Nak tengok baki Tabung Haji terus dalam Maybank2u tak? Izinkan kami kongsi cara link Tabung Haji dengan Maybank melalui laman perbankan maybank2u.com.my
Antara kelebihannya, kalau login Maybank2u, tak perlu login ke THIJARI pula. Mudah kerana perlu rujuk satu tempat sahaja.
Cara link Tabung Haji dengan Maybank di ATM
Sebelum berbuat apa-apa di maybank2u.com.my, anda perlu mengesahkan nombor akaun Tabung Haji di mana-mana ATM Maybank yang berhampiran.- Pertama sekali, pergi ke mesin ATM Maybank yang berdekatan dengan anda.
- Masukkan kad ATM anda pada mesin tersebut.
- Kemudian, masukkan nombor PIN anda seperti biasa
- Menu utama akan terpapar. Pilih TABUNG HAJI (TH).
- Pada paparan seterusnya, masukkan nombor akaun TH anda. Setelah memasukkan dan pasti bahawa ia tepat, tekan YA.
- Paparan pengesahan akan tertera. Sahkan nombor akaun TH yang tertera, serta nombor siri buku akaun TH. Sekiranya kedua-dua nombor ini adalah milik anda, tekan pada YA.
Cara link Tabung Haji dengan Maybank di maybank2u.com.my
Selepas selesai urusan di ATM, proses untuk connect akaun TH perlu diteruskan dengan perbankan Internet Maybank2u.Ikuti langkah-langkah ringkas seperti di bawah:
- Buka laman web rasmi Maybank2u di sini: https://www.maybank2u.com.my
- Pada laman tersebut, tekan butang Back to the Classic Maybank2U.
- Kenapa guna Classic? Kami rasakan ini lebih mudah berbanding yang baru.
- Kemudian, login ke akaun anda. Mula-mula, masukkan username anda pada ruangan Username. Masukkan Username anda dan tekan butang Next.
- Seterusnya, sahkan gambar dan Security Phrase yang tertera. Sekiranya milik akaun anda, tekan butang Yes.
- Selepas itu, masukkan password anda pada ruangan Password.
- Tekan butang Login.
- Kemudian, menu akan tertera. Tekan link Accounts & Banking.
- Pada paparan seterusnya, pergi ke bahagian kiri skrin (sekiranya menggunakan komputer/laptop). Tekan link Tabung Haji.
- Anda akan dapat akses ke akaun Tabung Haji anda melalui Maybank2U,kerana anda telah melengkapkan pendaftarannya untk disambung dengan Maybank2U melalui mesin ATM.
- Di paparan skrin, anda boleh melakukan pelbagai perkara seperti menyemak baki akaun anda, melakukan transaksi pindahan wang ke akaun lain, mengeluarkan wang Tabung Haji anda dan sebagainya.
- Proses pendaftaran anda selesai.
Akhir kata
Mudah bukan?
Selepas ini, tak perlu lagi pergi ke cawangan Tabung Haji semata-mata untuk check balance.
Semoga bermanfaat.