Check Balance Bank Muamalat Online


Ketahui cara bagaimana untuk check balance Bank Muamalat online melalui perkongsian kami di dalam artikel ini. Ianya adalah bertujuan untuk membantu anda yang memang tak tahu macam mana nak semak baki akaun Bank Muamalat dengan betul.

Ingin tahu lebih banyak lagi?ย Jemput baca penulisan ini.

Cara check balance Bank Muamalat online di laman web 

Jika anda ada kemudahan internet dan sudah pun mendaftar akaun Bank Muamalat online banking. Anda boleh terus check balance akaun anda menggunakan laman web Bank Muamalat.

Cara-caranya adalah seperti berikut:

  1. Layari laman web Bank Muamalat online banking di i-muamalat.com.my.
  2. Halaman utama Bank Muamalat online banking akan terpapar.
  3. Sila ke bahagian Log Masuk.
  4. Seterusnya, masukkan Username anda dan tekan butang Next.
  5. Kemudian, sahkan Security Image anda dengan tick pada kotak Yes, this is my chosen image.
  6. Tekan butang Next.
  7. Anda akan diminta untuk memasukkan Password anda dan tekan butang Login.
  8. Halaman utama profil atau akaun Bank Muamalat anda akan dipaparkan.
  9. Pada bahagian Dashboard, sila tekan pada menu My Accounts.
  10. Seterusnya, klik pada Account Summary.
  11. Baki akaun Bank Muamalat anda akan dipaparkan.
  12. Tahniah! Anda telah berjaya check balance Bank Muamalat secara online di laman web.
  13. Sila screenshot baki tersebut jika perlu.
  14. Selesai.

Semak baki akaun Bank Muamalat guna aplikasiย 

Sebelum anda ingin menggunakan cara ini. Pastikan anda telah memuat turun dan install aplikasi i-Muamalat Mobile di Apple App Store atau Google Play Store anda terlebih dulu.

Sekiranya dah ada, sila ikuti panduan di bawah untuk check balance Bank Muamalat melalui aplikasi:

  1. Buka aplikasi i-Muamalat Mobile.
  2. Laman log masuk aplikasi tersebut akan dipaparkan.
  3. Seterusnya, sila masukkan User ID dan Password.
  4. Selepas itu, klik pada Login.
  5. Anda akan dibawa masuk ke dalam akaun atau profil online banking Bank Muamalat anda.
  6. Kemudian, pada bahagian Accounts Summary. Sila klik pada jenis akaun tertera yang anda nak check balance.
  7. Balance akaun Bank Muamalat anda akan dipaparkan.
  8. Tamat.

Ada masalah untuk check balance Bank Muamalat?

Jika anda menghadapi sebarang kesulitan atau masalah berkenaan check balance Bank Muamalat atau hal-hal berhubung Bank Muamalat. Anda boleh menghubungi Bahagian Khidmat Pelanggan Bank Muamalat di talian 03-2600-5500.

Waktu operasi bagi talian ini pula adalah 24 jam pada setiap hari termasuk ketika cuti umum. Jadi, anda boleh dapatkan bantuan pada bila-bila masa saja.

Akhir kata

Diharapkan perkongsian ringkas kami tentang cara check balance Bank Muamalat online ini dapatlah mempermudahkan urusan perbankan anda sekaligus memberi faedah kepada sesiapa yang membacanya.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment