-lori besar di jalanan. Si penakut kenderaan besar pasti akan rasa fobia.

Suasana dalaman tidak jauh beza dengan co-working space yang lain. Yang penting, agak selesa.

Kalau nak memcuba, boleh ambil Day Pass dahulu. Kalau rasa sesuai, boleh teruskan untuk buat kerja di sini.

Membership yang ada di Co-labs adalah seperti berikut:

  • Premium Office Suite: RM799 / bulan
  • Fixed Desk: RM599 / bulan
  • Flexi Desk: RM399 / bulan
  • Day Pass: RM 39 / hari
  • Event Hall: RM900 / jam
  • Meeting Room: RM79 / jam

 

[su_row]
[su_column size=”1/2″]
Kelebihan
[su_list icon=”icon: check” icon_color=”#37ff6d”]

  • Kawasan yang agak tenang, jauh dari hiruk pikuk office area
  • Parking bersepah, pilih mana suka
  • Ada mesin Starbucks, tapi kena belilah
  • Tandas ada di dalam premis
  • Mempunyai lokasi lain di Tropicana Gardens, The Starling Plus, Naza Tower dan The Starling

[/su_list]
[/su_column]
[su_column size=”1/2″]
Kekurangan
[su_list icon=”icon: times” icon_color=”#ff373c”]

  • Terletak di kawasan industri Shah Alam
  • Banyak lori ke hulu dan ke hilir
  • Tempat makan yang jauh
  • Masjid yang jauh

[/su_list]
[/su_column]
[/su_row]

Maklumat Lanjut Co-labs

 

Headspace SS15

Sejujurnya, kami tidak pernah sampai ke sini. Review ini hanyalah berdasarkan pembacaan sahaja.

Headspace ialah ruang kerja bersama/belajar bersama yang selesa di kawasan SS15 Subang Jaya yang memfokuskan kepada mereka yang mempunyai persekitaran yang sangat selesa. Mereka komited untuk memberikan anda ruang optimum yang akan meningkatkan produktiviti anda dan kekal fokus pada perkara yang anda lakukan.

Headspace direka dan didedikasikan untuk Startups, Freelancers, Remote Worker, Pekerja Nomad dan Pelajar. Dengan rangkaian luas perkhidmatan mereka yang tersedia dalam satu ruang seperti perkhidmatan percetakan dan bilik mesyuarat peribadi – anda pasti mendapat pengalaman yang selesa dengan mereka.

Pada kadar yang sangat berpatutan, Headspace menjaga keperluan komuniti untuk ruang yang baik. Headspace menyediakan persekitaran yang selesa, perabot yang selesa, kawasan tempat letak kereta yang selesa dan banyak pilihan makanan di sekitarnya.

Kami mengesyorkan lokasi ini untuk keperluan ruang kerja anda kerana perkhidmatan pelanggan mereka yang baik bersama-sama dengan ciri dan reka bentuk ruang yang cekap yang pastinya akan meningkatkan produktiviti anda.

[su_row]
[su_column size=”1/2″]
Kelebihan
[su_list icon=”icon: check” icon_color=”#37ff6d”]

  • Dekat dengan Masjid Darul Ehsan SS15
  • Banyak tempat makan di sekitar SS15
  • Capaian internet yang pantas
  • Kopi, snek dan ais krim tanpa had
  • Di tengah-tengah SS15 untuk akses mudah ke bank dan barangan runcit

[/su_list]
[/su_column]
[su_column size=”1/2″]
Kekurangan
[su_list icon=”icon: times” icon_color=”#ff373c”]

  • Dekat dekat Masjid Darul Ehsan SS15
  • Banyak tempat makan di sekitar SS15

[/su_list]
[/su_column]
[/su_row]

Maklumat Lanjut Headspace

 

ImJerry SS15

Co working space Subang Jaya ImJerry

Kalau anda jenis yang tak suka bercampur dan bertegur sapa dengan orang lain, ImJerry ialah tempat yang sesuai.

Langsung tak ada front desk yang akan berbasa-basi dengan anda. Langkah kaki kanan, baca Bismillah dan pergi ke lokasi tempat buat kerja.

Langsung tak ada orang kacau kecuali anda yang gatal mulut dan menegur. Copywriting ImJerry juga menekankan bahawa tempat ini sesuai untuk anti-human, di mana dua orang pun dikatakan ramai.

View pun cantik, sebab boleh nampak Subang Jaya secara keseluruhannya.

Membership yang ada di ImJerry adalah seperti berikut:

  • Day Pass: RM30 / hari
  • Prepaid Pass: RM150 / 5 hari
  • Monthly Pass: RM610 / bulan

[su_row]
[su_column size=”1/2″]
Kelebihan
[su_list icon=”icon: check” icon_color=”#37ff6d”]

  • Dekat dengan Masjid Darul Ehsan SS15
  • Dekat dengan McDonalds
  • Di bawah ada Jaya Grocer
  • Parking bersepah dan boleh guna Touch n Go
  • Di tengah-tengah SS15 untuk akses mudah ke bank dan barangan runcit

[/su_list]
[/su_column]
[su_column size=”1/2″]
Kekurangan
[su_list icon=”icon: times” icon_color=”#ff373c”]

  • Perlu inisiatif sendiri untuk berkomunikasi dengan yang lain
  • Bukan pejabat Gred A, luaran biasa-biasa

[/su_list]
[/su_column]
[/su_row]

Maklumat Lanjut ImJerry

 

Masjid Negeri Shah Alam

Co working space Masjid Negeri Shah Alam

Lokasi ini kami senaraikan juga sebagai co-working kerana anda buat buat kerja-kerja di sini. Ya, kami tahu, anda tidak pernah tahu kewujudan lokasi ini.

Hadirkan diri anda ke sini dan pergi ke perpustakaan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ini yang berada di tingkat bawah. Apabila masuk, perlu tulis nama dalam buku yang disediakan.

Anda akan dapati ramai pakcik-pakcik berada di dalam tempat ini sedang membaca surat khabar.

Satu lagi yang anda perlu tahu, apabila nak masuk waktu Zohor, bilik ini akan dikunci dan ditutup. Anda perlu keluar daripada bilik ini bersama-sama laptop anda. Ia hanya akan dibuka semula selepas Zohor.

Kalau ada duit lebih, masukkanlah sedikit yang ada dalam dompet ke dalam tabung masjid. Kita pun guna elektrik masjid, apa salahnya bersedekah. Untuk simpanan akhirat kita juga.

[su_row]
[su_column size=”1/2″]
Kelebihan
[su_list icon=”icon: check” icon_color=”#37ff6d”]

  • Memang berada dalam masjid
  • Mudah untuk menunaikan solat
  • Mudah untuk ke tandas
  • Boleh bergaul dan bersembang tentang hal-hal akhirat
  • Banyak lot parking & percuma

[/su_list]
[/su_column]
[su_column size=”1/2″]
Kekurangan
[su_list icon=”icon: times” icon_color=”#ff373c”]

  • Bukan suasana pejabat

[/su_list]
[/su_column]
[/su_row]

 

Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong

Co working space Shah Alam Masjid Bukit Jelutong

Ini satu lagi lokasi ibadah yang anda boleh datang untuk buat kerja. Sama seperti Masjid Negeri, ia bukanlah co-working berbayar seperti yang lain.

Lokasi co-working di Masjid Bukit Jelutong ini terletak betul-betul di atas pejabat masjid. Tidak ingat nama bilik tersebut. Kalau tidak silap, Bilik Sumber.

Kadang-kadang, kalau tak ada orang, bilik ini akan dikunci. Jika dikunci, anda boleh minta tolong daripada pekerja yang berada di pejabat di bawah.

Kalau ada duit lebih, masukkanlah sedikit yang ada dalam dompet ke dalam tabung masjid. Kita pun guna elektrik masjid, apa salahnya bersedekah. Untuk simpanan akhirat kita juga.

[su_row]
[su_column size=”1/2″]
Kelebihan
[su_list icon=”icon: check” icon_color=”#37ff6d”]

  • Memang berada dalam masjid
  • Mudah untuk menunaikan solat
  • Mudah untuk ke tandas
  • Boleh bergaul dan bersembang tentang hal-hal akhirat
  • Ada banyak kedai di sekitar Bukit Jelutong
  • Banyak lot parking & percuma

[/su_list]
[/su_column]
[su_column size=”1/2″]
Kekurangan
[su_list icon=”icon: times” icon_color=”#ff373c”]

  • Bukan suasana pejabat
  • Terletak di dalam kawasan kediaman penduduk, bukan komersil
  • Agak jauh daripada pusat bandar Shah Alam

[/su_list]
[/su_column]
[/su_row]

 

Starbucks Eco Grandeur, Puncak Alam

Ini lokasi co working di Shah Alam yang paling jauh sekali daripada pusat bandar. Terletak di Puncak Alam, Starbucks ini memang tak sibuk langsung berbanding Starbucks yang lain. Cuma kadang-kadang boleh jumpa student-student UiTM T20 atau acah-acah T20 yang study di sini.

Yang penting, orang lain pergi kerja, anda melawan arus orang yang pergi kerja. Sangat sesuai untuk orang yang tak suka jem.

[su_row]
[su_column size=”1/2″]
Kelebihan
[su_list icon=”icon: check” icon_color=”#37ff6d”]

  • Luas, tenang dan aman
  • Banyak meja dan kerusi
  • Banyak lot parking & percuma
  • Langsung tak jem sebab melawan arus
  • Ada tandas di dalam premis

[/su_list]
[/su_column]
[su_column size=”1/2″]
Kekurangan
[su_list icon=”icon: times” icon_color=”#ff373c”]

  • Jauh dengan masjid
  • Tiada surau di lokasi

[/su_list]
[/su_column]
[/su_row]

 

Akhir kata

Kerja itu satu ibadah. Namun, anda perlu bekerja dengan ikhlas; barulah boleh dikira sebagai ibadah.

Semoga perkongsian berkenaan lokasi co working space Shah Alam ini akan memudahkan urusan anda. Kerja sampai jadi kaya, boleh guna black card dan bayar zakat banyak-banyak.

Tak kiralah apa profesion anda; freelancer, kerja sendiri, remote worker, nomad dan sebagainya, laksanakan kerja kerana Allah. Bukan kerana makhluk.

Kalau nak ajak kami buat kerja di lokasi-lokasi sekitar Shah Alam pun boleh. Boleh kita sembang-sembang. Jemput email kami di [email protected].

Semoga kita semua mendapat keberkatan Allah.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment