Cek Baki Dalam Akaun Bank RHB


Jom cek baki dalam akaun bank RHB anda menerusi pelbagai cara yang kami senaraikan di sini. Manalah tahu kalau-kalau anda memang tengah memerlukannya.

Izinkan kami berkongsi.

Cek baki dalam akaun bank RHB secara online

Anda boleh semak baki akaun RHB online anda melalui RHB online banking. Langkah semakannya adalah seperti berikut:

  1. Layari laman web RHB online banking di logon.rhb.com.my.
  2. Pada laman utama web RHB online banking, sila log masuk ke akaun anda.
  3. Setelah anda berjaya login ke dalam akaun anda, sila klik ikon Arrow yang berada di sebelah menu My Accounts.
  4. Kemudian, beberapa pilihan akan terpapar.
  5. Sila klik Account Balance.
  6. Baki dalam akaun bank RHB anda akan dipaparkan.
  7. Selesai.

Untuk makluman, anda boleh cek baki dalam akaun bank RHB anda secara online menggunakan cara yang sama bagi laman web atau aplikasi RHB Mobile Banking.

Walau bagaimanapun, pastikan anda telah mendaftar akaun RHB online banking terlebih dulu sebelum mengikuti cara yang telah kami nyatakan di atas.

Semak baki akaun RHB di ATM

Kalau anda tak ada akaun RHB online banking bukanlah satu masalah. Ada cara lain yang boleh anda gunakan untuk cek baki dalam akaun anda iaitu melalui mesin ATM.

Ikuti panduan di bawah:

  1. Bawa kad ATM anda dan hadir di mana-mana ATM berhampiran anda.
  2. Masukkan kad ATM anda di ruangan kad dan tunggu seketika sehingga kad anda dibaca.
  3. Kemudian, anda boleh memilih BAHASA yang ingin digunakan untuk berurusan di mesin ATM tersebut.
  4. Selepas itu, anda perlu memasukkan Nombor PIN kad ATM anda dan tekan Enter / Masuk.
  5. Tunggu seketika untuk pengesahan akaun.
  6. Seterusnya, laman menu utama akan dipaparkan.
  7. Sila tekan pada menu Pertanyaan Baki.
  8. Baki dalam akaun bank RHB anda akan terpapar serta-merta.
  9. Tamat.

Ada cara lain untuk cek balance dalam akaun bank RHB?

Jawapannya ada. Andai kata anda tak boleh mengikuti 2 cara seperti yang kami senaraikan di atas. Anda boleh saja semak baki akaun RHB anda secara fizikal dengan mengunjungi cawangan RHB Bank.

Di samping itu, anda boleh cek melalui panggilan telefon di talian 03-9206-8118 untuk bercakap dengan Pusat Khidmat Pelanggan RHB Bank.

Akhir kata

Sekian saja penulisan kami kali ini. Diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda yang nak tahu berapa jumlah baki yang tinggal dalam akaun RHB anda.

Akhir sekali, khas untuk anda yang mungkin bekerja dengan kerajaan dan berminat nak buat loan. Apa kata kalau anda cuba mohon pinjaman peribadi Agro Bank kakitangan kerajaan untuk tahun ini.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment