Cara Transfer Duit Ke Tabung Haji (Guna Maybank)


Ramai orang mahu tahu cara transfer duit ke Tabung Haji. Sebenarnya, mudah sahaja untuk buat pindahan wang ke akaun Tabung Haji secara online melalui Maybank. Kalau belum link Tabung Haji dengan Maybank pun boleh.

Izinkan kami berkongsi.

Cara transfer duit ke Tabung Haji melalui Maybank

Berikut merupakan cara transfer duit dari Maybank ke Tabung Haji menggunakan laman web maybank2u.com.my:

  1. Sila layari laman web maybank2u di sini: https://www.maybank2u.com.my.
  2. Pada laman Login, masukkan My Username.
  3. Tekan LOGIN.
  4. Sila pastikan Imej dan Kata Laluan Sekuriti anda.
  5. Tekan Yes jika betul.
  6. Masukkan My Password.
  7. Tekan LOGIN.
  8. Laman MY ACCOUNTS akan terpapar.
  9. Sila pilih bahagian PAY & TRANSFER.
  10. Pada bahagian PAY/TRANSFER/RELOAD/TABUNG HAJI, sila klik TABUNG HAJI.
  11. Dalam laman TABUNG HAJI, lengkapkan maklumat yang diminta seperti:
    • Transfer From
    • Transfer To
  12. Sila tick pada bulatan Tabung Haji Account yang telah didaftarkan.
  13. Ringkasan Transfer To Tabung Haji Account akan dipamerkan.
  14. Sila pastikan Account Number anda tepat.
  15. Masukkan Transfer Amount.
  16. Masukkan Reference.
  17. Tekan butang TRANSFER.
  18. Anda diminta untuk semak maklumat anda pada notis Please Confirm The Details.
  19. Jika confirm, pilih SMS TAC atau method lain untuk pengesahan transfer.
  20. Tekan REQUEST.
  21. Masukkan TAC Number yang diterima melalui SMS.
  22. Tekan CONFIRM.
  23. Selesai.
  24. Sila SAVE RECEIPT untuk rujukan anda di masa hadapan.

PERHATIAN

  • Sebelum anda boleh transfer Maybank ke Tabung Haji, pastikan anda mendaftar akaun Tabung Haji di akaun Maybank anda terlebih dahulu.
  • Anda akan dikenakan caj RM1.00 bagi setiap urusan transfer anda.
  • Sila buat semakan baki Tabung Haji selepas transfer dari Maybank

 

 

Boleh transfer duit ke Tabung Haji guna aplikasi Maybank?

Buat masa ini, masih tidak boleh guna MAE mahupun M2U untuk buat pindahan wang.

Hasil semakan kami sendiri, memang tidak ada pilihan untuk buat pindahan dari Maybank ke Tabung Haji.

Walaupun tiada fungsi untuk transfer duit ke Tabung Haji, masih ada pilihan untuk transfer Maybank ke ASB.

Kami harap agar fungsi untuk buat pindahan ke Tabung Haji akan dilaksanakan pada masa akan datang.

 

Cara daftar dan link akaun Tabung Haji di Maybank guna mesin ATM

Jangan risau jika anda masih lagi mendaftar untuk link akaun Maybank dengan Tabung Haji.

Cara untuk mendaftar akaun Tabung Haji di Maybank adalah sangat mudah. Anda hanya perlu menggunakan kad ATM Maybank anda.

Ikuti cara-cara mendaftar seperti di bawah:

  1. Gunakan mesin ATM Maybank berhampiran anda.
  2. Masukkan kad ATM Maybank.
  3. Pada skrin Menu, pilih Tabung Haji.
  4. Pada bahagian Tabung Haji, tekan Daftar Akaun Tabung Haji Kepada Kad ATM.
  5. Anda akan diminta untuk memasukkan Nombor Akaun Tabung Haji.
  6. Jika sudah pasti, tekan YA untuk ke skrin berikutnya.
  7. Pada laman ini, sila masukkan Nombor Siri Buku Akaun Tabung Haji anda.
  8. Tekan YA untuk confirmation.
  9. Proses pendaftaran anda akan diproses.
  10. Slip Pendaftaran anda akan dicetak. Sila simpan sebagai rujukan.
  11. Pendaftaran anda telah selesai.

PERHATIAN

  • Pendaftaran akaun Tabung Haji di Maybank hanya perlu dilakukan sekali sahaja.

 

Ada masalah transfer ke Tabung Haji guna Maybank?

Sekiranya anda ada sebarang soalan lain untuk diajukan atau menghadapi sebarang kesukaran untuk transfer duit Maybank ke Tabung Haji. Anda boleh menghubungi pihak Pegawai Perkhidmatan Pelanggan Maybank di talian 1-300-88-6688.

Anda juga boleh menghantar emel kepada [email protected].

Sebagi tambahan, waktu urusan talian adalah 24 jam termasuk hari cuti.

 

Akhir kata

Semoga perkongsian mengenai cara transfer duit ke Tabung Haji ini dapat membantu urusan anda menjadi lebih mudah.Sekarang ini semua urusan sudah jadi lebih mudah dan cepat. Mahu atau tidak sahaja untuk menggunakannya.

Sekadar berkongsi, untuk anda yang masih belum tahu, selain dari transfer Maybank ke Tabung Haji anda juga boleh transfer BSN ke Maybank dengan cara yang mudah. Selamat mencuba.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment